Mickey Mouse Works | |
---|---|
![]() | |
Juga dikenali sebagai | Disney's Mickey Mouse Works |
Format | Kartun |
Pencipta | Walt Disney Television Animation |
Pelakon suara | Wayne Allwine Tony Anselmo Russi Taylor Cathy Cavadini Bill Farmer Tress MacNeille Corey Burton John Cleese April Winchell Jim Cummings |
Negara asal | Amerika Syarikat |
Bahasa | Inggeris |
Bilangan musim | 8 |
Bilangan episod | 952 |
Penerbitan | |
Tempoh siaran | 30 minit |
Penyiaran | |
Saluran asal | ABC Toon Disney |
Siaran asal | 11 Mei 1999 – 7 Oktober 2006 |
Kronologi | |
Rancangan berkaitan | Mickey's Mouse Tracks House of Mouse (2001) Mickey Mouse Clubhouse (2006) |
Mickey Mouse Works adalah rancangan televisyen yang menayangkan Mickey Mouse dan teman-temannya. Mickey Mouse, Minnie Mouse, Donald Duck, Daisy Duck, Goofy, Pluto dan Profesor von Drake yang membintangi segmen sendiri. Clarabell, Huey, Louie dan Dewey, Chip dan Dale, Scrooge McDuck, Pete, Humphrey si Beruang, J. Audobon Woodlore, Butch si Bulldog, Mortimer dan Clara Cluck muncul sebagai watak pembantu.
Mickey Mouse Works dibuat untuk mengulang kembali era kejayaan kartun pendek Disney, dalam rancangan ini terdapat banyak watak Disney yang popular. Dengan menggunakan warna asas yang dahulu dan kesan suara asli, rancangan ini kelihatan seperti filem Disney klasik.
Setiap setengah jam terdapat berbagai kartun, dari kartun yang panjangnya 90 saat hinggalah 12 minit.
Pelbagai macam kartun yang sangat pendek, yang mempunyai kepanjangan 90 saat, tetapi pelbagai cerita yang mempunyai atau berdasarkan tajuk yang sama. Tajuknya ialah seperti berikut:
Tanpa diberi jadwal atau rutinitas, rancangan ini dirancang agar terlihat seperti satu aliran spontan. Menambah perasaan itu adalah pembukaan acara, yang berakhir dengan cara yang berbeza setiap minggu, satu-satunya terus-menerus menjadi gangguan yang rumit daripada apa yang mencuri perhatian Donald Duck.
Walaupun kartun-kartun ini terpisah, tetapi Donald, Mickey Dan Goofy juga mempunyai satu segmen bersama dalam menyelesaikan masalah. Sebahagian besar kartun Goofy berupa segmen "bagaimana-untuk", selalu disertai oleh seorang narator.
Setelah rancangan ini diganti oleh Disney's House of Mouse pada Januari 2001, banyak dari episodnya itu malah diulang sana, tapi rancangan ini tidak pernah kelihatan lagi. Begitu juga dengan format asli Mouse Works.
Namun, ketika episod itu disiarkan tepat sebelum dan sesudah Big Movie Show setiap hari Insin-Jumat di Toon Disney, ada tampilan pembukaan dan penutupan dari rancangan ini.
Kebanyakan episod di Eropah dikeluarkan dalam bentuk DVD bernama Mickey's Laugh Factory. Sementara beberapa episod mempunyai latar belakang judul pembukaan Mickey Mouse Works, yang lain memiliki latar belakang judul pembukaan House of Mouse. (Versi Mickey Mouse Works mempunyai pelbagai mekanik di latar belakang, termasuk gigi roda berbentuk wajah Mickey dan ada yang bertuliskan "Mouse Works", tapi versi House of Mouse mempunyai pelbagai gelombang berputar.) [1] Episodnya termasuk Hickory Dickory Mickey, Mickey Tries to Cook, Organ Donors, Mickey's Airplane Kit, Street Cleaner, Mickey's New Car, Bubble Gum, Mickey's Big Break dan Mickey's Mix-Up.[2]
Pada 11 November 2008, gelombang kelapan Walt Disney Treasures telah dirilis. Salah satu set dirilis pada gelombang ini, The Chronological Donald, Volume Four, memaparkan beberapa episod Donald Duck daripada kedua Mickey Mouse Works dan House of Mouse sebagai bonus, termasuk Bird Brained Donald, Donald and the Big Nut, Donald's Charmed Date, Donald's Dinner Date, Donald's Failed Fourth, Donald's Rocket Ruckus, Donald's Shell Shots, Donald's Valentine Dollar, Music Store Donald dan Survival of the Woodchucks.