Kecederaan tendon Achilles | |
---|---|
Nama lain | koyakan tendon Achilles,[1] pecahan tendon Achilles[2] |
Tendon Achilles | |
Pengkhususan | Ortopedik, perubatan kecemasan |
Gejala | Kesakitan pada tumit[3] |
Permulaan biasa | Secara tiba-tiba[3] |
Punca | Paksaan fleksi plantar pada kaki, trauma langsung, tendonitis berpunca daripada berdiri lama[4] |
Fluorokuinolon, perubahan ketara pada senaman, artritis reumatoid, gout, kortikosteroid[1][5] | |
Berdasarkan gejala dan pemeriksaan fizikal, disokong dengan pengimejan perubatan[5] | |
Tendinitis Achilles, seliuh buku lali, patah avulsi kalkaneus[5] | |
Rawatan | Pengacuan atau pembedahan[6][5] |
Kekerapan | 1 per 10,000 orang setiap tahun[5] |
sunting |
Kecederaan tendon Achilles berlaku di bahagian belakang buku lali.[5] Simptomnya termasuklah rasa sakit yang mendadak di bahagian tumit.[3] Bunyi patah mungkin kedengaran apabila tendon putus dan berjalan menjadi sukar.[4]
Kecederaan ini biasanya berlaku akibat tapak kaki dipaksa lipat ke bawah secara tiba-tiba dengan keterlibatan otot betis, trauma langsung, atau tendonitis akibat berdiri dengan lama.[4][5] Faktor risiko lain termasuk penggunaan fluorokuinolon, perubahan ketara dalam senaman, artritis reumatoid, gout atau penggunaan kortikosteroid.[1][5] Diagnosis biasanya berdasarkan simptom dan pemeriksaan serta disokong oleh pengimejan perubatan.[5]
Antara pencegahan yang boleh dilakukan termasuklah regangan tumit kaki sebelum menjalankan aktiviti.[4] Antara rawatan yang mungkin dilakukan adalah mungkin melalui pembedahan pemulihan atau pengukuhan acuan ortopedik dengan jari kaki tunjuk ke bawah.[6][2] Rawatan tersebut boleh berbaik pulih secepat masa 4 minggu.[6][7] Walaupun pembedahan kebiasaannya mengakibatkan pengurangan kecil dalam risiko kecederaan semula, terdapat risiko komplikasi lain yang lebih besar.[2] Selain itu, rehabilitasi yang terlalu singkat masanya mungkin akan menghapuskan perbezaan tersebut.[2] Jika rawatan yang sesuai tidak berlaku dalam tempoh 4 minggu hasil kecederaan tidak begitu baik.[8]
Kecederaan tendon Achilles berlaku pada kira-kira 1 setiap 10,000 orang setahun.[5] Lelaki lebih kerap terkena berbanding perempuan.[1] Orang yang berumur 30-an hingga 50-an paling kerap terjejas.[5] Tendon itu sendiri dinamakan pada tahun 1693 sempena nama pahlawan Yunani Achilles.[9]
<ref>
tidak sah, nama "Mer2017" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
<ref>
tidak sah, nama "Gos2018" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
<ref>
tidak sah, nama "Fer2016" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza