Malaysia |
Qatar |
---|---|
Misi diplomatik | |
Kedutaan Malaysia, Doha | Kedutaan Qatar, Kuala Lumpur |
Duta | |
Duta Besar Ahmad Fadil Shamsuddin | Duta Besar (kosong) Chargé d'affaires a.i. Mansoor Ali Al-Hajri |
Hubungan Malaysia–Qatar merujuk kepada hubungan luar negeri antara Malaysia dengan Qatar. Malaysia memiliki sebuah kedutaan di Doha,[1] dan Qatar memiliki kedutaan di Kuala Lumpur.[2][3]
Hubungan antara kedua-dua negara secara biasanya bersangkutan perihal ekonomi.[4] Pada 2011, kedua-dua negara mengumumkan pelaburan bersama US$2 bilion dan penandatanganan kerjasama dalam bidang pelancongan dan pendidikan tinggi.[2] Syarikat-syarikat Malaysia juga berjaya memperoleh 25 projek di Qatar.[5] Pada 2013, Qatar Airways berpelan untuk membesarkan perkhidmatannya ke Malaysia melalui kerjasama dengan Malaysia Airlines.[6] Qatar juga berhasrat dalam bidang penerbangan di negeri Malaysia, Sarawak bersama dengan pelaburan dalam sektor tenaga, perindustrian dan industri halal.[7][8] Pada 2018, kedua-dua negara menandatangani perjanjian untuk membesarkan ketercapaian usahawan wanita di peringkat global.[9]