Kim Sang Joong | |
---|---|
Latar belakang | |
Nama lahir | Kim Sang Joong |
Berasal dari | Busan, South Korea |
Tahun aktif | 1990 - kini |
Syarikat rakaman | Pelakon |
Nama Korea | |
Hangul | 김상중 |
Perumian Semakan | Kim Sang Joong |
Kim Sang Joong (김상중) merupakan seorang pelakon Korea yang dikenali di televisyen melalui wataknya sebagai Lee Jin Pyo/Steve Lee di dalam City Hunter dan Calon Presiden Kang Dong Yoon di dalam The Chaser. Dia juga merupakan bekas tentera laut. [1][2][3]
Kim Sang Joong dilahirkan di Busan. Keluarganya terdiri daripada seorang bapa, ibu, 2 orang abang, dan 3 adik perempuan dan beliau merupakan anak ketiga dari enam beradik. Beliau memulakan kerjayanya sebagai seorang pelakon pada 1990 melalui drama I Love Bread. Beliau menerima banyak sokongan melalui suaranya yang seksi dan penampilannya yang sering kemas dan berkarisma. Selain itu, beliau juga dikenali sebagai Detektif Pertengahan Umur disebabkan menghoskan Dokumentari I would Like To know sejak 2008.
Pada 2011, beliau berlakon di dalam drama yang mendapat hit di serata dunia iaitu City Hunter sebagai watak antagonis, Lee Jin Pyo/Steve Lee bersama Lee Min Ho. Lakonan beliau telah dipuji kerana lakonannya yang mantap sebagai seorang penjahat.
Pada 2012, dia membawa lagi watak antagonis dalam drama politik The Chaser sebagai Calon Presiden Kang Dong Yoon dalam usahanya untuk mengejar kuasa dan mencapai impian satu-satunya. The Chaser telah membuat hasil yang mengagumkan apabila berjaya memecah rating 20% dan menempatkannya di dalam drama raking no 1 di korea walaupun tanpa seorang idola. Pada 31 Disember 2012, SBS Drama awards menganugerahkan The Chaser sebagai Drama terbaik sepanjang 2012 disebabkan skrip yang kuat, perjalanan cerita yang mengagumkan, watak yang hebat dan persembahan yang menakjubkan. Melalui drama in juga, beliau mendapat 2 anugerah sebagai Pelakon Lelaki Terbaik di SBS Drama Awards dan Korean Drama Festival Film.
Hobi beliau adalah bermain golf, skuba, menunggang motosikal kuasa tinggi dan mendengar lagu. Beliau juga suka mendaki gunung bersama-sama rakannya. Ayat beliau yang sering diingati adalah "저의 친구가 되어주십시오" dan "스마트하지 않다, 스위트해" yang bermaksud "Jadilah rakan saya" dan "Saya tidak Smart, saya seorang lelaki yang sweet." Beliau berkahwin pada 1991 namun bercerai 9 tahun kemudiannya iaitu pada tahun 1999.