Mas Ermieyati Samsudin

Mas Ermieyati Samsudin
DCSM, DMSM, DSM (Melaka);
ANS (Negeri Sembilan); BCM, PJK (Melaka); AP
Ketua Srikandi BERSATU
Menyandang jawatan
4 Oktober 2024
Didahului olehRina Harun
Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia
Menyandang jawatan
4 April 2023
TimbalanWong Shu Qi
Didahului olehWong Kah Woh
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Masjid Tanah, Melaka
Menyandang jawatan
6 Mei 2013
Didahului oleh Abu Seman Yusop
Majoriti4,411 (PRU-15)
8,159 (PRU-14)
16,200 (PRU-13)
Naib Ketua Srikandi BERSATU
Dalam jawatan
16 Ogos 2020 – 4 Oktober 2024
PresidenMahiaddin Yassin
KetuaRina Mohd Harun
Didahului olehShamsilah Siru
Timbalan Menteri
di Jabatan Perdana Menteri
Parlimen dan Undang-undang
Dalam jawatan
30 Ogos 2021 – 10 Oktober 2022
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob
Menteri Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Didahului oleh Shabudin Yahaya
Digantikan oleh Ramkarpal Singh
Timbalan Menteri
Pembangunan Usahawan dan Koperasi
Dalam jawatan
10 Mac 2020 – 16 Ogos 2021
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana Menteri Mahiaddin Yassin
Menteri Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Didahului oleh Mohd Hatta Ramli
Digantikan oleh PMuslimin Yahaya
Timbalan Menteri
Pelancongan dan Kebudayaan
Dalam jawatan
29 Julai 2015 – 10 Mei 2018
Perdana Menteri Najib Razak
Menteri Nazri Aziz
Didahului oleh James Dawos Mamit
Digantikan oleh Muhammad Bakhtiar Wan Chik
Ketua Puteri UMNO
Dalam jawatan
12 Oktober 2013 – 24 Jun 2018
Didahului olehRosnah Rashid Shirlin
Digantikan olehZahida Zarik Khan
Maklumat peribadi
Lahir
Mas Ermieyati binti Samsudin

(1976-11-13) 13 November 1976 (umur 48)
Hospital Besar Melaka, Melaka, Malaysia
Parti politik UMNO (sehingga 2018)
PPBM (2018-kini)
Gabungan politik
lain
BN (sehingga 2018)
PH (2018-2020)
PN (2020-kini)
PasanganMohd. Helmy Abd. Talib
Anak
  • Haiqal
  • Hakim
  • Hafiy
  • Hasif
  • Eiman
Ibu bapa Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "[" tidak dikenali
  • Haji Samsudin Md Ali (bapa)
  • Hajah Salbiah Ahmad (ibu)
Tempat belajarUniversiti Kebangsaan Malaysia
PekerjaanAhli politik
Bidang pengkhususanPeguam
GajiRM41,681.65 sebulan[1]
Pilihan raya negeri Melaka 2021

← 2018 20 November 2021 Seterusnya →
  BN PH
Calon Mas Ermieyati Samsudin Ab Rauf Yusoh Zainal Hassan
Parti Perikatan Nasional
(BERSATU)
Barisan Nasional
(UMNO)
Pakatan Harapan
(PKR)

ADUN Tanjung Bidara
sebelum pilihan raya

Md. Rawi Mahmud

ADUN Tanjung Bidara
selepas pilihan raya

Ab Rauf Yusoh

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Haji Samsudin (lahir 13 November 1976) ialah ahli politik wanita Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara, Dewan Rakyat dan Ahli Parlimen Masjid Tanah.

Beliau diisytihar keluar dari UMNO pada 1 Julai 2018 dan menjadi ahli parlimen bebas.[2] Beliau diberitakan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada tahun 2019. Beliau merupakan Naib Ketua Srikandi Malaysia.

Beliau mewakili Parti Peribumi Bersatu Malaysia-Perikatan Nasional bertanding di DUN N02 Tanjung Bidara dan menjadi calon Ketua Menteri Melaka Perikatan Nasional tetapi ditewaskan oleh Abdul Raub Yusoh, calon Barisan National.

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 13 November 1976 di Hospital Besar Melaka dan merupakan anak kedua kepada pasangan Hjh Salbiah Ahmad dan Hj Samsudin Md Ali. Dibesarkan di Melaka dan mendapat pendidikan awal di Methodist Girls School (2) Tengkera, Melaka dan Sekolah Kebangsaan Ramuan China Besar, Masjid Tanah Melaka. Beliau kemudiannya mendapat tawaran ke Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru (1989-1993 dan seterusnya melanjutkan pelajaran di Matrikulasi Undang-Undang dan Ijazah Undang-Undang di UKM, Bangi, Selangor. Beliau berkahwin dengan Mohd. Helmy Abd. Talib dan dikurniakan 5 cahaya mata iaitu Haiqal, Hakim, Hafiy, Hasif dan Iman.

Akedemik & Kelayakan Professional

[sunting | sunting sumber]
Tahun Kursus Bidang Pengajian Universiti
1996 Sijil Matrikulasi dalam Undang-Undang Undang-undang Universiti Kebangsaan Malaysia

(UKM)

2000 Ijazah Sarjana Muda dalam Undang-Undang Undang-undang Universiti Kebangsaan Malaysia

(UKM)

2001 Peguambela dan Peguamcara di Mahkamah Tinggi Malaya Undang-undang Mahkamah Tinggi Malaya
2001 Peguam Syariah untuk Mahkamah Syariah di Melaka Undang-undang Mahkamah Syariah di Melaka
2019 Sarjana Pentadbiran Perniagaan Pentadbiran perniagaan Universiti Asia E Malaysia

Selepas menamatkan pengajian Ijazah Undang-Undang di UKM, beliau memulakan kerjayanya sebagai peguambela dan peguamcara di firma guaman tetuan Khairul Latif & Associates dan tetuan Adillah A. Nordin. Pada tahun 2004, bersama dua orang rakan kongsi iaitu Mohd Khairul Nizam Abd Kadir dan Desmond Ho Chee Cheong, beliau membuka firma guamannya sendiri iaitu Tetuan Ermiey Nizam & Ho. Waktu yang sama minat kepada kerja kesukarelawan sudah sebati dengan jiwa. Sejak zaman sekolah dan seawal umur 15 tahun, beliau telah aktif dengan persatuan Gerakan Belia 4B MALAYSIA (GB4B). Kini beliau memegang jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi GB4B Malaysia.

Penglibatan awal

[sunting | sunting sumber]

Beliau menceburkan diri dalam politik secara serius sejak mula bergelar sebagai peguam sekitar 2001 semasa sayap UMNO yang ketiga iaitu PUTERI dipersetujui oleh Presiden UMNO untuk diwujudkan di seluruh negara maka waktu inilah beliau ditawarkan menduduki jawatankuasa penaja di bahagian Alor Gajah. Tahun 2003 beliau menjadi Ketua PUTERI UMNO Bahagian Alor Gajah dan Ketua PUTERI Negeri Melaka (persempadanan baru tahun 2004 bertukar ke Bahagian Masjid Tanah) selama 10 tahun sehingga 2013 dan dalam tempoh yang sama beliau juga merupakan EXCO PUTERI UMNO Malaysia.

Pilihan raya Umum 2013

[sunting | sunting sumber]

Pada Pilihan raya Umum 2013 YB Datuk Wira Mas Ermieyati dipilih untuk mewakili Barisan Nasional bertanding kerusi Parlimen P134 Masjid Tanah dan memenanginya apabila menewaskan calon PAS iaitu Mohd Nasaie Bin Ismail. Beliau telah memperoleh 27,688 undi berbanding lawannya memperoleh 11,488 undi dan menang dengan majoriti sebanyak 16,200 undi. Beliau merupakan Wanita pertama Melaka yang terpilih sebagai Ahli Parlimen sehingga mewakili parlimen Malaysia ke luar negara sepert ke Brunei ke ‘34th General Assembly Of The ASEAN Inter Parliamentary Assembly (AIPA)’, ke Brussels, Belgium bagi ‘Women In Parliament Forum’. Sebagai Pemerhati ke ‘General Election’ di Cambodia bersama YB. Datuk Seri Shahidan Kassim, Dipilih oleh Parlimen Malaysia sebagai pengiring bagi lawatan kerja ke ‘The 4th Qatar International Businesswomen Forum St. Regis, Doha, Qatar and to Dubai,Uae’, Pada 2014 mewakili Parlimen Malaysia ke Tehran, Iran bagi ‘Iran for The 9th Parliamentary Union Of Oic Member States (Puic) Conference and Meetings’.

YB Datuk Wira Mas Ermieyati merupakan seorang aktivis belia yang aktif. Di peringkat Negeri Melaka beliau merupakan Pengerusi Gerakan Belia 4B (M) Kawasan Masjid Tanah dan Naib Pengerusi Wanita Gerakan Belia 4B (M) Negeri Melaka. Di peringkat Nasional beliau pernah menyandang jawatan Pengerusi Biro Kebudayaan Gerakan Belia 4B Malaysia, Setiausaha Jawatankuasa Disiplin Gerakan Belia 4B Malaysia dan Timbalan Pengerusi Gerakwanis Gerakan Belia 4B Malaysia. Kini beliau menyandang jawatan Ahli Majlis KERJA Tertinggi Gerakan Belia 4B Malaysia.

Jawatan Disandang

[sunting | sunting sumber]
Tahun Jawatan
2020 - kini Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi Malaysia
2013 - kini Ahli Parlimen (MP) Masjid Tanah Melaka
2015 - 2018 Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
2006 - 2013 Setiausaha Khas (Perhubungan) kepada YAB Ketua Menteri Melaka

Jawatan Politik

[sunting | sunting sumber]

Ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia

[sunting | sunting sumber]
Tahun Jawatan
Feb 2020 - Kini Ketua Bahagian PPBM Masjid Tanah

Bekas Ahli UMNO

[sunting | sunting sumber]
Tahun Jawatan
2013 - 2018 Bekas Ketua Puteri UMNO Malaysia
2002 - 2013 Bekas Ketua Puteri UMNO Melaka
2 penggal EXCO Puteri UMNO Malaysia

Jawatan NGO

[sunting | sunting sumber]

Peringkat Kebangsaan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Jawatan
2016 - kini Presiden Persatuan Dodgeball Malaysia (MDF)
2016 - kini Penaung Penyelam Muslimah - Rantai Manusia Bawah Laut Terpanjang
2015 - kini Pengerusi Yayasan Rizqah
2009-2017 - Gerakan Belia 4B Malaysia

- Ahli Majlis Tertinggi Gerakan Belia 4B Malaysia

- Timbalan Pengerusi Gerakwanis Gerakan Belia 4B Malaysia

Peringkat Negeri Melaka

[sunting | sunting sumber]
  • Naib Pengerusi Wanita Gerakan Belia 4B (M)  Negeri Melaka
  • Pengerusi Gerakan Belia 4B (M) Kawasan Masjid Tanah
  • Pengerusi Pusat Dalam Komuniti (PDK/OKU) Seri Permata Lubok China Melaka
  • Ahli Jawatankuasa Majlis Gabungan Belia Daerah Alor Gajah
  • Pengerusi AADK kawasan Masjid Tanah
  • Pengerusi Koperasi Parlimen Masjid Tanah

Keputusan pilihan raya

[sunting | sunting sumber]
Tahun Parlimen Calon Parti Undi Lawan Parti Undi Majoriti
2022 Masjid Tanah Mas Ermieyati Samsudin PN (BERSATU) 25,604 Abdul Hakim Abdul Wahid BN (UMNO) 21,193 4,411
Mutalib Uthman MUDA 7,445
Handrawirawan Abu Bakar GTA (PEJUANG) 507
2018 Mas Ermieyati Samsudin BN (UMNO) 22,898 Sabirin Jaafar PH (BERSATU) 14,739 8,159
Nasir Othman PAS 4,688
2013 Mas Ermieyati Samsudin BN (UMNO) 27,688 Nasaie Ismail PAS 11,488 16,200

Dewan Undangan Negeri (DUN)

[sunting | sunting sumber]
Tahun DUN Calon Parti Undi Lawan Parti Undi Majoriti
2021 Tanjung Bidara Mas Ermieyati Samsudin PN (BERSATU) 3,195 Ab Rauf Yusoh BN (UMNO) 3,599 364
Zainal Hassan PH (PKR) 489

Penghargaan

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ a b "Portal Pengisytiharan Harta". Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Ogos 2020. Dicapai pada 15 Oktober 2020.
  2. ^ "Mas Ermieyati keluar Umno, isytihar MP bebas". Malaysiakini. 1 Julai 2018. Dicapai pada 14 Julai 2018.
  3. ^ "Wan Junaidi leads honours list in conjunction with Melaka Yang Dipertua's 79th birthday". Nurul Fhatihah Zakinan. New Straits Times. 12 October 2017. Dicapai pada 25 September 2018.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]