Joel Soh | |
---|---|
Kelahiran | |
Pusat pendidikan | Taylor's University Emerson College |
Pekerjaan | Penerbit filem, pengarah filem, penulis skrip |
Tahun aktif | 2009–kini |
Majikan | Blackflag Malaysia |
Karya terkenal | Polis EVO |
Joel Soh (lahir 16 Ogos 1987) merupakan seorang penerbit filem, pengarah filem dan penulis skrip Malaysia.
Joel dilahirkan di Kuala Terengganu, Terengganu dan dibesarkan Puchong, Selangor. Beliau berpindah ke Selangor pada 2005, berumur 18 tahun untuk melanjutkan pelajaran di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), di mana dia belajar perfileman dalam tempoh yang singkat. Dia kemudian berpindah ke Universiti Taylor untuk belajar Cambridge A-Level. Selepas menerima biasiswa daripada Astro, beliau berpindah ke Boston, Massachusetts untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam penerbitan filem dan video di Emerson College selama tiga tahun.
Selepas tamat pengajian, beliau kembali ke Malaysia dan menyertai Astro Shaw dan Tayangan Unggul sebagai penerbit bersekutu dan eksekutif produksi sebagai sebahagian daripada program biasiswa itu.
Menunjukkan filem yang belum dikeluarkan |
Tahun | Tajuk | Dikreditkan sebagai | Catatan | ||
---|---|---|---|---|---|
Penerbit | Penulis | Pengarah | |||
2009 | Room 1821 | Filem pendek; juga sebagai penyunting, dan penyunting seni | |||
2011 | Angela | Filem pendek | |||
2014 | The Journey | Bersekutu | |||
2015 | Cemetery of Splendour | Bersekutu | |||
Polis EVO | |||||
2016 | Ola Bola | Bersekutu | |||
2018 | Polis EVO 2 | Arahan bersama Andre Chiew | |||
2023 | Polis EVO 3 | ||||
2024 | The Experts | ||||
TBA | Baran | Pos-produksi |
Tahun | Anugerah | Kategori | Dicalonkan | Keputusan | Rujukan |
---|---|---|---|---|---|
2016 | Festival Filem Malaysia | Filem Terbaik | Polis EVO | Tercalon | |
Skrip Terbaik | Tercalon | ||||
Anugerah Juri Khas | Menang | ||||
Anugerah Pecah Panggung | Menang | ||||
2018 | Pengarah Harapan | Polis EVO 2 | Tercalon |