Harley Jessup

Harley Jessup
Kelahiran
Harley William Jessup

1954 (umur 69–70)
Corvallis, Oregon, A.S.
PekerjaanPereka Penerbitan
Tahun aktif1980–kini
PasanganAnn Jessup
Anak-anak3

Harley Jessup (lahir 1954) ialah seorang pereka penerbitan dan pengarah seni kesan visual Amerika Syarikat yang dicalonkan untuk dua Anugerah Akademi kesan visual, dan menang sekali. Kini berkarya di Pixar Animation Studios, Jessup bertugas sebagai pereka penerbitan untuk Monsters, Inc. (dengan Bob Pauley), Ratatouille, Cars 2, Presto, The Good Dinosaur dan filem animasi Pixar, Coco.

Jessup ialah pengarah seni kesan visual di Industrial Light & Magic dari 1987 hingga 1994. Dari 1991 hingga 1994 beliau berkhidmat sebagai pengarah kreatif jabatan seni ILM. Seni kesan visual Jessup ialah kredit arahan termasuk, Innerspace (yang mana beliau memenangi Anugerah Akademi),[1] Hook (dinamakan untuk Anugerah Akademi),[2] The Hunt for Red Oktober (dengan Steve Beck), [(Ghostbusters II]], Joe Versus the Volcano dan Fire in the Sky.

Pada tahun 1985, Jessup memenangi Anugerah Emmy untuk kesan visual terbaik untuk The Ewok Adventure, yang diterbitkan oleh Lucasfilm, Ltd. untuk ABC Television.

Harley Jessup memulakan kerjayanya di Korty Films mereka filem pendek animasi untuk Sesame Street, termasuk The Adventures of Thelma Thumb. Beliau berkhidmat sebagai pengarah seni untuk animasi John Korty sebanyak dua kali.

Jessup telah menulis dan mengarang tiga buku kanak-kanak, What Alice Up to? dan Grandma Summer untuk Buku Kanak-kanak Viking dan Welcome to Monstropolis untuk Disney/Egmont. Beliau mempeljari reka bentuk grafik di Universiti Negeri Oregon (BFA) dan Universiti Stanford (MFA).

Filemografi terpilih

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "The 60th Academy Awards (1988) Nominees and Winners". oscars.org. Dicapai pada March 31, 2014.
  2. ^ "The 64th Academy Awards (1992) Nominees and Winners". Academy of Motion Picture Arts and Sciences. AMPAS. Dicapai pada March 31, 2014.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]