"Ikujinashi Masquerade" | ||||
---|---|---|---|---|
Single oleh Sashihara Rino | ||||
Dilancarkan | 17 Oktober 2012 | (Jepun)|||
Format | CD single, Muat-turun digital | |||
Genre | J-pop | |||
Syarikat | Avex Trax | |||
Penulis | Akimoto Yasushi (lirik) | |||
Penggubah | Shunsuke Tanaka (en) | |||
Penulis seni kata | Mariya Takeuchi, Yasushi Akimoto | |||
Penerbit | Akimoto Yasushi | |||
Kronologi single Sashihara Rino | ||||
| ||||
Kulit Depan Jenis B |
||||
Kulit Depan Jenis C |
||||
Kulit Depan Jenis D |
||||
sunting · sunting di Wikidata |
Ikujinashi Masquerade (意気地なしマスカレード ) adalah single solo kedua dari idola Jepun Sashihara Rino yang dikeluarkan pada 17 Oktober 2012 oleh rakaman Avex trax. Single ini merupakan single pertama semenjak Sashihara dipindahkan dari AKB48 ke HKT48. Meskipun dikeluarkan sebagai single solo, nama Sashihara Rino ditulis sebagai Sashihara Rino with Anrire.
Single ini dikeluarkan dalam empat edisi: Jenis A, Jenis B, Jenis C, dan Jenis D (edisi teater).
Lagu unggulan single ini, "Ikujinashi Masquerade" pertama kali dibawakan secara solo di depan umum pada festival idola Sashihara Rino Produce Dai-ichi yubi Matsuri: Idol Rinji Soukai, 25 Jun 2012. Dua lagu pada single ini, "if no mousou" dan "Tooi Machi e", liriknya ditulis sendiri oleh Sashihara.
Pada single kali ini Sashihara ditemani unit bernama Anrire (アンリレ ) Yang dianggotai tiga ahli AKB48. Nama unit ini berasal dari nama depan ketiga anggotanya, Iriyama Anna (An), Kawaei Rina (ri), Kato Rena (re). Ketiga anggota Anrire tampil sebagai penari dan tidak ikut menyanyi.
Lagu "Ikujinashi Masquerade" pertama kali dipertunjukkan berempat di depan awam pada acara muzik khas 'Hey! Hey! Hey! Music Champ yang ditayangkan secara langsung dari Odaiba, Tokyo. Walaupun single ini adalah single solo Sashihara, kedudukan tengah ditempatkan oleh Kawaei Rina dan dua anggota Anrire lain, sedangkan Sashihara ditempatkan di belakang. Kawaei Rina juga menduduki kedudukan tengah pada video muzik dan gambar sampul Jenis A. Pada gambar sampul Jenis A, Sashihara ditempatkan paling belakang, di sebelah kanan.
Sehari sebelum dirilisnya, jumlah keseluruhan jualan hari pertama single ini dianggarkan sebanyak 28,000 salinan, dan terus menduduki tempat kedua tangga single Oricon 16 Oktober 2012. Urutan nombor satu ditempati oleh single "Electric Boy" dari Kara yang dikeluarkan pada hari yang sama.
Jumlah penjualan tahap pertama single ini dianggarkan sebanyak 68,000 salinan, sehingga menduduki tempat nombor satu tangga single mingguan Oricon 29 Oktober 2012. Sashihara mencatatkan diri sebagai artis solo ketiga dari kumpulan AKB48 yang berjaya menempatkan singelnya di urutan nombor satu tangga single mingguan Oricon selepas Maeda Atsuko dengan lagunya Flower dan Itano Tomomi dengan "Fui ni".
Suizokukan de Gyo Gyo Gyo Gyo (水族館でギョギョギョ?) Nagahama Ramen-ya Taidan Sashihara Rino vs Kobayashi Yoshinori (長浜ラーメン屋台対談 指原莉乃×小林よしのり Dialog di Penjual Ramen Nagahama, Sashihara Rino dan Kobayashi Yoshinori)