Hetty Sarlene | |
---|---|
Latar belakang | |
Nama lahir | Hetty Sarlene binti Abdul Hamid |
Kelahiran | Singapura | 21 April 1984
Genre | Pop, balada |
Pekerjaan | Penyanyi, pelakon |
Instrumen | Vokal |
Tahun aktif | 1999-kini |
Syarikat rakaman | New Southern Records (2000-2005) Astro Entertainment (2018-kini) |
Pengkarya berkait | Anuar Zain, Rem |
Hetty Sarlene Abdul Hamid (lahir 21 April 1984) ialah seorang penyanyi dan pelakon wanita Singapura yang kini menetap di Malaysia. Selepas mengadakan persembahan di dua buah pertandingan antarabangsa pada 1999, pada tahun 2000 beliau kemudian mengikat kontrak bersama New Southern Records (NSR). Selepas menerbitkan dua album bersama mereka dan memenangi Artis Terbaik di Anugerah Planet Muzik, beliau beralih ke bidang lakonan. Setelah hampir 13 tahun menyepi daripada industri muzik, pada tahun 2018 beliau membuat kemunculan semula dengan menyertai Gegar Vaganza musim ke-5, iaitu sebuah program realiti TV terbitan Astro yang menghimpunkan semula penyanyi-penyanyi lama yang sudah lama menyepi untuk kembali beraksi di pentas nyanyian.
Hetty dilahirkan pada 21 April 1984 kepada Abdul Hamid Abdul Rahman, juruteknik, dan isterinya Sariah Omar, seorang pengurus.[1][2] Beliau telah dinamakan sempena penyanyi wanita Indonesia Hetty Koes Endang. Pada usia tiga tahun, beliau menyanyi "hanya" lagu Endang dan akan menyanyi bersama-sama dengan penyanyi apabila beliau muncul di televisyen. Beliau mempunyai seorang adik perempuan.[1] Beliau mula membuat persembahan di acara keluarga pada usia lima tahun, sebelum memasuki pertandingan menyanyi di sekitar umur dua belas atau tiga belas.[1][3] Beliau juga mula menyanyi karaoke secara kerap.[4]
Sarlene mewakili Singapura dalam Festival Lagu Asia 1999, di mana beliau menduduki tempat keempat, serta pertandingan Asia Bagus di Bali, Indonesia, di mana menduduki tempat kelima. [1] Selepas itu, pada tahun 2000 Sarlene telah diberikan kad New Southern Records; pengurusnya, Iman Wan, telah mencungkil beliau selama beberapa tahun tetapi tidak menandatangani beliau kerana faktor usia.[3] Selepas mendaftar dengan NSR, Hetty mengeluarkan single sulung, "Rindu Aku Rindu", yang mendapat sambutan hangat. [5] Kejayaan ini membawa beliau untuk melancarkan album pertamanya yang menggunakan namanya sebagai judul album dalam bulan Julai tahun itu, [1] yang mengandungi lagu-lagu lain, duet dengan Anuar Zain bertajuk "Demi Cinta Kita". [3]
Satu lagi single, "Sangsi Asmara" telah dikeluarkan pada Oktober 2001 sebagai sebahagian daripada album kompilasi, Sutera 2. Album kedua Hetty, Tiada Lain, dilancarkan pada 15 Oktober. Ia termasuk lagu, "Kau Tetap Ku Cinta" ditulis oleh Hetty dan juga duet bersama Rem bertajuk "Hampa". [3] Beliau dikatakan terharu dengan hasilnya, [4] dan mengikuti keluaran dengan promosi selama beberapa bulan. [5] Bagaimanapun, album ini kurang berjaya di pasaran. [2] Pada 2002, Hetty memenagi Artis Terbaik di Anugerah Planet Muzik [6] dan telah berpindah ke Kuala Lumpur bersama ibunya, yang berkhidat sebagai pengurusnya. [7]
Pada 2003, Sarlene membuat kemunculan sulung dalam filem Iskandar menerusi watak utamanya. [8] Pada mulanya berat hati untuk mengambil peranan pada 2002 selepas mendapat tawaran ujibakat oleh sebuah syarikat penerbitan.[2] Pada tahun yang sama, beliau berlakon dalam drama adaptasi filem 1995 Sembilu sebagai Zetty, [9] yang bersiaran selama 5 musim. [10] Pada 2005, beliau membintangi filem Sembilu 2005, yang merupakan pembikinan semula daripada filem Sembilu, [11] pada 2008 Sarlene membintangi filem aksi Evolusi KL Drift arahan Syamsul Yusof. [12]
Pada tahun 2018, Hetty telah menyertai Gegar Vaganza musim kelima namun perjuangan beliau dalam program tersebut hanya sampai konsert minggu 7 (separuh akhir) apabila beliau tersingkir berikutan beliau memperoleh markah terendah bersama Forteen. Berikut persembahan beliau sewaktu dalam Gegar Vaganza 5:
Konsert | Tema | Lagu | Penyanyi asal | # |
---|---|---|---|---|
Minggu 1 | Oh Dia Ke? | "Sangsi Asmara" | Hetty Sarlene | Ke-7 |
Minggu 2 | Dalam Diam Aku Mencintaimu | "Ah! Rindu Lagi" | Amelina | Ke-4 |
Minggu 3 | Lain Macam | "Pawana" | Search | Ke-6 |
Minggu 4 | Bergegar Bergabung | "Aku Cinta Aku Rindu"
(duet Zarul Husin) |
Ajai & Nurul | Ke-7 |
Minggu 5 | Lama Tak Dengar | "Mawar Putih Untuk Mama" | Dato' Sharifah Aini | Ke-8 |
Minggu 6 (Suku Akhir) | Terbaik, Bos! | "Korban Cinta" | Ziana Zain | Ke-8 |
Minggu 7 (Separuh Akhir) | Road To Final | "Pencuri Hati" | Ayda Jebat | Tersingkir |
"Kemaafan Dendam Terindah" | Aishah |
Jad Mahidin, penulis akhbar The Malay Mail menyifatkan vokal beliau sebagai lembut dan manis, sambil mengatakan ia mungkin “mengejutkan pendengar dengan alunan mendalam”.[1] Meor Shariman, penulis di akhbar sama berkata “beliau mungkin memberikan Siti Nurhaliza wangnya”. [3] Album pertamanya mengandungi pengaruh R&B dan Balada [1] sementara album keduanya lebih kepada Jazz. [3]
Hetty telah menjadikan penyanyi Malaysia Ziana Zain, Liza Hanim, Siti Nurhaliza dan Amy Mastura sebagai penyanyi idolanya sambil menyatakan mereka juga mempengaruhi gaya vokal beliau, sementara Hetty Koes Endang ialah penyanyi Indonesia yang diminatinya. Beliau juga memetik Whitney Houston dan Mariah Carey sebagai artis yang beliau kagumi dari segi vokal. [1]
Beliau berkahwin dengan lelaki warga British, Daniel Oakes pada 2016.[13]
Tahun | Lagu | Album |
---|---|---|
2000 | "Rindu Aku Rindu" | Hetty Sarlene |
"Demi Cinta Kita" (feat Anuar Zain) | ||
"Hasrat Terlindung" | ||
2001 | "Sangsi Asmara" | Tiada Lain |
"Hampa" (feat Rem) | ||
"Tiada Lain" | ||
"Gadis Biasa" | ||
"September Disember" | ||
2005 | "Siapa Diriku Disisimu" | The Best of Hetty Sarlene |
"Cerita Dalam Lagu" | ||
"Satu Nama" |
Tahun | Tajuk | Watak |
---|---|---|
2003 | Iskandar | Alissa |
2005 | Sembilu 2005 | Salina |
2008 | Evolusi KL Drift | Vee |
2010 | Evolusi KL Drift 2 | Vee |
2012 | Jalan Kembali: Bohsia 2 | Ati |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2003–2005 | Sembilu | Zetty | TV2 | Drama pertama. |
2005-2007 | Sembilu Kasih | TV3 | ||
2007-2008 | Pasrah The Series | Fiza | ||
2009 | Gerak Khas (Musim 11) | Siti | TV2 | Episod: "Diburu Along" |
2009–2011 | Si Capik | Mira |
Tahun | Program | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2018 | Gegar Vaganza Musim 5 | Peserta | Astro Ria | Tersingkir di konsert minggu ke-7 (separuh akhir) |
Tahun | Anugerah | Kategori | Karya dicalonkan | Keputusan |
---|---|---|---|---|
1999 | Festival Lagu Asia | — | — | Tempat Keempat |
2001 | Anugerah Planet Muzik 2001 | Artis Serantau Wanita Paling Popular | — | Tercalon |
2002 | Anugerah Planet Muzik 2002 | Artis Terbaik | — | Menang |
2006 | Anugerah Planet Muzik 2006 | |||
Artis Singapura Terbaik | — | Tercalon | ||
Artis Wanita Paling Popular | Album The Best of Hetty Sarlene | Tercalon | ||
2018 | Gegar Vaganza Musim 5 | — | — | Tersingkir di Separuh Akhir |