Islam Hadhari

Islam Hadhari (Arab: الإسلام الحضاري) atau "Islam yang bertamadun" merupakan teori kerajaan Malaysia pimpinan Abdullah Ahmad Badawi berasaskan Islam daripada al-Quran. Ia bukanlah agama baru, bukan ajaran baru dan bukan mazhab baru. Ia ialah usaha untuk mengembalikan umat Islam kepada asas Islam menurut yang terkandung dalam al-Quran dan Hadis yang merupakan teras pembinaan Tamadun Islam.

  • Misi: Melaksanakan agenda pembangunan negara dan ummah berlandaskan pendekatan Islam yang universal, maju, bertamadun, bertoleransi dan berimbang.
  1. Keimanan dan Ketakwaan Kepada Allah s.w.t.
  2. Kerajaan Adil dan Beramanah.
  3. Rakyat Berjiwa Merdeka.
  4. Penguasaan Ilmu Pengetahuan.
  5. Pembangunan Ekonomi Seimbang dan Komprehensif.
  6. Kehidupan Berkualiti.
  7. Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita.
  8. Keutuhan Budaya dan Moral.
  9. Pemeliharaan Alam Semulajadi.
  10. Kekuatan Pertahanan.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Laman rasmi

[sunting | sunting sumber]