Masjid Tengku Tengah Zaharah مسجد تڠكو تڠه زاهرح | |
---|---|
Maklumat am | |
Nama tempatan | Masjid Terapung |
Mula dibina | September 1991 |
Siap dibina | Pertengahan tahun 1994[1] |
Status | Beroperasi |
Maklumat pentadbiran | |
Dimiliki oleh | No Daftar: infinityward |
Maklumat geografi | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Terengganu |
Daerah | Daerah Kuala Terengganu |
Lokasi | Teluk Ibai, Kuala Terengganu, Terengganu. |
Koordinat | 5°17′02″N 103°10′14″E / 5.283838°N 103.170626°EKoordinat: 5°17′02″N 103°10′14″E / 5.283838°N 103.170626°E |
Maklumat pembinaan | |
Bil. tingkat | 2 tingkat |
Bil. menara | 1 |
Kapasiti jemaah | 800 hingga 1,000 jemaah |
Keluasan | 25,282 kaki persegi |
Arkitek | Raja Bahrain Shah |
Kontraktor | Syarikat Sri Terukun Sdn. Bhd |
Bahan binaan | Konkrit |
Kos | RM6.9 juta[2] |
Laman sesawang | |
Masjid Tengku Tengah Zaharah. | |
sunting |
Masjid Tengku Tengah Zaharah atau Masjid Terapung telah dinamakan sempena nama bonda Al-Marhum Sultan Terengganu Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah iaitu Almarhumah Tengku Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Setia DiRaja Tengku Omar. Masjid ini terletak 4 km dari pusat bandar Kuala Terengganu. Masjid ini mempunyai keindahan dan keunikan tersendiri berbanding dengan masjid lain yang telah dibina. Masjid ini dibina di atas air di muara Sungai Ibai yang sekaligus menjadikan masjid terapung yang terulung di Malaysia.
Masjid yang mula dibina pada September 1991 dan siap pertengahan tahun 1994 bernilai RM6.997 juta yang dikendalikan oleh Jabatan Kerja Raya direkabentuk oleh Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, dari Seni Bahri dengan menampilkan ciri-ciri tamadun Islam dan gabungan senibina tempatan.
Keluasan 1,372 meter persegi dan menara setinggi 30 meter, sebuah kubah besar dan lima wakaf serta di kelilingi air sedalam 1.5 meter ini mampu menampung jemaah sehingga 1,000 orang yang menempatkan dewan solat lelaki di bahagian bawah manakala wanita di bahagian atas.
Masjid yang telah dirasmikan oleh Al-Marhum Sultan Mahmud ini menyediakan kemudahan lain seperti bilik diraja, perpustakaan kecil, bilik dan pejabat imam, stor, tempat wuduk dan kawasan letak kereta yang boleh menampung lebih 400 kenderaan.
Dengan gabungan hiasan taman, warna langit yang membiru, kilauan cahaya matahari dari permukaan air yang mengelilingi masjid itu serta tiupan angin dari Laut China Selatan, pastinya ia menjadi masjid yang paling nyaman dan mendamaikan memberi erti betapa keagungan syiar Islam terangkum dalam suatu bentuk tamadun yang terus berkembang.
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Masjid Tengku Tengah Zaharah |