Mohd Azhar Jamaluddin

Dato'

Mohd Azhar Jamaluddin

DPMP (Perak)
Ahli Dewan Negeri Perak
untuk Changkat Jong
Dalam jawatan
2013 – 17 Oktober 2022
Didahului oleh Mohd Anuar Sudin
Digantikan oleh Nadziruddin Mohamed Bandi
Majoriti67 (PRU-14)
Butiran peribadi
Parti politik UMNO
PekerjaanAhli politik

Dato' Mohd Azhar Jamaluddin ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan ADUN Changkat Jong selama sepenggal (2018-2022). Di peringkat parti beliau ialah Ketua UMNO Bahagian Teluk Intan.

DUN Changkat Jong dan DUN Pasir Berdamar terletak dalam parlimen Teluk Intan. Hanyalah Changkat Jong yang mengandungi pengundi Melayu seramai 60% manakala Cina pula 12.61%, India 27.07% dan lain-lain kaum 0.03%. DUN Pasir Berdamar pula menyaksikan majoriti pengundi Cina berjumlah 69.45%, manakala Melayu 33%, India 14.13% dan kaum lain 0.09%.

Dalam PRU 2008, calon BN / UMNO Datuk Idris Hashim kalah di tangan calon PAS, Mohd Anuar Sudin dengan majoriti 899 undi. Pada tahun 2004, calon UMNO-BN, Ir.Onn Hamzah menang dengan majoriti 3,611. Undi rosak pada tahun 2008 juga agak tinggi iaitu 410.

Kerjaya:

  • Ahli politik

Jawatan dalam parti:

  • Ketua UMNO Bahagian Teluk Intan.

Jawatan dalam agensi kerajaan:

  • Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jong
  • Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Kolej Komuniti Teluk Intan

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]