Maklumat peribadi | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Nama asal | 月井 隼南 | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Nama penuh | Junna Villanueva Tsukii | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Etnik | Jepun/Tagalog | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Lahir | Pasay, Filipina | 30 September 1991|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Pengajian | Universiti Takushoku | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Pekerjaan |
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Sukan | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Negara | Filipina | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Sukan | Karate | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kelas berat | 50 kg | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Acara |
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Rekod pingat
|
Junna Villanueva Tsukii (月井 隼南 , Tsukii Junna[1]) (lahir 30 September 1991) ialah karateka Filipina dan guru Jepun. Sebagai seorang petarung karate, beliau berjaya memenangi salah satu pencapaian paling tinggi dalam sukan itu yaitu pingat emas karate kategori kumite perempuan 50 kg dalam Sukan Dunia 2022 yang diasaskan di Birmingham, Amerika Syarikat.
Junna mula berlatih karate saat memasuki usia 7 tahun. Beliau menyertai dojo karate datuknya di Tokyo.[2] Pada saat duduk di darjah dua sekolah menengah atas, Junna berjaya memenangi Kejohanan Karate Negara Jepun dan terpilih untuk mewakili karate junior Jepun di peringkat antarabangsa.[3] Dalam satu perlawanan antarabangsa, beliau mendapat cedera seumur hidup setahun selepasnya.[3] Kemalangan itu membuatnya tidak pernah mendapat panggilan sukan kembali dari Kerajaan Jepun dan ia memilih untuk bersara dari karate selama beberapa masa. Junna bekerja sebagai guru di Kansai sebelum mendapat panggilan untuk mewakili karate senior Republik Filipina pada tahun 2017.[4]
Pada tahun 2017, Junna memulakan perlawanan karate seniornya dengan menyertai salah satu kategori karate di Sukan Asia Tenggara 2017 yang berkedudukan di Kuala Lumpur, Malaysia.[5][6] Pada tahun itu, beliau memenangi pingat gangsa dalam kategori kumite beregu.[5] Pada Sukan Asia Tenggara yang selepasnya, Junna berjaya membawakan pingat emas untuk negara pengacara.[7]
Junna memenangi pingat gangsa untuk Filipina pada kategori kumite 50 kg di Sukan Asia 2018, yang berada di Palembang, Indonesia.[8][9] Beliau menewaskan Paweena Raksachart dari Thailand bagi persaingan tempat ketiga.[8]
Pada tahun 2021, Junna berjaya mendapatkan pingat emas dalam Karate 1-Premier League yang berada di Lisbon, Portugal.[10][11] Pada bulan Jun 2021, beliau menyertai Kejohanan Kelayakan Olimpik Dunia, berharap agar boleh layak dalam Sukan Olimpik Musim Panas 2020 di Tokyo, Jepun.[12] Pada perlawanan pertama untuk kelayakan, Junna ditewaskan oleh karateka asal Bulgaria yaitu Ivet Goranova .[12] Pada bulan November 2021, Junna menyertai Kejohanan Karate Dunia yang berada di Dubai, Emiriah Arab Bersatu dalam kategori kumite 50 kg.[13] Pada pusingan kedua, Junna terpaksa harus mengakui kemampuan penentangnya.[13] Pada bulan Disember 2021, beliau mendapat pingat perak di Kejohanan Karate Asia yang berada di Almaty, Kazakhstan.[14][15]
Junna berjaya mendapat gelar dunia dalam kategori kumite 50 kg di Sukan Dunia 2022 yang berada di Birmingham, Amerika Syarikat.[16][17] Pada perlawanan pentas akhir, Junna menewaskan Yorgelis Salazar salah satu petarung karate perempuan terbaik Amerika Selatan dari Venezuela.[18] Pada tahun 2023, Junna mewakili negaranya untuk menyertai perlawanan karate Sukan Asia 2022 dalam kategori kumite 50 kg yang berada di Hangzhou, China. Pada kejohanan itu, Junna tersingkir dari pusingan pertama. Pada bulan yang sama, Junna menyertai Kejohanan Karate Dunia 2023 yang berada di Budapest, Hungary. Pada kejohanan itu, Junna tersingkir dari pusingan kedua.[19]
Junna Tsukii lahir di Pasay, Filipina[20] pada tarikh 30 September 1991.[8] Beliau lahir dari pasangan Shin Tsukii, seorang jurulatih sukan dari Jepun dan isterinya Lilia Villanueva, yang sehari-hari mengerjakan keperluan dapur sebagai suri rumah daripada etnik Tagalog.[2] Junna ialah anak kedua daripada tiga bersaudara.[1] Beliau bermastautin di Jepun memasuki usianya yang ke-3 tahun.[20]
Junna menyertai sebuah asrama sekolah menengah formatif di Kansai.[3] Beliau mengambil kepujian pendidikan guru di Universiti Takushoku, Tokyo.[20] Junna menamatkan pendidikannya dan mengajar di sekolah lamanya dahulu di Kansai.[4]
Junna tidak boleh berbahasa Tagalog, kerana dari masa kecil bahasa sehari-hari di dalam rumahnya ialah Jepun. Beliau baru boleh bercakap dalam bahasa Inggeris semasa pendidikannya di Universiti Takushoku. Pada waktu mendapat panggilan dari Republik Filipina untuk mewakili negaranya dalam sukan karate, Junna mengaku merasa bimbang untuk menerima panggilan khidmat itu kerana tidak fasih dalam Tagalog.
Pentadbir Filipina meyakinkan beliau bahawa syarat untuk mewakili negara hanya perlu menghafal Lupang Hinirang, anthem wajib bagi setiap atlet yang berkhidmat untuk negara itu.[21][22] Junna mempunyai akaun YouTube yang mengambil tema mengenai karate.[2]
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama sanchez_terliuga_lead_way_world_games_2022
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama karate_results_book_world_games_2022