Kawasan pilihan raya ![]() | |
---|---|
Kawasan parlimen yang tidak berfungsi | |
Badan perundangan | Dewan Rakyat |
Kawasan pilihan raya diwujudkan | 1958 |
Kawasan pilihan raya telah dimansuhkan | 1974 |
Kali pertama dipertandingkan | 1959 |
Kali terakhir dipertandingkan | 1969 |
Larut Selatan ialah sebuah kawasan pilihan raya parlimen yang terletak di Perak Darul Ridzuan dalam negara Malaysia.[1] Ia telah diwakili oleh Dewan Rakyat pada tahun 1959 sehinggalah tahun 1974. Kawasan persekutuan ini mengandungi dua buah kawasan pilihan raya negeri iaitu Matang dan Taiping.[1]
Kawasan persekutuan ini pertama kali dipertandingkan pada tahun 1959 dan dimandatkan dengan mengembalikan seorang ahli parlimen kepada Dewan Rakyat Malaysia di bawah sistem pengundian pemenang undi terbanyak yang lalu. Sejak 1969, ahli parlimen untuk kawasan Larut Selatan ialah Ng Hoe Hun dari Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN).[1]
Kawasan Larut Selatan terletak di timur laut negeri Perak yang juga bersempadan dengan Selat Melaka di baratnya.[1] Ia diciptakan dari Larut-Matang. Walaubagaimanapun, kawasan Larut Utara telah dihapuskan pada tahun 1974 dan kini ia telah digantikan dengan Matang dan Taiping. Kawasan parlimen ini juga telah wujud sejak negara Malaysia belum mencapai kemerdekaan iaitu pertama kali dipertandingkan pada 19 Ogos 1959.[2] Pada pilihan raya pertama Tanah Melayu 1959, sebanyak tiga calon telah bertanding di kerusi parlimen Larut Selatan. Mereka ialah Lim Swee Aun dari Parti Perikatan, C.H. Yin dari Parti Progresif Penduduk (PPP) dan Md Yunus Md Hashim dari Persatuan Islam Se-Malaya/Tanah Melayu (kini Parti Islam Se-Malaysia). Lim Swee Aun telah menang dan telah menewaskan dua calon lain dengan mendapatkan undian sebanyak 11,218.[3]
Kawasan parlimen Larut Selatan merangkumi tujuh mukim dalam Daerah Larut dan Matang, Kampung Boyan, Haji Kampong, Kota Raja, Tupai dan bahagian selatan Jalan Swettenham di kawasan Majlis Perbandaran Taiping.[4]
Ahli Parlimen untuk Larut Selatan | |||||
---|---|---|---|---|---|
Parlimen | Tahun | Ahli | Parti | Undian yang didapatkan | Majoriti |
Kawasan parlimen diciptakan dari Larut-Matang | |||||
Parlimen Persekutuan Tanah Melayu | |||||
ke-1 | 1959-1963 | Lim Swee Aun (林瑞安) | Perikatan (MCA) | 11,218 | 4,774 |
Parlimen Malaysia | |||||
ke-1 | 1963-1964 | Lim Swee Aun (林瑞安) | Perikatan (MCA) | 11,218 | 4,774 |
ke-2 | 1964-1969 | 18,906 | 13,826 | ||
Parlimen digantung (1969-1971).[5][6] | |||||
ke-3 | 1971-1973 | Ng Hoe Hun (黄和汉) | GERAKAN | 15,641 | 4,867 |
1973-1974 | Barisan Nasional (GERAKAN) | ||||
Kawasan parlimen dimansuhkan, digantikan dengan Matang dan Taiping. |
Parti | Calon | Undian | % | ∆% | |
---|---|---|---|---|---|
Gerakan | Ng Hoe Hun | 15,641 | 49.85 | ||
Perikatan | Lim Swee Aun | 10,774 | 34.34 | ||
PMIP | Md Tahir Abdul Rauf | 4,962 | 15.81 | ||
Jumlah undian sah | 31,377 | 100.00 | |||
Jumlah kertas undi ditolak | 1,233 | ||||
Kertas undi tidak dikembalikan | |||||
Keluar mengundi | 32,610 | 68.69 | |||
Pemilih berdaftar | 47,472 | ||||
Majoriti | 4,867 | ||||
Gerakan ambil alih dari Perikatan | Unjuran | ? | |||
Parti | Calon | Undian | % | ∆% | |
---|---|---|---|---|---|
Perikatan | Lim Swee Aun | 18,906 | 63.22 | ||
UDP | Lim Eng Chuan | 5,080 | 16.99 | ||
MPSF | Othman Abdullah | 3,185 | 10.65 | ||
PMIP | Abdul Rahman Abdul Hamid | 2,734 | 9.14 | ||
Jumlah undian sah | 29,905 | 100.00 | |||
Jumlah kertas undi ditolak | 1,124 | ||||
Kertas undi tidak dikembalikan | |||||
Keluar mengundi | 31,029 | 75.85 | |||
Pemilih berdaftar | 40,909 | ||||
Majoriti | 13,826 | ||||
Perikatan kekal | Peralihan | ||||
Sumber
|
Parti | Calon | Undian | % | ∆% | |
---|---|---|---|---|---|
Perikatan | Lim Swee Aun | 11,218 | 54.11 | ||
PPP | C. H. Yin | 6,444 | 31.08 | ||
PMIP | Md Yunus Md Hashim | 3,071 | 14.81 | ||
Jumlah undian sah | 20,733 | 100.00 | |||
Jumlah kertas undi ditolak | 148 | ||||
Kertas undi tidak dikembalikan | |||||
Keluar mengundi | 20,881 | 63.99 | |||
Pemilih berdaftar | 32,633 | ||||
Majoriti | 4,774 | ||||
Kawasan pilihan raya ini baru diciptakan. | |||||