Kristiani Herrawati | |
---|---|
![]() | |
Dalam jawatan 20 Oktober 2004 – 20 Oktober 2014 | |
Didahului oleh | Taufiq Kiemas |
Digantikan oleh | Iriana |
Maklumat peribadi | |
Lahir | ![]() | 6 Julai 1952
Meninggal dunia | 1 Jun 2019[1]![]() | (umur 66)
Pasangan | Susilo Bambang Yudhoyono (berkahwin 1976) |
Pertalian | Susilo Bambang Yudhoyono (Suami) Sarwo Edhie Wibowo (Ayah) |
Anak | Agus Harimurti Yudhoyono Edhie Baskoro Yudhoyono |
Tempat belajar | Universiti Terbuka |
Pekerjaan | Ahli politik, aktivis sosial |
Kristiani Herrawati, atau dikenali sebagai Ibu Ani Bambang Yudhoyono (lahir di Yogyakarta, Indonesia, 6 Julai 1952 – meninggal di Singapura, 1 Jun 2019 pada umur 66 tahun) merupakan isteri Presiden Indonesia, Dr. H. Susilo Bambang Yudhoyono dan juga Wanita Pertama Indonesia dari 2004 hingga 2014.
Ani dilahirkan pada 6 Julai 1952 di Yogyakarta, merupakan anak ketiga daripada tujuh beradik dan anak kepada pasangan suami isteri Leftenan Jeneral (Purn) Sarwo Edhie Wibowo dan Hj. Sunarti Sri Hadiyah.[2] Beliau berkahwin dengan Susilo Bambang Yudhoyono pada 30 Julai 1976, ketika Susilo Bambang Yudhoyono baru saja dilantik sebagai pegawai TNI dan menjadi lulusan terbaik.[3]
Beliau mengambil Jurusan Kedoktoran di Universiti Kristian Indonesia (bahasa Indonesia: Universitas Kristen Indonesia), tetapi pada tahun ketiga meninggalkan bangku kuliah kerana bernikah dengan Susilo. Ani kemudian melanjutkan pelajarannya di Universiti Merdeka (bahasa Indonesia: Universitas Merdeka) dan mendapat Sarjana dalam Sains Politik pada tahun 1998.[4]
Beliau pernah memegang jawatan Naib Ketua Umum DPP Parti Demokrat, dan juga aktif dalam kegiatan sosial di Persit Kartika Chandra Kirana (Persatuan Isteri Tentera), Dharma Pertiwi dan Dharma Wanita selama Susilo menjawat sebagai Menteri Perlombongan dan Tenaga (bahasa Indonesia: Menteri Pertambangan dan Energi) pada zaman Pemerintahan Abdurrahman Wahid dan Menteri Koordinator Politik dan Keamanan pada zaman Pemerintahan Megawati Soekarnoputri.[5]
Berikutan pemilihan suaminya kepada jawatan presiden, dia menganjurkan kempen imunisasi polio[6] dan Mobil Pintar (Smart Cars), iaitu van yang diisi dengan buku untuk dibaca oleh kanak-kanak.[7]
Ani juga mendapat penghormatan apabila sejenis spesies kupu-kupu di Papua, Delias kristianiae dinamakan bersempena namanya.[8]
Ani adalah penggemar dalam berkebun dengan kecenderungan tertentu terhadap orkid,[5] dan sebagai sebahagian daripada tradisi diplomatik, pelbagai orkid di Singapura dinamakan sempena namanya.[9] Pada hari lahirnya ke-61, beliau melancarkan dua buah buku mengenai pengumpulan botani di Istana Cipanas dan beberapa Taman Botani Indonesia serta beberapa gambarnya dimasukkan.[10]
Ani meninggal dunia akibat leukemia pada 1 Jun 2019, selepas menjalani rawatan selama hampir empat bulan di Hospital Universiti Nasional, Singapura. Dia berusia 66 tahun.[11][12]
Gelaran Kehormat | ||
---|---|---|
Didahului oleh Taufiq Kiemas |
Wanita Pertama Indonesia 20 Oktober 2004 – 20 Oktober 2014 |
Diikuti oleh: Iriana |