Daerah Kuala Nerus کوالا نروس | |
---|---|
Koordinat: 5°20′N 103°00′E / 5.333°N 103.000°EKoordinat: 5°20′N 103°00′E / 5.333°N 103.000°E | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Terengganu |
Pusat | Bandar Al-Wathiqu Billah |
Pihak berkuasa tempatan | Majlis Bandaraya Kuala Terengganu |
Keluasan | |
• Jumlah | 320 km2 (120 batu persegi) |
Penduduk (2020) | |
• Jumlah | 145,642 |
• Kepadatan | 460/km2 (1,200/batu persegi) |
Kod panggilan kebangsaan | 09-6xxxxxx |
Kuala Nerus (Jawi: کوالا نروس) merupakan sebuah daerah yang terletak di utara negeri Terengganu, Malaysia. Daerah Kuala Nerus merupakan daerah kelapan dalam negeri Terengganu dan berkeluasan 320 kilometer persegi. Pusat pentadbiran daerah ini terletak di Bandar Al-Wathiqu Billah.
Walaupun telah diisytiharkan sebagai sebuah daerah, Kuala Nerus masih ditadbir di bawah pihak berkuasa tempatan yang sama dengan daerah Kuala Terengganu, iaitu Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.
Daerah Kuala dibahagikan kepada empat buah mukim;
Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di Daerah Kuala Nerus ialah seramai 145,642 orang dengan kepadatan penduduk 366 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk padat. Majoriti penduduk di daerah Kuala Nerus berbangsa Melayu, seramai 140,440 orang.[1][2]
Status | Bangsa | Jumlah |
---|---|---|
Warganegara | Melayu | 140,440 |
Bumiputera lain | 427 | |
Cina | 1,768 | |
India | 510 | |
Lain-lain | 192 | |
Bukan warganegara | - | 2,305 |
Jumlah | 145,642 |
Di daerah Kuala Nerus, agama Islam merupakan agama paling ramai penganut dengan peratusan 98 peratus diikuti agama Buddha sebanyak satu peratus. Agama Kristian, Hindu dan lain-lain serta tidak beragama mencatatkan kurang satu peratus.[2]
Bahasa Melayu Terengganu adalah bahasa utama di daerah ini.
Terdapat pelbagai kemudahan yang dibina di seluruh daerah Kuala Nerus. Terdapat sebanyak 45 buah sekolah di daerah ini;[3]
Jenis sekolah | Bilangan |
---|---|
Sekolah Kebangsaan | 29 |
Sekolah Menengah Kebangsaan | 10 |
Sekolah Berasrama Penuh | 2 |
Sek. Men. Kebangsaan Agama | 1 |
Sekolah Menengah Teknik | 1 |
Sekolah Sukan | 1 |
Kolej Vokasional | 1 |