Lunarsolar

Lunarsolar
Berasal dariSeoul, Korea Selatan
GenreK-pop
Tahun aktif2020 (2020)–2022 (2022)
Syarikat rakaman
  • Korea Selatan JPlanet Entertainment
  • Jepun Teichiku Records
Laman sesawang
Laman sesawang rasmi
Bekas ahli
  • Eseo
  • Taeryeong
  • Jian
  • Yuuri

Lunarsolar (Hangul: 루나솔라; digayakan sebagai LUNARSOLAR) adalah kumpulan wanita dari Korea Selatan yang ditubuhkan oleh JPlanet Entertainment pada tahun 2020. Kumpulan ini terdiri dari empat orang ahli iaitu: Eseo, Taeryeong, Jian dan Yuuri. Kumpulan ini debut pada 2 September 2020 dengan album single pertama mereka Solar: Flare.[1] Pada 22 Mei 2022, JPlanet Entertainment mengumumkan pembubaran kumpulan ini, berikutan penamatan kontrak ahli.

Pra-debut

[sunting | sunting sumber]

Sebelum menyertai JPlanet Entertainment, 3 daripada 4 ahli sebelum ini terlibat dalam industri muzik. Sebelum ini, Taeryeong adalah peserta dalam Produce 101 tetapi dia tersingkir dan berada di tempat ke-57.[2] Dia juga merupakan peserta dalam Mix Nine tetapi tersingkir dan berada di tempat ke-46.[3] Dia dilihat tampil dengan kumpulan gadis A-Daily pada Oktober tahun 2018, tetapi dia tidak pernah diumumkan sebagai ahli rasmi kumpulan itu. Dia juga merupakan sebahagian daripada kumpulan wanita pra-debut ONO Entertainment iaitu Blackmamba.[4]

Jian adalah bekas ahli dari kumpulan wanita S.E.T dengan nama panggung TaeE dan dia juga mengambil bahagian dalam rancangan The Unit: Idol Rebooting Project tetapi tersingkir dan berada di tempat ke-61.[2]

Yuuri adalah ahli kumpulan wanita Jepun I'S9 pada tahun 2013, sehingga dia keluar (atau "lulus") pada bulan November 2015. Pada 2017, dia menyertai kumpulan Co-ed Jpop IsTaR dan meninggalkan kumpulan pada tahun 2018.[5][6][7]

Pada tahun 2018, JPlanet Entertainment mengumumkan Rookie Planet, sebuah projek untuk mempromosikan pelatih mereka (atau "rookie") ke dunia sebelum debut rasmi mereka. Mereka sering menyiarkan dance cover, vocal cover dan video reaksi.[8] Ahli-ahli tersebut didedahkan satu persatu dalam tempoh 1 tahun, bermula dengan Jieun (yang kemudian menjadi Jian), Taeryeong, Hyeonjeong (yang kemudian menjadi Eseo), Yuuri dan Sujin. Sujin keluar pada awal tahun 2020. Pada 27 Mac 2020, Jian muncul di I Can See Your Voice 7,[9] dan juga menjadi muse cover untuk saluran YouTube MUPLY.[10]

2020–2021: Debut dengan Solar: Flare, Solar: Rise dan Christmas is You

[sunting | sunting sumber]

Pada 13 Julai 2020, JPlanet Entertainment mengumumkan bahawa mereka akan mendebutkan kumpulan wanita pertama dengan 4 ahli dan seterusnya mengeluarkan gambar logo.[11][12][13] Mereka mengeluarkan "foto identiti" mengikut urutan bermula dari Jian, Yuuri, Eseo dan Taeryeong bermula pada 13 Julai 2020 dan berakhir pada 16 Julai 2020. Mereka mengeluarkan versi 'Lunar' dan 'Solar' untuk gambar identiti.[14][15]

Kumpulan ini debut pada 2 September 2020 dengan album single pertama mereka Solar: Flare, bersama dengan video muzik untuk single utama "Oh Ya Ya Ya"[16][17] dan telah membuat pentas debut mereka di M Countdown pada 3 September 2020 .[18]

Kumpulan ini mengeluarkan album single kedua mereka Solar: Rise bersama dengan single utama "Dadada" pada 7 April 2021. [19] Kumpulan ini mengumumkan pada hari yang sama bahawa mereka merancang untuk membuat debut di industri muzik Jepun dan menandatangani kontrak dengan label Teichiku Entertainment untuk aktiviti Jepun masa depan mengenai muzik dan pengurusan. Mereka adalah artis pertama yang menandatangani kerjasama antara Teichiku dan VICLIP, yang diumumkan pada 24 Disember 2019.[20] Kumpulan ini juga membuka laman web rasmi Jepun mereka menjelang debut di Jepun mereka.[21]

Kumpulan ini mengeluarkan album single ketiga mereka Christmas is You bersama dengan single utama dengan nama yang sama pada 8 Disember 2021.[22]

2022: Do You Wanna Get Down dan pembubaran

[sunting | sunting sumber]

Pada 22 Mei 2022, telah didedahkan bahawa Lunarsolar akan dibubarkan, kerana kontrak ahli dengan JPlanet Entertainment telah ditamatkan.[23]

Sebelum pembubaran mereka, kumpulan ini mengeluarkan single terakhir bertajuk "Do You Wanna Get Down" pada 23 Mei 2022.[24]

Bekas ahli

[sunting | sunting sumber]
  • Eseo (이서) - Ketua
  • Taeryeong (태령)
  • Jian (지안)
  • Yuuri (유우리)

Diskografi

[sunting | sunting sumber]

Album single

[sunting | sunting sumber]
Tajuk Butiran album Kedudukan tertinggi carta Jualan
KOR
[25]
Solar: Flare
Senarai lagu
  1. "Oh Ya Ya Ya" (노는 게 제일 좋아")
  2. "Oh Ya Ya Ya" (노는 게 제일 좋아") (Inst.)
40
Solar: Rise
  • Dikeluarkan: 7 April 2021
  • Label: JPlanet Entertainment
  • Format: CD, muat turun digital, penstriman
Senarai lagu
  1. "Dadada"
  2. "Bom Bi Di Bom"
  3. "Lonely"
  4. "Dadada' (Inst.)
  5. "Bom Bi Di Bom" (Inst.)
  6. "Lonely" (Inst.)
48
Christmas is You
  • Dikeluarkan: 8 Desember 2021
  • Label: JPlanet Entertainment
  • Format: Muat turun digital, penstriman
Senarai lagu
  1. "Christmas is You"
  2. "Christmas is You" (Inst.)
Do You Wanna Get Down
  • Dikeluarkan: 23 Mei 2022
  • Label: JPlanet Entertainment
  • Format: Muat turun digital, penstriman
Senarai lagu
  1. "Do You Wanna Get Down"
  2. "Do You Wanna Get Down" (Inst.)
Tajuk Tahun Kedudukan tertinggi carta Album
KOR
[27]
"Oh Ya Ya Ya" (노는 게 제일 좋아) 2020 Solar: Flare
"Dadada" 2021 [A] Solar: Rise
"Christmas is You" Christmas is You
"Do You Wanna Get Down" 2022 Do You Wanna Get Down

Filemografi

[sunting | sunting sumber]

Video muzik

[sunting | sunting sumber]
Tajuk Tahun Pengarah
"Oh Ya Ya Ya" 2020 VISHOP at VIKINGS LEAGUE
"Dadada" 2021 Shin Heewon[29]
"Christmas Is You" Tidak diketahui
"Do You Wanna Get Down" 2022 Tidak diketahui

Anugerah dan percalonan

[sunting | sunting sumber]
Anugerah Tahun Kategori Penerima Keputusan Ref.
Korea First Brand Awards 2021 New Female Artist Award Lunarsolar Tercalon [30]
Asia Artist Awards 2021 Female Idol Popularity Award Tercalon [31]
  1. ^ "Dadada" tidak memasuki Gaon Digital Chart, tetapi melakukan debut dan memuncak di nombor 130 di Gaon Download Chart.[28]
  1. ^ "루나솔라, 노는 게 제일 좋은 걸그룹…오늘(2일) 데뷔". MK. 2020-09-02. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-03-28. Dicapai pada September 2, 2020.
  2. ^ a b "[N인터뷰] 루나솔라 "오랜 노력 끝 데뷔…기다려준 팬 응원에 눈물·감동"". entertain.naver.com (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-06-13. Dicapai pada 2020-09-20.
  3. ^ "[인터뷰+] 루나솔라 "서로 다른 네 명의 멤버 뭉쳐 '개성' 됐죠"". entertain.naver.com (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-11-12. Dicapai pada 2020-09-20.
  4. ^ "블랙맘바, 이용채-임정민 응원 및 투표 독려 "의리!"". entertain.naver.com (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-11-12. Dicapai pada 2020-09-20.
  5. ^ "I'S9公式ホームページ - プロフィール:裕梨". i-s9.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-06-10. Dicapai pada 2020-09-20.
  6. ^ "[N인터뷰] 루나솔라 "오랜 노력 끝 데뷔…기다려준 팬 응원에 눈물·감동"". entertain.naver.com (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-06-13. Dicapai pada 2020-09-20.
  7. ^ "☆裕梨☆|I'S wingオフィシャルブログ「私がアイドルになった日」Powered by Ameba". ameblo.jp. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-09-13. Dicapai pada 2020-09-20.
  8. ^ "후배 아이돌에게 찬사 받는 방탄소년단 지민의 완벽한 퍼포먼스!". 일간리더스경제신문 (dalam bahasa Korea). 2019-05-14. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-03-28. Dicapai pada 2020-09-20.
  9. ^ "'너목보7' 권지은, 요정 비주얼에 연예인들도 '극찬'". 데일리시큐 (dalam bahasa Korea). 2020-03-27. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-03-28. Dicapai pada 2020-09-10.
  10. ^ ""잃어버린 봄 찾아" '뮤플리' 방탄소년단→워너원까지..K팝 봄 노래 메들리 [종합]". entertain.naver.com (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-24. Dicapai pada 2020-09-10.
  11. ^ "NHN벅스 레이블 제이플래닛 엔터테인먼트, 첫 걸그룹 루나솔라 론칭…8월 데뷔". Tenasia Hankyung (dalam bahasa Korean). July 13, 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada July 13, 2020. Dicapai pada September 2, 2020.CS1 maint: unrecognized language (link)
  12. ^ "제이플래닛엔터 걸그룹 팀명 루나솔라 확정…8월 데뷔". EDaily (dalam bahasa Korean). July 13, 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada March 28, 2021. Dicapai pada September 2, 2020.CS1 maint: unrecognized language (link)
  13. ^ "NHN벅스X제이플래닛, 첫 걸그룹 '루나솔라' 론칭". MK (dalam bahasa Korean). July 13, 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada March 28, 2021. Dicapai pada September 2, 2020.CS1 maint: unrecognized language (link)
  14. ^ "걸그룹 LUNARSOLAR(루나솔라), 아이덴티티 포토 공개". entertain.naver.com (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-11-11. Dicapai pada 2020-09-20.
  15. ^ "'8월 데뷔' 루나솔라, 아이덴티티 포토 공개…정체성+매력 발산". entertain.naver.com (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-11-12. Dicapai pada 2020-09-20.
  16. ^ "루나솔라, 노는 게 제일 좋은 걸그룹…오늘(2일) 데뷔". MK (dalam bahasa Korean). September 2, 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada March 28, 2021. Dicapai pada September 2, 2020.CS1 maint: unrecognized language (link)
  17. ^ "4인조 신인그룹 루나솔라, 2일 가요계 데뷔…'솔라 : 플레어'". EDaily (dalam bahasa Korean). September 2, 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada March 28, 2021. Dicapai pada September 2, 2020.CS1 maint: unrecognized language (link)
  18. ^ "루나솔라, 데뷔 직후 관심↑…3일 엠카운트다운 첫 무대". entertain.naver.com (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 2021-04-08.
  19. ^ "루나솔라, 4월 7일 새 싱글로 컴백[공식]". entertain.naver.com (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-11-12. Dicapai pada 2021-03-18.
  20. ^ "K-POP女性グループ・LUNARSOLAR、日本デビュー決定 新曲「DADADA」MVも公開 | Daily News". Billboard JAPAN (dalam bahasa Jepun). Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-04-28. Dicapai pada 2021-04-08.
  21. ^ "LUNARSOLAR(ルナソーラー) / IMPERIAL RECORDS". 株式会社テイチクエンタテインメント (dalam bahasa Jepun). Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-04-07. Dicapai pada 2021-04-08.
  22. ^ "루나솔라, 오늘 새 윈터송 '크리스마스 이즈 유' 발매". News1 (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 2021-12-09.
  23. ^ "루나솔라, 데뷔 2년만 해체 "새로운 시작 서로 응원"[전문]". entertain.naver.com (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 2022-05-23.
  24. ^ "루나솔라 해체, 각자의 길 걷는다..제이플래닛엔터와 계약 종료 [공식]". Daum (dalam bahasa Inggeris). May 23, 2022. Dicapai pada 2022-05-23.
  25. ^ Gaon Weekly Album chart:
  26. ^ "2020년 10월 Album Chart". Gaon Chart. Diarkibkan daripada yang asal pada November 12, 2020. Dicapai pada November 12, 2020.
  27. ^ "Gaon Digital Chart". Gaon Music Chart. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-03-09. Dicapai pada 2020-09-02.
  28. ^ "Dadada". April 4–10, 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-04-15. Dicapai pada 2021-04-28.
  29. ^ 노래, 루나솔라 (LUNARSOLAR). "루나솔라 - 싱글 2집 SOLAR : rise". Diarkibkan daripada yang asal pada April 28, 2021. Dicapai pada April 3, 2021.
  30. ^ 한국소비자포럼. "대한민국 퍼스트브랜드 대상". 대한민국 퍼스트브랜드 대상 (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-12-25. Dicapai pada 2020-12-19.
  31. ^ "2021 Asia Artist Awards Vote". Asia Artist Awards. Dicapai pada October 17, 2021.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]