Lee Zii Jia 李梓嘉 (Pe̍h-ōe-jī: Lí Chú-ka) | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Maklumat peribadi | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Negara | Malaysia | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Lahir | Alor Setar, Kedah, Malaysia | 29 Mac 1998||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Tempat tinggal | Bukit Kiara, Kuala Lumpur, Malaysia | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Tinggi | 1.86 m (6 ka 1 in)[1] | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Berat | 78 kg (172 lb) | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Tahun aktif | 2016-kini | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Cakat tangan | Kanan[1] | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Jurulatih | Wong Tat Meng[2] | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Perseorangan lelaki | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Rekod karier | 293 menang, 133 kalah | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Ranking tertinggi | 2 (25 Oktober 2022) | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Ranking semasa | 3 (10 September 2024) | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Rekod pingat
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Profil BWF |
Lee Zii Jia (Cina ringkas: 李梓嘉 ; pinyin: Lǐ Zǐjiā; Pe̍h-ōe-jī: Lí Chú-ka, lahir 29 Mac 1998) merupakan seorang pemain badminton profesional Malaysia. Pada 2019, beliau telah menjuarai acara badminton perseorangan lelaki di Sukan Asia Tenggara 2019. Pencapaian terbaik beliau adalah memenangi Seluruh England 2021. Beliau juga merupakan sebahagian dari skuad kebangsaan Malaysia yang meraih emas di Kejohanan Berpasukan Asia 2022 dan gangsa di Piala Sudirman 2021 & Piala Sudirman 2023. Beliau memenangi pingat gangsa di Sukan Olimpik Musim Panas 2024 selepas menewaskan pemain India Lakshya Sen dengan mata 13-21, 21-16 dan 21-11, menjadi pemain perseorangan lelaki Malaysia ketiga memenangi pingat dalam Sukan Olimpik selepas Datuk Rashid Sidek dan Datuk Wira Lee Chong Wei.
Lee Zii Jia merupakan anak kepada Lee Chee Hin dan Leow Siet Peng, guru dan bekas pemain bola keranjang antarabangsa.[3] Zii Jia mula berminat bermain badminton sejak berumur 6 tahun. Pada awal persekolahannya, Lee bersekolah SJKC Keat Hwa di Alor Setar, Kedah. Hasil daripada pencapaian cemerlang dalam pertandingan badminton bawah umur 12 tahun, beliau telah menyambung pelajarannya di Sekolah Sukan Bukit Jalil. Pada 2015, beliau berjaya memenangi Kejohanan Badminton Terbuka Remaja di negeri Perak dan Selangor. Pencapaian seterusnya membawa beliau terpilih untuk melayakkan diri ke Persatuan Badminton Malaysia.
Pada November 2016, Zii Jia memenangi pingat gangsa di Kejohanan Badminton Remaja acara perseorangan lelaki selepas tewas kepada Chico Aura Dwi Wardoyo di peringkat separuh akhir. Pada bulan yang sama, beliau melayakkan diri ke peringkat akhir di Siri Antarabangsa India.
Pada Februari 2017, Zii Jia berjaya melayakkan diri ke separuh akhir Kejohanan Badminton Thailand Master dan akhirnya tewas kepada Kantaphon Wangcharoen dari Thailand. Pada September 2017, Zii Jia berjaya menjuarai Kejohanan Badminton pertama di Antarabangsa Poland. Seterusnya, Zii Jia juga melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Bitburger[4]
Pada Oktober 2018, Zii Jia berjaya mara peringkat akhir Kejohanan Badminton Terbuka Cina Taipei 2018 selepas memenangi lawannya iaitu ranking dunia no. 4, Chou Tien-chen di separuh akhir. Beliau menang menentang Riichi Takeshita di peringkat akhir dan berjaya menjadi juara.[5][6]
Pada Ogos 2019, beliau sekali lagi melayakkan diri ke peringkat separuh akhir di Kejohanan Badminton Terbuka Thailand 2019, namun tewas kepada Chou Tien-chen. Zii Jia seterusnya melayakkan diri untuk menyertai Kejohanan Dunia BWF 2019 di Basel, Switzerland, tetapi tewas kepada ranking pertama dunia Kento Momota dari Jepun di peringkat suku akhir.[7] Pencapaian ini berjaya meningkatkan kedudukan ranking dunia ke-11 pada 12 November 2019. Pada bulan Disember, beliau berjaya memenangi pingat emas acara perseorangan lelaki badminton di temasya Sukan Asia Tenggara 2019,[8] dan juga memungut pingat perak bagi acara lelaki berpasukan.[9]
Pada awal 2020, Zii Jia menyertai Kejohanan Terbuka Badminton di Malaysia, Indonesia dan Thailand di mana pencapaian terbaiknya ialah peringkat separuh akhir di Malaysia. Beliau tewas kepada Kento Momota dari Jepun pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia.[10] Pada bulan Februari, beliau mengetuai pasukan badminton Malaysia dan berjaya memenangi pingat perak di Kejohanan Badminton Asia Berpasukan.[11] Pada peringkat akhir Kejohanan Badminton Asia Berpasukan, beliau tewas kepada Anthony Sinisuka Ginting dari Indonesia.
Kemudian pada bulan Mac, oleh sebab tercetusnya pandemik COVID-19 di Eropah, Terbuka Jerman dibatalkan. Kejohanan Lee seterusnya adalah All England Open, yang juga menjadi aksi pertamanya di kejohanan ini kerana kedudukannya sebelum ini terlalu rendah untuk melayakkan diri.[12][13] Beliau berjaya menewaskan Jonatan Christie, yang pernah menang dalam empat perlawanan sebelumnya serta Lu Guangzu dan juara Olimpik 2016, Chen Long. Pada peringkat separuh akhir, Zii Jia bertemu dengan Viktor Axelsen dan tewas kepada Victor. Perlawanan berlangsung selama 73 minit.[14][15] Pencapaian beliau telah meningkatkan kedudukan dunia BWF ke tangga ke-10 pada 17 Mac 2020.[16]
Pada 21 Mac, Lee Zii Jia memenangi tempat pertama dalam Terbuka Seluruh England 2021 menewaskan Viktor Axelsen dengan markah 30-29, 20-22, 21-9. Beliau merampas kedudukan pertama dalam kejohanan ini yang dirangkul oleh Viktor Axelsen pada edisi 2020.[17].
Pada Januari 2022, terdapat spekulasi bahawa Lee telah menyatakan hasratnya untuk meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), dengan alasan beliau tidak berpuas hati dan gembira dengan persatuan itu.[18] Beliau akhirnya secara rasmi meletak jawatan pada 19 Januari, beralih menjadi pemain bebas.[19]
Sebagai tindak balas, Lee dilarang selama dua tahun daripada menyertai mana-mana kejohanan antarabangsa yang memerlukan kelulusan BAM serta mana-mana kejohanan yang dibenarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF).[20] Kejohanan tersebut termasuk Sukan Asia, Sukan Komanwel, Sukan Olimpik, Piala Thomas dan Kejohanan Dunia BWF.[21][22] Dengan orang ramai dan pemain antarabangsa bertindak balas negatif terhadap larangan itu, Lee mengemukakan rayuan terhadap larangan itu pada 24 Januari 2022.[23] Larangan itu ditarik balik selepas Lee dan BAM bertemu pada 25 Januari 2022, dengan syarat yang masih belum didedahkan.[24]
Pada Mei, Lee memenangi gelaran pertamanya pada tahun ini di Kejohanan Badminton Asia 2022, mengalahkan pemain Indonesia Jonatan Christie 21-17, 23-21.[25] Lee menjadi pemain perseorangan lelaki Malaysia keenam memenangi gelaran Kejohanan Asia. Pada 22 Mei 2022, Lee menjuarai kejohanan Super 500 Jelajah Dunia BWF pertamanya pada Terbuka Thailand 2022, mengalahkan pemain China Li Shifeng dengan permainan tiga set 17–21, 21–11, 23–21 dalam masa 70 minit.[26]
Pada Jun, Lee menyertai 3 acara: Masters Indonesia, Terbuka Indonesia dan Terbuka Malaysia, acara tuan rumahnya.
Di Masters Indonesia, Lee, pilihan ke-5, tewas kepada pilihan ke-4 Anthony Sinisuka Ginting pada suku akhir dalam perlawanan tiga set, 21–18, 15–21, 16–21.[27]
Seminggu kemudian, Lee tewas kepada Viktor Axelsen, pemain nombor satu dunia di separuh akhir Terbuka Indonesia, dengan mata 21–19, 11–21, 21–23 dalam masa 70 minit.[28]
Pada akhir Jun, Lee mengambil bahagian dalam Terbuka Malaysia sebagai pilihan ke-5. Beliau secara mengejut tewas kepada pemain Indonesia Shesar Hiren Rhustavito di Pusingan 16 dalam perlawanan tiga set, 19–21, 21–19, 16–21 yang memakan masa sejam enam minit.[29]
Perseorangan lelaki
Tahun | Tempat | Lawan | Skor | Keputusan | Rujukan |
---|---|---|---|---|---|
2024 | Arena Porte de la Chapelle, Paris, Perancis | Lakshya Sen | 13–21, 21–16, 21–11 | Gangsa | [30] |
Perseorangan lelaki
Tahun | Tempat | Lawan | Skor | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2022 | Kompleks Sukan Muntinlupa, Metro Manila, Filipina | Jonatan Christie | 21–17, 23–21 | Emas |
Perseorangan lelaki
Tahun | Tempat | Lawan | Skor | Pencapaian |
---|---|---|---|---|
2019 | Kompleks Sukan Muntinlupa, Metro Manila, Filipina | Loh Kean Yew | 21–18, 21–18 | Emas |
Perseorangan lelaki
Tahun | Tempat | Lawan | Markah | Pencapaian |
---|---|---|---|---|
2016 | Bilbao Arena, Bibao, Sepanyol | Chico Aura Dwi Wardoyo | 19–21, 18–21 | Gangsa |
Jelajah Dunia BWF, yang diumumkan pada 19 Mac 2017 dan dilaksanakan pada 2018,[31] adalah satu siri kejohanan elit badminton yang disetujui oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF). Jelajah Dunia BWF dibahagikan kepada tahap Jelajah Akhir Dunia, Super 1000, Super 750, Super 500, Super 300 (sebahagian daripada Jelajah Dunia HSBC), dan Jelajah BWF Super 100.[32]
Perseorangan lelaki
Tahun | Kejohanan | Tahap | Lawan | Skor | Keputusan |
---|---|---|---|---|---|
2018 | Master Korea | Super 300 | Son Wan-ho | 16–21, 11–21 | Naib juara |
2018 | Terbuka Cina Taipei | Super 300 | Riichi Takeshita | 21–17, 16–21, 21–11 | Juara |
2021 | Seluruh England | Super 1000 | Viktor Axelsen | 30–29, 20-22, 21-9[17] | Juara |
2021 | Terbuka Hylo | Super 500 | Loh Kean Yew | 21–19, 13–21, 12–17 tarik diri | Naib juara |
2022 | Terbuka Thailand | Super 500 | Li Shifeng | 17–21, 21–11, 23–21 | Juara |
2022 | Terbuka Denmark | Super 750 | Shi Yuqi | 18–21, 21–16, 12–21 | Naib juara |
2023 | Terbuka Artik | Super 500 | Ng Tze Yong | 21–14, 21–15 | Juara |
2023 | Terbuka Denmark | Super 750 | Weng Hongyang | 12–21, 6–21 | Naib juara |
2024 | Terbuka Thailand | Super 500 | Ng Ka Long | 21–11, 21–10 | Juara |
2024 | Masters Malaysia | Super 500 | Viktor Axelsen | 6–21, 22–20, 13–21 | Naib juara |
2024 | Terbuka Australia | Super 500 | Kodai Naraoka | 21–19, 11–21, 21–18 | Juara |
Perseorangan lelaki
Tahun | Kejohanan | Lawan | Markah | Pencapaian |
---|---|---|---|---|
2016 | Siri Antarabangsa India | Lakshya Sen | 13–11, 3–11, 6–11, 6–11 | Naib juara |
2017 | Antarabangsa Poland | Soong Joo Ven | 21–17, 21–16 | Juara |
Sukan Olimpik | ||
---|---|---|
Didahului oleh Lee Chong Wei |
Pembawa bendera untuk Malaysia Tokyo 2020 |
Diikuti oleh: Penyandang |