Mohd Fasiah Mohd Fakeh

Dato' Haji

Mohd Fasiah Haji Mohd Fakeh

DIMP (Pah); KMN
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Sabak Bernam
Dalam jawatan
6 Mei 2013 – 10 Oktober 2022
Didahului oleh Abd Rahman Bakri
Digantikan oleh Kalam Salan
Majoriti1,674 (PRU-14)
1,890 (PRU-13)
Pengerusi
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan
Dalam jawatan
4 Mei 2020 – 10 Oktober 2022
Didahului olehHaji Ishak Ismail
Digantikan olehAminuddin Zulkipli
Butiran peribadi
Lahir (1956-04-16) 16 April 1956 (umur 68)
Sabak Bernam, Selangor
Parti politik UMNO (2013-2019)
BERSATU (2019-kini)
Sekutu gabungan
politik lain
BN (2013-2019)
PH (2019-2020)
PN (2020-kini)
PasanganDatin Hajah Mahayani Abd Ghani
Anak-anak4
PekerjaanAhli politik

Dato' Haji Mohd Fasiah Haji Mohd Fakeh (lahir 16 April 1956) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan Ahli Parlimen Sabak Bernam selama dua penggal (2013-2022).

Beliau telah menjadi Ahli Parlimen buat kali pertama pada tahun 2013 ketika berada di dalam UMNO. Setelah memenangi kerusi tersebut, beliau meneruskan tugas selaku wakil rakyat yang telah dipilih dan telah mengangkat sumpah jawatan untuk penggal kedua di Parlimen Malaysia pada 16 Julai 2018[1] lalu. Namun, beliau telah bersama-sama dengan 5 orang Ahli Parlimen dari UMNO telah mengumumkan untuk keluar dari parti tersebut dan menjadi wakil rakyat yang bebas.[2]

Selepas menjadi Ahli Parlimen bebas, beliau telah memohon untuk menyertai BERSATU. Pada 12 Februari 2019, keenam-enam bekas ahli UMNO yang memohon keahlian parti BERSATU telah diterima masuk dan telah diberikan kad keahlian oleh Pengerusi, Tun Dr. Mahathir Mohamad disaksikan oleh Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin.[3]

Keputusan pilihan raya

[sunting | sunting sumber]
Parlimen Malaysia[4]
Tahun Parlimen Kerajaan Undian % Lawan Undian % Jumlah Mengundi Majoriti Keluar Mengundi
2013 Sabak Bernam Mohd Fasiah Mohd Fakeh (UMNO) 16,387 Dr Abdul Aziz Bari 14,743 31,697 37,318
2018 Sabak Bernam Mohd Fasiah Mohd Fakeh (UMNO) 12,862 Datuk Warno Dogol (PKR) 11,188 40,863 33,915
Muhammad Labib Abd. Jalil (PAS) 9,300

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Mohd Fasiah Mohd Fakeh di Facebook

  1. ^ Majlis angkat sumpah Ahli Dewan Rakyat 2018
  2. ^ "Annuar sahkan 6 ahli Parlimen keluar UMNO". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-08-16. Dicapai pada 2019-08-16.
  3. ^ Enam bekas Ahli Parlimen Umno sertai Bersatu
  4. ^ Maklumat PRU14 P92 SABAK BERNAM Selangor