Kakaktua Eleonora | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Superkeluarga: | |
Keluarga: | |
Subkeluarga: | |
Tribus: | |
Genus: | |
Spesies: | |
Subspesies: | C. g. eleonora
|
Nama trinomial | |
Cacatua galerita eleonora Finsch, 1863
| |
Kepulauan Aru (warna merah) |
Kakaktua Eleonora, Cacatua galerita eleonora, juga dikenali sebagai Kakaktua Jambul Kuning Sederhana mempunyai penampilan yang sama dengan subspesies dalam Kakaktua Jambul Sulfur lain. Ia ditemui di Kepulauan Aru dan Kai di Indonesia, di mana ia merupakan spesies yang dibawa masuk[1][2] dan spesies yang mudah ditemui di dalam budaya unggas.
Kakaktua ini merupakan spesies terkecil dari empat subspesies dalam Cacatua galerita, dengan saiz sekitar 44 sm panjang dan berat di antara 404–602 gram.[3] Selain saiz yang berbeza, Eleonora berbeza dari Kakaktua Jambul Sulfur Besar kerana tidak memiliki cincin mata putih yang terang, jambul pada Eleonora juga kurang melengkung dan ia tidak memiliki mandible atas yang runcing, yang mana hanya ditemui pada Cacatua galerita galerita.
Kakaktua Eleonora diberikan oleh Dr. Otto Finsch. Beliau menemui subspesies ini di Zoo Artis Amsterdam dan menamakannya bersempena nama Maria Eleonora van der Schroef, isteri kepada pengarah zoo.