Meg Wylie | |
---|---|
Kelahiran | Margaret Gillespie Wyllie 15 Februari 1917 |
Meninggal dunia | 1 Januari 2002 Glendale, California, A.S. | (umur 84)
Nama lain | Meg Wylie |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 1952-1995 |
Margaret Gillespie "Meg" Wyllie (15 Februari 1917 – 1 Januari 2002) merupakan pelakon Amerika Syarikat.
Dilahirkan di Honolulu, Hawaii, Wyllie telah dibesarkan di Filipina, di mana bapanya bekerja sebagai jurutera di ladang gula di Pulau Negros berdekatan Bacolod. Beliau menghadiri Sekolah Brent di Baguio sebelum berpindah ke Bandar Raya New York.[1]
Wyllie telah berlakon dengan Pasadena Playhouse, dalam Visit to a Small Planet (1958),[2] Two on an Island (1940)[3] dan All the Comforts of Home (1941).[4] Beliau sebelum itu pernah muncul dalam Dear Brutus dan Morning Glory.[3]
Beliau pernah terlibat dalam pementasan Broadway menerusi The First Gentleman.[5]
Wyllie muncul dalam banyak siri TVpopular sekitar lewat 1950an dan 1960an.[6]
Pada tahun 1960, beliau pernah muncul sebagai nenek di dalam Tightrope! (episod "Bullets and Ballet") [7] dan The Twilight Zone menerusiepisod "Night of the Meek" .[8] Pada tahun yang sama beliau turut berlakon sebagai Mrs. Shafer menerusi sitkom ketenteraan CBS Hennesey menerusi episod "The Captain's Dilemma".
Pada tahun 1962-1966, Wyllie turut membuat penampilan empat kali menerusi Perry Mason. Peranan terbesar beliau adalah sebagai Ninevah Stone menerusi episod "The Case of the Nebulous Nephew".[9] Beliau turut melakonkan watak Marguerite Keith pada tahun 1964 menerusi episod "The Case of the Ruinous Road".[10]
Pada musim tahun 1963-1964, Wyllie telah melakonkan watak sebagai Mrs. Kissel[11] dalam 18 episod siri The Travels of Jaimie McPheeters. yang turut dibintangi oleh pelakon kanak-kanak, Kurt Russell.
Star Trek merupakan peranannya yang pertama sebagai penjahat , pertama menerusi episod "The Cage" (1964)
Wyllie turut pernah muncul dalam General Hospital sebagai tiga watak yang berbeza. [12] Selain itu beliau turut pernah muncul menerusi The Golden Girls dan Designing Women.
Wyllie meninggal dunia pada 1 Januari 2002, pada usia 84 tahun di Glendale, California, kerana kegagalan jantung.
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama v