Kejohanan Kelab ASEAN 2024–25 atau ringkasnya ACC 2024–25, secara rasmi Piala Shopee 2024–25 atas sebab penajaan,[1] akan menjadi edisi ketiga Kejohanan Kelab ASEAN, pertandingan bola sepak antarabangsa antara pasukan juara domestik yang bergabung dengan ahli persatuan-persatuan Persekutuan Bola Sepak ASEAN.[2][3] Ia akan menjadi ACC pertama yang dimulakan sejak 2005.[4]
Kebangkitan semula Kejohanan Kelab ASEAN pertama kali dicadangkan kepada Konfederasi Bola Sepak Asia pada 2019,[5] tetapi dihalang oleh pandemik COVID-19.[6] Percubaan terbaharu yang tidak berjaya adalah untuk 2023–24.[7]
Kejohanan itu telah dilancarkan pada 4 April 2024 dengan permainan dijangka akan dimainkan dari 17 Julai 2024 hingga 21 Mei 2025.[8] Kejohanan sebelumnya telah dibatalkan secara rasmi kerana jadual pertandingan yang bertindih (kelayakan Piala Dunia FIFA 2026 – AFC Pusingan Kedua dan Piala Asia AFC 2023).[9]
Sejumlah 12 pasukan telah diundi kepada 2 kumpulan 6 pasukan untuk peringkat kumpulan pada 9 Mei 2024, jam 11:00 pagi (UTC+7) di Bandar Ho Chi Minh, Vietnam. Pasukan daripada persatuan yang sama tidak boleh diletakkan dalam kumpulan yang sama.[10] Peringkat kumpulan akan menjadi format perlawanan kumpulan dengan pasukan akan bermain di tempat sendiri dan di tempat lawan.[perlu rujukan]
Dua pasukan teratas dari setiap kumpulan mara ke peringkat kalah mati.[8]
Kelab daripada semua 12 anggota persatuan bola sepak Persekutuan Bola Sepak ASEAN layak menyertai pertandingan tersebut. Australia dan Timor Leste tidak memasuki mana-mana kelab.[8]
Maksimum empat warga asing dibenarkan bagi setiap kelab yang mengikut peraturan 3+1Konfederasi Bola Sepak Asia' (AFC); tiga pemain dari mana-mana kewarganegaraan dan yang keempat datang dari negara ahli AFC. Pemain yang berasal dari negara ahli AFF tidak akan dianggap sebagai pemain asing. Ini akan disahkan setelah undian disahkan.[perlu rujukan]
Kemaskini perlawanan dimainkan pada 8 Januari 2025. Sumber: ASEAN United FC Peraturan untuk klasifikasi: 1) mata; 2) satu-lawan-satu; 3) perbezaan gol satu-lawan-satu; 4) gol yang dijaringkan satu-lawan-satu; 5) perbezaan gol; 6) bilangan gol yang dijaringkan; 7) kedudukan permainan bersih; 8) undian.
Kemaskini perlawanan dimainkan pada 9 Januari 2025. Sumber: ASEAN United FC Peraturan untuk klasifikasi: 1) mata; 2) satu-lawan-satu; 3) perbezaan gol satu-lawan-satu; 4) gol yang dijaringkan satu-lawan-satu; 5) perbezaan gol; 6) bilangan gol yang dijaringkan; 7) kedudukan permainan bersih; 8) undian. Nota:
^ abPerbezaan gol satu-lawan-satu: Buriram United 10; Kuala Lumpur City 0;
^ abMata satu-lawan-satu: Borneo 3; Lion City Sailors 0.
Dua kelab teratas dari setiap dua kumpulan dalam peringkat kumpulan akan bermain perlawanan secara timbal balik setiap satu, pemenang akan mara ke perlawanan akhir.[8]