Hilmi Yahaya

Dato' Seri Dr.
Hilmi Haji Yahya
DGPN, DMPN (PP)
Timbalan Menteri Kesihatan
Dalam jawatan
16 Mei 2013 – 9 Mei 2018
Perdana Menteri Najib Razak
Menteri Subramaniam Sathasivam
Didahului oleh Rosnah Abdul Rashid Shirlin
Digantikan oleh Lee Boon Chye
Ahli Parlimen
bagi P53 Balik Pulau
Dalam jawatan
5 Mei 2013 – 9 Mei 2018
Didahului oleh Yusmadi Yusoff
Digantikan oleh Muhammad Bakhtiar Wan Chik
Majoriti1,539 (PRU-13)
Dalam jawatan
2004–2008
Didahului oleh Mohd Zain Omar
Digantikan oleh Yusmadi Yusoff
Majoriti12,937 (PRU-11)
Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang untuk Telok Bahang
Dalam jawatan
2008–2013
Didahului oleh Siti Faridah Arshad
Digantikan oleh Shah Headan Ayoob Hussain Shah
Majoriti465 (PRU-12)
Dalam jawatan
1990–2004
Didahului oleh Yahaya Ahmad
Digantikan oleh Siti Faridah Arshad
Maklumat peribadi
Lahir (1948-03-06) 6 Mac 1948 (umur 76)
Balik Pulau, Pulau Pinang
Parti politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
PasanganDatin Seri Jamilah Mohd Zain
Anak5
PekerjaanAhli politik
Bidang pengkhususanDoktor Perubatan

Dato' Seri Dr. Hilmi Yahaya ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia (2013-2018), mantan Ahli Parlimen Balik Pulau selama dua penggal (2013-2018 dan 2004-2013) dan mantan ADUN Telok Bahang selama empat penggal (2008-2013 dan 1990-2004).

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Hilmi Yahya dilahirkan pada 6 Mac 1948 di Balik Pulau, Pulau Pinang. Hilmi adalah anak sulung kepada bekas guru besar Sekolah Agama Permatang Pasir, Balik Pulau, Yahaya Che Mat atau dikenali sebagai Pak Ngah Yahaya.

Beliau berkahwin dengan Datin Seri Jamilah Mohd Zain dan mempunyai lima orang anak. Hilmi memiliki Ijazah Sarjana Muda Perubatan dari Universiti Malaya (1977). Ketika di Fakulti Perubatan UM, beliau dan rakan-rakan sekuliah menubuhkan Persatuan Mahasiswa Islam Perubatan sebagai wadah kepada pelajar bersuara. Di UM, beliau sempat mendengar syarahan Datuk Seri Abdullah bin Ahmad Badawi yang ketika itu merupakan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Belia. Penceramah lain ialah Datuk Abdul Aziz Shamsuddin (bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah).[perlu rujukan]

Beliau terlibat dalam politik UMNO bermula pada tahun 1977 dan menjadi Jawatankuasa UMNO Bahagian Balik Pulau. Tahun 1990, kepimpinan PAS menjemput beliau bertanding atas tiket PAS tetapi ditolak.[1] Beliau menjadi Adun Teluk Bahang selama 3 penggal dan beralih ke parlimen Balik Pulau pada 2004. Beliau dipilih sebagai Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada 2000. [2]

Beliau dilantik sebagai Exco kerajaan negeri Pulau Pinang selama dua penggal . Antaranya sebagai Jawatankuasa Agama Negeri Pulau Pinang, Jawatankuasa Hal Ehwal Tanah, Perancangan dan Penyelarasan Program Pembangunan Negeri Pulau Pinang serta pelbagai portfolio lain.

Pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau memenagi kerusi Dewan Undangan Negeri Teluk Bahang di Pulau Pinang.

Keputusan Pilihan Raya

[sunting | sunting sumber]
Tahun Parlimen Calon Parti Undi Lawan Parti Undi Majoriti
2018 Balik Pulau Hilmi Yahaya BN (UMNO) 19,007 Muhammad Bakhtiar Wan Chik PH (PKR) 25,471 6,464
Muhammad Imran Muhammad Sa'ad PAS 5,298
2013 Hilmi Yahaya BN (UMNO) 22,318 Muhammad Bakhtiar Wan Chik PKR 20,779 1,539
2004 Hilmi Yahaya BN (UMNO) 21,114 Rohana Ariffin PKR 8,177 12,937

Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang

[sunting | sunting sumber]
Tahun DUN Calon Parti Undi Lawan Parti Undi Majoriti
2008 Telok Bahang Hilmi Yahaya BN (UMNO) 4,434 Abdul Halim Hussain PKR 3,969 465

Ketua UMNO Bahagian Balik Pulau 2008-2018

Dato' Seri Dr Hilmi b Yahaya adalah seorang insan yang mesra rakyat serta amat rendah diri serta mudah untuk berbicara. Beliau memulakan kliniknya sendiri iaitu Klinik Seri Pulau yang banyak memberikan rawatan serta caj yang berpatutan kepada penduduk setempat di Balik Pulau.

Ketika beliau berjinak-jinak dengan arena politik beliau telah banyak memberikan kata-kata semangat kepada pelajar-pelajar setempat di sekolah sekitar Balik Pulau.

Kata-kata semangatnya juga masih berkesan kepada pelajar-pelajar Maktab Rendah Sains MARA, Balik Pulau. Beliau juga banyak membantu masyarakat Balik Pulau.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]