Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Utara Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Selatan
Lebuhraya Utara-Selatan ialah projek lebuh raya capaian terkawal kebangsaan pertama yang menghubungkan utara dan selatan Semenanjung Malaysia merentasi lapan buah negeri menghubungkan bandar-bandar utama di bahagian barat Semenanjung Malaysia menjadikan ia lebuh raya terpanjang di Malaysia dengan panjang keseluruhan 847.7 kilometer, menghubungkan antara Bukit Kayu Hitam (dan dihubungkan dengan Lebuhraya Phetkasem di Thailand) dan Johor Bahru.
Ia terbahagi kepada Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Utara jajaran utara, Jambatan Pulau Pinang Jambatan Pulau Pinang, Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Utara Lebuhraya Baru Lembah Klang dan Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Selatan jajaran selatan yang dihubungkan dengan Lebuhraya Utara–Selatan Lingkaran Tengah Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah. Lebuhraya Utara-Selatan adalah pemangkin kepada nadi pembangunan dan tulang belakang bagi rangkaian pengangkutan di barat Semenanjung Malaysia. Ia dikendalikan oleh syarikat konsesi PLUS Expressway Berhad.
Selain Lebuhraya Utara-Selatan, PLUS juga memegang konsesi beberapa lebuh raya lain bagi melengkapkan jaringan Lebuhraya Utara-Selatan. Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE; E6) adalah lebuh raya pintasan yang dibuka sepenuhnya pada tahun 1999 yang memintas Kuala Lumpur dan mengalihkan trafik dari persimpangan Nilai, melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Putrajaya, Seafield dan akhirnya ke persimpangan Shah Alam di NKVE. E3 pula ialah Lebuhraya Hubungan Kedua (Linkedua) yang merupakan jambatan kedua yang menghubungkan Malaysia dan Singapura bermula dari Senai dan berakhir di Tanjung Kupang sebelum merentasi Selat Johor. PLUS juga menguruskan Lebuhraya Seremban - Port Dickson, E29, yang bermula dari persimpangan Mambau dan berakhir di pusat bandar Port Dickson.
Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Utara dan Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Selatan berakhir sementara di Kuala Lumpur dan dihubungkan bersama oleh Lebuhraya Lingkaran Tengah 1 Kuala Lumpur dan Jalan Duta.
Faktor penyumbang kepada pembinaan Lebuhraya Utara-Selatan adalah kemudahan rangkaian lebuh raya yang baik bagi menghubungkan bandar-bandar utama di barat Semenanjung Malaysia dan menjadikan Malaysia sebuah pusat pelaburan dan pelancongan utama di rantau Asia Tenggara. Dalam hasil kajian yang dijalankan pada tahun 1970an mendapati keseluruhan objektif tersebut boleh dicapai dengan adanya rangkaian lebuh raya yang lebih cepat dan selamat. Pada tahun 1977, Jabatan Kerja Raya Diarkibkan 2009-03-19 di Wayback Machine telah menerima arahan rasmi untuk melukis pelan lebuh raya dari sempadan Malaysia-Thai (Bukit Kayu Hitam) ke Tambak Johor. Pada tahun 1980, Lembaga Lebuhraya Malaysia Diarkibkan 2005-08-30 di Wayback Machine telah ditubuhkan untuk memantau proses kerja bagi lebuh raya kebangsaan pertama.
Pada masa itu, semua kerja pembinaan antara 1981 hingga 1988 diuruskan sepenuhnya oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia sebelum diserahkan kepada Plus Expressway Berhad Diarkibkan 2018-12-08 di Wayback Machine pada tahun 1988. Pembangunan rangkaian lebuh raya pertama kebangsaan itu dijalankan secara berperingkat bermula dari tahun 1981 hingga 1995. Lembaga Lebuhraya Malaysia ditubuhkan pada tahun 1980 bagi memantau kerja pembangunan peringkat awal sebelum tugasan tersebut diserahkan sepenuhnya kepada PLUS Expressway Bhd mulai tahun 1988. Lebuhraya Utara-Selatan beroperasi secara berperingkat-peringkat:
Peringkat pertama lebuh raya dibuka kepada pengguna pada Februari 1994. Keseluruhan projek itu siap 15 bulan lebih awal daripada perancangan awal dan ia dirasmikan oleh perdana menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad pada 8 September 1994. Majlis perasmian diadakan di kawasan Rehat dan Rawat Rawang, Selangor. Turut hadir ialah Menteri Kerja Raya, Datuk Leo Moggie,Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Haji Muhd Taib, Menteri Besar Johor Darul Ta'zim, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr Koh Tsu Koon. Lebuh raya sepanjang 847.7 km disiapkan dalam tempoh 7 tahun (September 1988 - September 1994).Lebuh raya adalah kejayaan dasar Penswastaan tanpa membebankan kewangan kerajaan.[1]
Lebuhraya Utara-Selatan dibina dengan menggunakan 2 laluan perintis seperti berikut:-
Rangkaian Lebuhraya Utara-Selatan terdiri daripada Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Utara jajaran utara, Jambatan Pulau Pinang Jambatan Pulau Pinang, Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Utara Lebuhraya Baru Lembah Klang dan Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Selatan jajaran selatan. Jajaran utara bermula dari Bukit Kayu Hitam, Kedah hingga ke Jalan Duta, Kuala Lumpur. Jajaran selatan bermula dari Sungai Besi, Kuala Lumpur menganjur ke selatan dan berakhir di Johor Bahru. Kedua-dua jajaran tersebut dihubungkan dengan Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Utara Lebuhraya Baru Lembah Klang dan Lebuhraya Utara–Selatan Lingkaran Tengah Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah.
Secara umumnya lebuh raya ini selebar 4 lorong, 2 di setiap arah
Ada bahagian yang selebar 6 lorong, iaitu:
Baru-baru ini, kerajaan telah menerima rancangan untuk melebarkan bahagian dariSeremban ke Melaka untuk melancarkan lagi aliran trafik.
Pembinaan dan penyelenggaraan Lebuhraya Utara-Selatan adalah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia seperti lebar lebuh Raya, kemudahan pengguna dan ciri-ciri keselamatan.
Purata had laju di Lebuhraya Utara-Selatan adalah 110 kilometer sejam (km/j) kecuali di beberapa tempat berikut:-
Terdapat dua sistem kutipan tol di Lebuhraya Utara-Selatan:-
Penentuan Kelas Kenderaan | |||
Kelas | Jenis | ||
Kelas 0 | Motorsikal, basikal atau kenderaan dengan atau kurang daripada 2 roda | ||
Kelas 1 | Kenderaan yang mempunyai 2 gandar dan 3 tayar atau 4 roda (kecuali teksi) | ||
Kelas 2 | Kenderaan yang mempunyai 2 gandar dan 6 roda (kecuali bas) | ||
Kelas 3 | Kenderaan yang mempunyai 3 gandar atau lebih (kecuali bas) | ||
Kelas 4 | Semua jenis teksi dan limosin | ||
Kelas 5 | Semua jenis bas |