K. S. Nijhar | |
---|---|
Ahli Parlimen Malaysia bagi Subang | |
Dalam jawatan 29 November 1999 – 13 Februari 2008 | |
Didahului oleh | M. Mahalingam |
Digantikan oleh | Sivarasa Rasiah |
Senator | |
Dalam jawatan 1985–1991 | |
Perdana Menteri | Mahathir Mohamad |
Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri | |
Dalam jawatan 1989–1991 | |
Perdana Menteri | Mahathir Mohamad |
Menteri | Rafidah Aziz |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Karnail Singh Nijhar A/L Amar Singh 2 Julai 1936 Pengkalan Hulu, Perak, Tanah Melayu British (kini Malaysia) |
Meninggal dunia | 15 Jun 2021 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia | (umur 84)
Parti politik | MIC (Barisan Nasional) |
Pekerjaan | Ahli politik |
Tan Sri Dato' Dr. Karnail Singh Nijhar atau KS Nijhar (2 Julai 1936 – 15 Jun 2021)[1] ialah salah seorang dari tiga Naib Presiden Kongres India Malaysia (MIC), sebuah parti komponen Barisan Nasional yang memperjuangkan nasib kaum India. Beliau merupakan keturunan Punjabi/Sikh dalam politik Malaysia yang dikuasai oleh etnik Tamil. Etnik Punjabi lain di Malaysia ialah Karpal Singh dari parti pembangkang Parti Tindakan Demokratik (DAP).
Beliau lahir pada 2 Julai 1934 di Pengkalan Hulu, Perak ketika ibu kandung menaiki kereta lembu di antara Kroh dengan Kelian Intan.[2][3] Ayahnya, seorang imigran dari Punjab merupakan buruh syarikat perlombongan timah tempatan dan tiba di Tanah Melayu pada 1926. Nijhar membesar di sebuah rumah kampung tanpa sebarang kemudahan asas dan terpaksa bergantung kepada telaga bagi kemudahan air, dan warga kuil Hindu bagi makanan percuma kerana kemiskinan.[1] Beliau belajar di St Xavier Institution, Pulau Pinang (1947-1954).
Sebelum menceburkan diri dalam politik sebagai ahli MIC pada 1974, beliau merupakan seorang pensyarah ekonomi di Universiti Malaya dan satu daripada hanya dua orang bangsa India yang memiliki taraf doktor falsafah dalam bidang ekonomi di Malaysia ketika itu. Kerajaan Malaysia meminta pertolongannya bagi pelbagai inisiatif pada tahun-tahun awalnya sebagai seorang akademik, seperti memajukan "gaji staf akademik universiti-universiti Malaysia" bagi pihak Suruhanjaya Kehakiman Harun Hashim. Arshad Ayub, pengarah Institut Teknologi MARA (sekarang UiTM), telah melantiknya sebagai pensyarah sambilan dan membantu mengembangkan kurikulum bagi sekolah pentadbiran perniagaan.[1]
Beliau dikatakan berjaya menyelamatkan bangunan MIC Selangor dari dilelong pada 1980 dengan menjual dua buah keretanya. Di Parlimen Malaysia, beliau menganggotai Jawatankuasa Akaun Awam (PAC). Beliau juga pernah berkhidmat di dalam Jawatankuasa Perpaduan Negara. Beliau menang bertanding dalam pilihan raya pada 1999 dan 2004[4] bagi kerusi Subang, Selangor dengan menewaskan Irene Fernandez dari Parti Keadilan Rakyat (PKR). Namun begitu, namanya digugurkan semasa pilihan raya umum 2008 dan digantikan oleh S. Murugeson (BN/MIC), tetapi dikalahkan oleh calon PKR, Sivarasa Rasiah. Beliau bersara daripada dunia politik pada umur 72 tahun.
Tahun | Undian | Peratusan | Lawan | Undian | Peratusan | Jumlah undian | Majoriti | Keluar mengundi | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1999 | K.S. Nijhar (MIC) | 36,137 | 55.49% | Irene Fernandez (PKR) | 28,985 | 44.51% | 67,847 | 7,152 | 73.11% | ||
2004 | K.S. Nijhar (MIC) | 32,941 | 65.33% | Mohd Nasir Hashim (PKR)1 | 17,481 | 34.67% | 52,017 | 15,460 | 75.67% |
Note: 1 Mohd Nasir Hashim bertanding dalam tiket PKR dalam pilihan raya umum 2004 sungguhpun merupakan ahli Parti Sosialis Malaysia, PSM.
Nijhar meninggal pada usia 85 tahun pada jam 8.00 malam 15 Jun 2021 setelah mengalami strok kritikal.[6] Upacara terakhirnya dilakukan bersama-sama dalam kalangan ahli keluarga terdekat di rumahnya di Bukit Pantai, diikuti dengan upacara pembakaran mayat di Xiao En Memorial Park, Nilai pada keesokan harinya.[7]