Kamus Besar Bahasa Indonesia merupakan kamus rasmi baku Indonesia (atau "bahasa Indonesia") yang disusun oleh Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa dan diterbitkan oleh Balai Pustaka.
Kamus ini menjadi acuan tertinggi penulisan cuan tertinggi bahasa Indonesia yang baku, kerana cirinya yang merupakan kamus bahasa baku Indonesia terlengkap dan paling tepat yang pernah diterbitkan oleh penerbit yang memiliki hak paten dari pemerintah Republik Indonesia serta dinaungi Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan negara tersebut.
Edisi | Tahun diterbit | Catatan |
---|---|---|
1 | 1988 | Hasil pengembangan daripada Kamus Bahasa Indonesia yang diterbit pada tahun 1983. Kamus ini mempunyai 63,000 lema. |
2 | 1991 | Semakan edisi pertama dan memuat 73,000 lema. |
3 | 2001 | Memuat 78,000 lema. Menurut Dr. Dendy Sugono, Ketua Pusat Bahasa, kamus ketiga ini masih terasa banyak sekali kosa kata yang belum dimasukkan. Tetapi harap diingatkan bahawa KBBI merupakan sebuah kamus umum yang berisi kosa kata umum saja. Pusat Bahasa juga mempunyai Kamus Istilah sebagai kamus bidang ilmu tertentu. |
4 | 2005 | Edisi keempat memuat lebih dari 90.000 lema. Pada edisi ini KBBI diperkaya kosa kata yang berasal dari kamus istilah, pada edisi ini kamus disusun berdasarkan paradigma. |
5 | 2016 | Edisi kelima rasmi diluncurkan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan, Muhadjir Effendy pada 28 Oktober 2016. Pada edisi ini, KBBI memuat 127,036 lema yang versi cetaknya setebal 2,040 halaman, hampir dua kali lipat versi sebelumnya, 1,400-an halaman. |
Laman web khusus untuk kamus ini turut tersedia lancar tahun 2008 menampilkan kandungan KBBI edisi ketiga sebagai asas data yang digunakannya. Ia turut didapat di alamat Badan Bahasa Sendiri
Bagi pengguna umum, tersedia ciri pencarian lema atau entri dalam KBBI, dan bantuan pencarian untuk entri yang tidak ditemukan. Sedangkan bagi pengguna yang terdaftar, tersedia ciri yang jauh lebih lengkap. Antara ciri lain, pencarian entri berdasarkan huruf awal, kemasyhuran entri, pencarian terakhir, kelas kata, ragam, bidang, dan bahasa.
Pengguna terdaftar juga boleh mencari pautan kata turunan, kata gabungan, peribahasa, dan idiom dari kata yang dicari. Selain itu, boleh mengusulkan entri, makna, dan contoh baru dalam KBBI, perbaikan entri, makna, dan contoh dalam KBBI, serta pencarian entri dengan frasa ketika membuat usulan.
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.