X-35 JSF | |
---|---|
| |
Peranan | Pesawat eksperimen |
Pengeluar | Lockheed Martin Aeronautics Northrop Grumman BAE Systems |
Penerbangan sulung | 2000 |
Status | Dibersarakan (muzium) |
Pengguna utama | Defense Advanced Research Projects Agency (DARPA) |
Jumlah dibina | 2 |
Kelainan | F-35 Lightning II |
Lockheed Martin X-35 merupakan sebuah pesawat eksperimen yang dibangunkan oleh Lockheed Martin untuk bersaing dalam Program Pejuang Penyerang Bersama (Bahasa Inggeris:Joint Strike Fighter Program) atau JSF. Ia telah diumumkan sebagai pemenang ke atas pesawat Boeing X-32 dan akan dikeluarkan sebagai F-35 Lightning II.
JSF dibangunkan berdasarkan keperluan untuk pesawat pejuang baru bagi mengantikan pesawat-pesawat sedia ada. Kontrak pembangunan JSF telah ditandatangani pada 16 November 1996.
Kontrak untuk Sistem Pembangunan dan Demonstrasi telah dianugerahkan pada 26 Oktober 2001 kepada Lockheed Martin, yang mana pesawat X-35 telah berjaya mengalahkan Boeing X-32. Pegawai Jabatan Pertahanan A.S dan Menteri Perolehan Pertahanan UK, William Bach telah menyatakan bahawa keupayaan pesawat X-35 secara konsistennya adalah lebih baik berbanding X-32, meskipun keupayaan kedua-dua pesawat ini sebenarnya melepasi keperluan yang digariskan.
Beberapa maklumat berdasarkan anggaran.
Data dari Lockheed Martin[1][pautan mati][2][pautan mati]
Pembangunan berkaitan
Pesawat setanding
Senarai berkaitan
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Lockheed Martin X-35. |