Sejarah | |
---|---|
![]() | |
Nama: | MT Bunga Kelana 3 |
Pendaftaran pelabuhan: | Malaysia |
Pembina: | Industri Berat Hyundai, Korea Selatan |
Disiapkan: | 1998 |
Dalam perkhidmatan: | 1998 |
Pengenalan: | IMO nombor 9178331 |
Nota: | [1] |
Ciri-ciri umum | |
Kelas dan jenis: | Kapal tangki minyak, Kapal bermotor |
Jenis: | VLCC |
Berat (tan): | 57,017 tan (tanan kasar) |
Panjang: | 800.07 ka |
Lunas: | 137.80 ka |
Tinggi: | 48.95 ka |
Jana kuasa: | Skru tunggal, B & W |
Halaju: | 15 kt |
Kapasiti: | 105,784 DWT |
Nota: | [1] |
MT Bunga Kelana 3 adalah sebuah kapal tangki minyak jenis Aframax seberat 105,784 dwt milik Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia (MISC). Kapal yang dibina pada tahun 1998 ini digunakan bagi mengangkut petroleum.[2]
MT Bunga Kelana 3 telah berlanggar dengan sebuah kapal pengangkut pukal di Selat Singapura, 13 km ke tenggara Changi East pada 25 Mei 2010 jam 6.10 pagi.Lembaga Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) memaklumkan bahawa kapal tangki itu berlanggar dengan kapal pengangkut pukal 'MV Waily' yang berdaftar di St Vincents dan Grenadines di laluan pemisah trafik (TSS) di Selat Singapura, 13 km dari Changi East.
Setakat ini tiada kecederaan di kalangan anak-anak kapal. Kapten kapal tangki menyatakan 2,000 tan metrik minyak mentah mungkin telah tumpah ke laut. Minyak sebanyak 14,660 tong atau 616,000 gelen A.S. itu boleh memenuhi kolam renang bersaiz Olimpik.
Kapal MV Waily milik Treasure Marine berlabuh di Selat Singapura. Kapal MT Bunga Kelana 3 yang berdaftar dengan Malaysia berada kira-kira 7km ke selatan Changi East. Lalu lintas di TSS tidak terjejas tetapi diarahkan supaya lebih berhati-hati. Sekitar 140,000 buah kapal belayar dan singgah di Singapura setiap tahun. Pulau kecil untuk merupakan perhentian kapal terbesar di Asia.
MPA mengarahkan tiga buah kapal lengkap dengan peralatan membersih minyak untuk membersihkan minyak yang tumpah. Stuart Traver dari Gaffney, Cline & Associates di Singapura menyatakan kesan tumpahan 'masih rendah', tidak sama dengan kesan tumpahan di Teluk Mexico. Lebih 5000 minyak mentah milik BP Plc tumpah setiap hari dan merebak hingga ke Louis++ sejak 20 April 2010. Pelantar gerudi Deepwater Horizon di Teluk Mexico membunuh 11 pekerja.[3]
Kapal Bunga Kelana 3 itu milik syarikat Petronas / MISC Bhd membawa minyak mentah dari Bintulu, Sarawak. Terdapat 27 pekerja di dalamnya. Bunga Kelana 3 dibina pada 1998 boleh membawa 105,784 tan cecair. Ada 12 tangki kargo di dalamnya. Kedalamannya 11.4 meter. [4] [5][6]