Jason Chan | |
---|---|
Nama Cina | 陳智燊 (Tradisional) |
Nama Cina | 陈智燊 (Ringkas) |
Pinyin | Chén Zhìshēn (Mandarin) |
Jyutping | Can4 Zi3 San1 (Kantonis) |
Keturunan | Hakka |
Asal | Hong Kong |
Lahir | United Kingdom | 12 Disember 1977
Pekerjaan | pelakon, penyampai |
Tahun aktif | 2004–kini |
Jason Chan Chi-san (dilahirkan pada 12 DIsember 1977) ialah seorang pelakon dan penyampai TV Hong Kong kelahiran British. Dia pertama kali memperoleh pengiktirafan kerana mengacara pelbagai jenis dokumentari TV berbahasa Inggeris Pearl, dan dikenali kerana kefasihannya dalam lima bahasa: bahasa Inggeris, Kantonis, Mandarin, bahasa Perancis dan bahasa Latin.
Chan dilahirkan di London dalam sebuah keluarga Hakka. Dia adalah anak kedua daripada empat orang anak. Abang sulungnya ialah seorang doktor gigi dan adik bongsunya masih menuntut di universiti. Di UK, keluarga Chan mengendalikan sebuah restoran Cina. Chan menghadiri sekolah rendah yang sama dihadiri pelakon Harry Potter, Daniel Radcliffe, iaitu Sussex House di London, sebuah sekolah bebas bagi budak lelaki. Chan mendakwa bahawa jatuh cinta buat kali pertama ketika berumur 21 tahun. Chan menerima ijazah sarjana muda dalam kesusasteraan Cina Purba dan Moden di School of Oriental and African Studies, dan ijazah sarjana dalam ekonomik di University of London.[1] Setelah tamat pengajian, Chan bekerja pada jawatan pengurusan di sebuah hospital, tetapi berhenti bekerja tidak lama kemudian stelah mengambil keputusan untuk menceburi karier hiburan di Hong Kong. Pada tahun pertamanya di Hong Kong, Chan bekerja sebagai tutor bahasa Inggeris di sekolah persediaan ibu saudaranya. Pada tahun 2004, Chan menyertai TVB dan lulus dari Kelas Latihan Artis TVB ke-20 pada 2006, kemudiannya menandatangi kontrak pengurusan dengan syarikat itu. Selama beberapa tahun, Chan mengacara banyak dokumentari TV di Pearl dan menjadi wartawan berita di TVB Entertainment News, serentak dengan itu menjalani penggambaran bagi drama TV TVB dalam watak sampingan. Pada tahun 2010, Chan ditawarkan dengan watak besar yang pertamanya dalam sitkom, Be Home for Dinner (2011). Pada tahun 2012, dia diberi watak utama pertamanya dalam drama Missing You.
Sejak 2009, dia dikhabarkan berpacaran dengan pemenang Ratu Cantik Antarabangsa China 2007 Sarah Song, yang tinggal di menara berbeza dalam kompleks kediaman yang sama. Pada 10 Ogos 2014, Sarah menampilkan foto dirinya dan Chan. Kedua-duanya makan malam bersama bagi meraikan hari lahir Sarah yang ke-29. Di dalam foto itu, pasangan manis itu sedang tersenyum gembira dengan bekas peserta Ratu Cantik Antarabangsa China itu memeluk bahu Chan dengan tangannya.
Sarah meletakkan keterangan gambarnya yang mengatakan, "Terima kasih kerana hari lahir lain. Hari lahir yang lebih menakjubkan akan datang...namun harap-harap tidak berkedut."
Tampilan ini kemudian dianggap oleh khalayak ramai sebagai kepastian Sarah bahawa pada hakikatnya dia mempunyai hubungan istimewa dengan Chan.
Judul | Tahun | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
L for Love L for Lies | 2008 | Alex | |
Love is the Only Answer | 2011 | Jason | |
Love Is Love: Sunshine - It's Me Again | 2015 | Evan Toh | Telemovie MediaCorp |
Judul | Tahun | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
Bar Bender | 2006 | Gangster | |
At Home With Love | 2006 | Peguambela Lam | |
Maidens' Vow | 2006 | Rakan / pekerja Wang Yuk-lun | Episod 11 |
Heavenly In-Laws | 2007 | Tambahan | |
The Drive of Life | 2007 | Jorden Keung Hoi | |
The Price of Greed | 2008 | Tambahan | |
Forensic Heroes II | 2008 | Wong Wing-man (Man) | |
Pages of Treasures | 2008 | Patrick Lui Shu-pui | |
Burning Flame III | 2009 | Alan | |
You're Hired | 2009 | Shek | |
Beyond the Realm of Conscience | 2009 | Dawgut Boonma | |
Don Juan DeMercado | 2010 | Penyumbaleweng kacak | |
OL Supreme | 2010 | Tony | |
Fly with Me | 2010 | Doktor ER | |
The Mysteries of Love | 2010 | Joe Kong Yiu-cho | |
Some Day | 2010 | Lucas Au Chin-cheung | |
Every Move You Make | 2010 | Anthony Ho Wing-kwong | |
No Regrets | 2010 | Henry | |
Links to Temptation | 2010 | Ming | |
Dropping By Cloud Nine | 2011 | Tom | Episod 7: "Love Transfer" Pencalonan — Anugerah Ulangtahun TVB bagi Artis Lelaki Paling Meningkat (Top 5) |
The Rippling Blossom | 2011 | Staf perasa | |
Only You | 2011 | Nick | Pencalonan — Anugerah Ulangtahun TVB bagi Artis Lelaki Paling Meningkat (Top 5) |
Be Home for Dinner | 2011 | Sam Chung Sze-hon | Pencalonan — Anugerah Ulangtahun TVB bagi Artis Lelaki Paling Meningkat (Top 5) Pencalonan — TVB Anniversary Award for My Favourite Male Character (Top 15) |
My Sister of Eternal Flower | 2011 | Jejaka kacak | |
When Heaven Burns | 2011 | Doktor ER | |
No Good Either Way | 2012 | Aaron Yiu Yee-long | |
Missing You | 2012–13 | Sze Yik-him | |
Will Power | 2013 | Ching Ka-ming | |
Black Heart White Soul | 2014 | Yung Chi-chung | |
Overachievers | 2014 | Chiang Tsun | |
Romantic Repertoire | 2015 |