Mashin Sentai Kiramager (魔進戦隊キラメイジャー, Mashin Sentai Kirameijā, "Pasukan Mesin Kiramager") adalah siri tokusatsu dari Jepun. Siri ini adalah siri ke-44 dari siri Super Sentai yang dihasilkan oleh Toei dan siri pertama yang disiarkan secara eksklusif dalam era Reiwa.[a][1][2][3] Motif utama Kiramager adalah jin, batu permata dan kendaraan. Ini adalah Super Sentai keempat yang bertemakan kendaraan[b] dan yang pertama menggunakan motif jin.
Selepas planet Crystaria diceroboh, Puteri Mabushina mengambil Batu Kiramai dan mencari perlindungan di Bumi untuk mencari individu yang mempunyai "semangat bersinar" yang kuat atau Kiramental, untuk menjadi Kiramager dan melawan ancaman Yodonheim, tentera kegelapan yang kini merancang untuk menyerang Bumi.[1][2][3][5]
Dengan bantuan daripada Muryo Hakataminami, pengasas CARAT, sebuah organisasi swasta yang dicipta sebagai persediaan untuk serangan Yodonheim, Mabushina bertemu dengan pelukis yang bersemangat Juru Atsuta, pemain e-Sukan profesional Tametomo Imizu, atlet ajaib Sena Hayami, pelakon terkenal Shiguru Oshikiri dan pakar bedah berbakat Sayo Oharu, yang menerima kewajipan untuk melindungi Bumi sebagai Kiramager. Pasukan itu kemudiannya mendapat ahli keenam: pemburu harta karun Takamichi Crystaria, abang Muryo yang telah lama hilang yang telah diambil sebagai anak angkat kepada keluarga Mabushina selepas dia menjadi kacukan manusia/Krystarian.
Kiramai Sword Kirama Shoot Kiramai Buster (Gabungan antara Kiramai Sword dan Kiramai Shoot)
Mashin Fire
Rui Kihara
Tametomo Imizu
Kiramai Yellow
Kiramai Shoot
Mashin Shovellow
Yume Shinjo
Sena Hayami
Kiramai Green
Kiramai Sword
Mashin Mach
Atomu Mizuishi
Shiguru Oshikiri
Kiramai Blue
Kiramai Sword
Mashin Jetter
Mio Kudo
Sayo Oharu
Kiramai Pink
Kiramai Shoot
Mashin Helico
Kohei Shoji
Takamichi Crystalia
Kiramai Silver
Kiramai Shiny Breaker
Mashin GigantDriller
Juru Atsuta (熱田 充瑠, Atsuta Jūru): Pelajar sekolah menengah artistik yang gemar melukis dan merupakan ahli termuda dan terakhir menyertai pasukan. Dia boleh bertukar menjadi Kiramai Red (キラメイレッド, Kiramei Reddo). Selepas menyertai kumpulan, dia dilantik sebagai ketua pasukan kerana dipilih oleh Kiramai Stone Merah yang merupakan Batu Kiramai terkuat, pada awalnya dia tidak yakin dengan hal ini sebelum akhirnya dia berjaya mengambil peranannya sebagai ketua pasukan. Dia sangat mudah mengenali ahli Kiramager yang lain (kecuali Tametomo) pada mulanya kerana populariti mereka dalam bidang masing-masing berbeza dengan dia hanya seorang pelajar sekolah biasa. Kerana hobinya yang suka melukis, dia memiliki Kiramental yang dapat mewujudkan apa yang dia bayangkan menjadi kenyataan setelah digambarkan, seperti mengubah Batu Kirama menjadi Mashin dan menggabungkannya menjadi Kiramaizin. Ia dapat bertukar menjadi Kiramai Red (キラメイレッド, Kiramei Reddo) dengan catchphrase"Inspirasi Berkilau!" (ひらめきスパークリング!, Hirameki Supākuringu!, "Inspiration Sparkling!"). Mashinnya adalah Fire (ファイヤ, Faiya), sebuah lori bomba dengan tangga yang luar biasa dan kekuatan luar biasa.
Tametomo Imizu (射水 為朝, Imizu Tametomo): Seorang pemain/gamers e-Sukan yang cemerlang dalam setiap pertempuran jarak jauh. Tametomo adalah tokoh abang untuk pasukan dan bersedia memberikan bantuan sekiranya diperlukan. Walaupun begitu dia agak egois dan sombong ditunjukkan ketika dia mengaku sebagai "andalan" pasukan, yang tentunya ditolak oleh Kiramager yang lain. Kerana pada awal pertemuannya dia tidak begitu dikenali, dia mengembangkan hubungan yang tidak baik dengan Jūru, karena dia selalu mempersoalkan kemampuan dan keputusan Juru bahkan dia selalu menolak salah satu keputusan tersebut. Tetapi setelah menunjukkan kemampuannya untuk membantu rakan seperjuangannya, dia dilantik sebagai timbalan ketua pasukan ketika Juru tidak hadir. Dia boleh bertukar menjadi Kiramai Yellow (キラメイイエロー, Kiramei Ierō) dengan catchphrase"Tembakan Berarah!" (導きシューティング!, Michibiki Shūtingu!, "Guided Shooting!"). Mashinnya adalah Shovellow (ショベロー, Shoberō), sebuah excavator yang mampu berjalan di dinding dan melemparkan bom dengan kelajuan yang luar biasa.
Sena Hayami (速見 瀬奈, Hayami Sena): Seorang atlet berlari terkenal yang cemerlang dalam pelbagai kejohanan larian dan terkenal dengan kelajuan lariannya yang tinggi. Dia kadang-kadang menimbulkan masalah bagi orang di sekelilingnya terutama dengan rakan-rakannya di Kiramager kerana sifatnya yang agak tidak stabil. Dianugerahi kemampuan dari segi kepantasan, dia sebelumnya diberi julukan "Speed Queen" dalam permainan karuta dan akhirnya dia memilih jalan untuk menjadi atlet lari hingga sekarang. Pada mulanya dia menolak Juru sebagai ketua pasukan kerana dia menyangka Juru mengambil kedudukan kerana sombong. Tetapi dia menerima Juru sebagai ketua pasukan setelah mendengar secara langsung bahawa Jūru menganggap keadaannya akan baik biarpun sebagai Kiramager ataupun sebagai seorang atlet lari. Dia boleh bertukar menjadiKiramai Green (キラメイグリーン, Kiramei Gurīn) dengan catchphrase"Kepantasan Kilat!" (突撃ライトニング!, Totsugeki Raitoningu!, "Rush Lightning!"). Mashinnya adalah Mach (マッハ, Mahha), sebuah supercar dengan kemampuan yang sama.
Shiguru Oshikiri (押切 時雨, Oshikiri Shiguru): Seorang pelakon aksi profesional yang tampan dan cemerlang dalam bidang pedang. Walaupun popular sebagai pelakon aksi, peminatnya tidak menyukai ekspresi di wajahnya yang kaku seperti patung, wajah yang marah tanpa ekspresi di luar aktiviti penggambaran atau kehidupan normal. Di sebalik sikapnya dingin dan ekspresi wajah yang marah yang ditunjukkannya, sebenarnya dia malu untuk mengekspresikan dirinya, apabila dia membuat begitu dia menganggap lebih baik menyimpan perasaan ini agar tidak mengganggu orang-orang di sekelilingnya, seperti seorang pahlawan yang menderita di sebalik senyuman. Sebaik sahaja Juru dan yang lain mengetahui rahsia ini, Shiguru perlahan-lahan menunjukkan sikapnya sebenarnya. Dengan Kiramentalnya, dia dapat mengendalikan kekuatan slash ketika menggunakan pedang ketika bertarung, sehingga dapat memukul sasaran dengan tepat tanpa menyakiti orang lain di sekelilingnya. Dia boleh bertukar menjadi Kiramai Blue (キラメイブルー, Kiramei Burū) dengan catchphrase"Ketajaman Tidak Dapat Dihentikan!" (切っ先アンストッパブル!, Kissaki Ansutoppaburu!, "Sharp Unstoppable!").Mashinnya adalah Jetter (ジェッタ, Jetta), sebuah pesawat jet dengan sayap pemotong.
Sayo Oharu (大治 小夜, Ōharu Sayo): Seorang doktor berbakat dalam seni mempertahankan diri "aikido" dan berkhidmat sebagai pakar bedah. Selain menjadi pakar bedah, dia berminat dengan perkara lain seperti fesyen dan kecantikan, di mana salah satu keinginannya adalah menjadi model CARAT. Dia tidak suka pembuli dan akan menggunakan aikido untuk menakut-nakutkan dan menghukum mereka yang cuba membuli dirinya. Kerana minatnya dalam hal-hal kewanitaan, dia mudah terganggu oleh barang-barang lawa seperti permata dan bunga. Dia boleh bertukar menjadi Kiramai Pink (キラメイピンク, Kiramei Pinku). Mashinnya adalah Helico (ヘリコ, Heriko) dengan catchphrase"Kemahiran Luar Biasa!" (手さばきインクレディブル!, Tesabaki Inkurediburu!, "Deft Incredible!"). sebuah helikopter dengan bilah-bilah reflektif.
Takamichi Crystalia (クリスタリア 宝路, Kurisutaria Takamichi): Seorang pemburu harta karun dengan keperibadian yang sangat positif. Dilahirkan sebagai Takamichi Hakataminami (博多南 宝路, Hakataminami Takamichi), dia pada asalnya adalah abang kandung kepada Muryō dan menjadi anak angkat kepada Oradin dan merupakan abang angkat kepada Puteri Mabusheena. Takamichi adalah manusia biasa yang pada awalnya berkawan rapat dengan Oradin. Kemudian dalam ekspedisi, Monstone memasuki ke dalam tubuhnya dan membunuh Takamichi. Oradin membawanya ke Crystalia dan kemudian berjaya menghidupkannya kembali sebagai separuh Crystalia separuh manusia dan sepertinya tidak kelihatan tua selama tiga puluh tahun (mungkin dari kesan kebangkitannya). Dia berumur 47 tahun, menjadikannya Kiramager tertua. Namun, kerana Batu Kiramai ditanam di tubuhnya, dia kelihatan berusia 17 tahun. Dia boleh bertukar menjadi Kiramai Silver (キラメイシルバー, Kiramei Shirubā) dengan catchphrase"Tembusan Bersinar!" (貫きシャイニング!, Tsuranuki Shainingu!, "Pierce Shining!"). Mashinnya adalah Drijan (リジャン, Dorijan), sebuah trak separa treler dilengkapi dengan gerudi tiga sisi raksasa dan dua cangkuk di sebelahnya.
Princess Mabushina (マブシーナ王女, Mabushīna-ōjo): Adalah seorang Puteri dari Kerajaan Crystalia yang merupakan anak kepada Raja Oradin dan Ratu Mabayuine, anak saudara kepada Galza dan adik angkat kepada Takamichi Crystalia.
Muryō Hakataminami (博多南 無鈴, Hakataminami Muryō): Adalah Mentor Kiramagers. Berumur 45 tahun, merupakan pengasas kapada sebuah syarikat bernama CARAT, yang memberikan bantuan dan pengubah suai kepada Kiramager terhadap pencerobohan Tentera Yodon di Bumi, merupakan kawan baik Raja Oradin, iaitu bapa kepada Puteri Mabushina.
King Oradin (オラディン王, Oradin-ō): Adalah suami kepada Ratu Mabayuine yang telah meninggal dunia, bapa kandung kepada Puteri Mabushina, bapa angkat kepada Takamichi Crystalia, dan Abang kepada Galza dan Raja kepada planet Crystalia yang dipaksa turun takta oleh Tentera Yodon.
Queen Mabayuine (マバユイネ王妃, Mabayuine Ōhi): Adalah ratu akhir kepada Kerajaan Crystalia. Mabayuine adalah isteri kepada Raja Oradin, ibu kandung kepada Puteri Mabushina, ibu angkat kepada Takamichi Crystalia dan kakak ipar kepada Galza.
Dark Empire Yodonheim (闇の帝国ヨドンヘイム, Yami no Teikoku Yodonheimu) adalah sebuah kerajaan yang menakluki Crystalia sebelum pencerobohan mereka di Bumi.
Emperor Yodon (ヨドン皇帝, Yodon Kōtei): Adalah penguasa misteri Dark Empire Yodonheim dan watak antagonis utama Mashin Sentai Kiramager. Yodon ingin menghapuskan manusia dan menjadikan Bumi menjadi gurun tandus yang mampu menyokongnya.
Treacherous Demon General Garza (裏切りの鬼将軍ガルザ, Uragiri no Oni-shogun Garuza): Salah seorang jeneral Tentera Yudon. Garza adalah adik kepada Raja Oradin dan bapa saudara Puteri Mabushiina, juga pengkhianat dari Crystalina.
Dark Masked Magician Crantula (闇の仮面遣クランチュラ, Yami no Kamen-tsukai Kuranchura): Seorang jeneral lain dari Tentera Judon. Crantula juga adalah orang yang bertanggungjawab mencipta Jamenshi dari Bechats melalui Jamennya, yang juga dapat mengubah Dark Beasts menjadi Jamen Beasts.
Yodonna (ヨドンナ, Yodonna): Adalah salah seorang jeneral Dark Empire Yodonheim, dan pembantu peribadi Maharaja Yodon. Kemudian terungkap bahawa, yang tidak diketahui oleh dirinya sendiri, Yodonna adalah salah satu keperibadian Emperor Yodon dan aspek langsung dari dirinya.
Shadon (シャドン, Shadon): Adalah jeneral dan algojo Dark Empire Yodonheim di Mashin Sentai Kiramager. Seperti Yodonna, Shadon juga adalah salah satu keperibadian Emperor Yodon dan aspek langsung dari dirinya.