Kejohanan Super Series Akhir BWF (dinamakan Kejohanan Super Series Masters Akhir BWF hingga 2009) adalah kejohanan badminton tahunan yang diadakan pada akhir tahun di mana para pemain dengan mata terbanyak dari dua belas acara tahun kalendar Super Series BWF bertanding untuk mendapatkan hadiah wang sekurang-kurangnya AS$1,000,000. Ia digantikan oleh Kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF pada tahun 2018.
Super Series Akhir dibatalkan pada tahun 2007 oleh sebab kekurangan penajaan untuk kejohanan ini. Kejohanan 2008 - dikenali pada masa itu sebagai Super Series Masters Akhir BWF 2008 - adalah edisi pertama dan ia diadakan di Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia pada 18 Disember hingga 21 Disember, 2008.[1][2][3]
Hanya lapan pemain atau pasangan teratas dalam ranking Super Series selepas kejohanan Super Series terakhir, seperti yang diumumkan oleh Persatuan Badminton Dunia, yang layak untuk turut serta; namun ia terhad kepada dua penyertaan bagi setiap ahli persatuan. Dalam kejohanan itu, lapan pemain atau pasangan akan dibahagikan kepada dua kumpulan, dengan dua pemain atau pasangan teratas mara ke separuh akhir.[4]
Untuk final edisi 2010, pertandingan ini diadakan pada Januari 2011.[5] Pada tahun 2014, jumlah wang hadiah meningkat dua kali ganda menjadi AS$1 juta.[6] Dubai, Emiriah Arab Bersatu adalah tempat untuk Super Series Akhir hingga 2017 hasil daripada perkongsian Persatuan Badminton Dunia.[7]
Negara Teratas | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Rank | Negara | PL | PW | BL | BW | BC | Jumlah | ||
1 | Republik Rakyat China | 3 | 4 | 0 | 5 | 5 | 17 | ||
2 | Denmark | 2 | 0 | 3 | 1 | 4 | 10 | ||
3 | Malaysia | 4 | 1 | 2 | 2 | 0 | 9 | ||
4 | Jepun | 1 | 2 | 0 | 2 | 0 | 5 | ||
5 | Indonesia | 0 | 0 | 3 | 0 | 0 | 3 | ||
6 | Korea Selatan | 0 | 0 | 2 | 0 | 0 | 2 | ||
Taipei Cina | 0 | 2 | 0 | 0 | 0 | 2 | |||
7 | Hong Kong | 0 | 1 | 0 | 0 | 0 | 1 | ||
England | 0 | 0 | 0 | 0 | 1 | 1 | |||
Jumlah | 10 | 10 | 10 | 10 | 10 | 50 |