Yang Berbahagia Dato' Tuan Guru Haji Hashim Jasin DPSJ (Perlis) | |
---|---|
Mursyidul Am PAS | |
Ketua Majlis Syura Ulamak PAS | |
Menyandang jawatan 2016 | |
Didahului oleh | Haron Din |
Pesuruhjaya PAS Perlis | |
Dalam jawatan 1991–2013 | |
Digantikan oleh | Mohd Shukri Ramli |
Dalam jawatan 1971–1973 | |
Didahului oleh | Mahmud Mohd Noor |
Digantikan oleh | Ahmad Long |
Ahli Dewan Undangan Negeri Perlis bagi Sanglang | |
Dalam jawatan 1999–2013 | |
Didahului oleh | Karim Salleh |
Digantikan oleh | Mohd Shukri Ramli (PAS) |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Arau, Perlis | |
Dalam jawatan 1998–1999 | |
Didahului oleh | Kamarudin Ahmad |
Digantikan oleh | Mastika Junaidah Husin |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Hashim bin Jasin 1 Ogos 1939 Malaysia |
Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia Parti Islam Se-Malaysia |
Gabungan politik lain | Perikatan Nasional (2020-kini) Gagasan Sejahtera (2018) Pakatan Rakyat (2008-2014) |
Pasangan | Ustazah Datin Sarah Rejab (m. 2023) |
Pekerjaan | Ahli Politik |
Bidang pengkhususan | Pendakwah |
Yang Berbahagia Dato' Tuan Guru Haji Hashim bin Jasin (Jawi: هاشم بن جاسين ) ialah seorang ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia[1]. Beliau merupakan Mursyidul Am PAS yang berperanan sebagai Ketua Majlis Syura Ulamak PAS [2]. Beliau adalah mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang, Perlis bertanding di atas tiket PAS. Pada 9 Oktober 2016, Tuan Guru Haji Hashim dilantik sebagai Mursyidul Am PAS bagi menggantikan Almarhum Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din yang meninggal dunia pada 16 September 2016 di California.
Hashim Jasin bersekolah di Sekolah Melayu Jelampuk, kemudian melanjutkan pengajian di Sekolah Alawiyah, Arau. Seterusnya beliau menyambung pengajian di Universiti Baghdad Iraq dalam Sastera Arab dan Perundangan Islam.[3] Beliau merupakan salah seorang daripada 10 pelajar Malaysia yang mendapat tajaan melanjutkan pengajian ke Baghdad, Iraq oleh kerajaan Iraq pada 1964. Rakan seangkatannya yang lain ialah Hassan Shukri (almarhum), Dahlan Mohd Zain (almarhum), Syeikh Azmi Ahmad (bekas Mufti Pulau Pinang), Tuan Guru Haji Abdul Ghani Kasa, Hasbullah Kasban, Muhammad Daud Iraqi (almarhum), Isamuddin Ahmad, Abdul Rahim Mohd Zain dan Abdul Halim Yahya. Seorang lagi mahasiswa Malaysia yang turut seangkatan di Iraq ialah Tuan Guru Jaliluddin Abdul Wahid[4].
Dalam Pilihan raya kecil Parlimen Arau 1998, Hashim Jasin telah memenangi kerusi Parlimen Arau dengan majoriti 1,323 undi mengalahkan calon BN, Ismail Kassim
Dalam Pilihan raya umum Malaysia 2004, Hashim Jasin telah memenangi kerusi DUN Sanglang dengan majoriti 45 undi, mengalahkan calon BN Datuk Mastika Junaidah Husin.
Dalam Pilihan raya umum Malaysia 2008, Hashim Jasin sekali lagi memenangi DUN Sanglang selepas Mahkamah Persekutuan sebulat suara memutuskan DUN Sanglang dimenangi oleh beliau dan kemenangan calon BN Abdullah Hassan pada 8 Mac 2008 dibatalkan[5]
Tahun | Kawasan | Individu | Undi | Lawan | Undi | Peratusan Mengundi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|
1998[6] | Parlimen Arau | Hashim Jasin (PAS) | 12,864 | Ismail Kassim (BN-UMNO) | 11,541 | 70.27% | 1,323 |
1999 | DUN Sanglang, Perlis | Hashim Jasin (PAS) | 3,245 | Haji Karim Salleh (BN-UMNO) | 2,912 | 81.43% | 333 |
2004[7] | DUN Sanglang, Perlis | Hashim Jasin (PAS) | 3,221 | Datuk Mastika Junaidah Husin (BN-UMNO) | 3,176 | 83.22% | 45 |
2008 | DUN Sanglang, Perlis | Hashim Jasin (PAS) | 3,333 | Abdullah Hassan (BN-UMNO) | 3,286 | 84.60% | 149 |
2018 | Parlimen Arau | Hashim Jasin (PAS) | 11,362 | Datuk Seri Dr Shahidan Kassm (BN-UMNO) | 16,547 | 4,856 | |
Datuk Dr Abd Rahman Daud (PH-PPBM) | 11,691 |
|dead-url=
(bantuan)
|dead-url=
(bantuan)