Naning | |
---|---|
Negara | Malaysia |
Negeri | Melaka |
Pentadbiran | |
• Badan | Lembaga Adat Perpatih Naning Melaka |
• Penghulu | Undang Naning, Mohd Nazrol Mahamad Supar |
Naning ialah suatu wilayah adat yang kini berada dalam daerah Alor Gajah dan Jasin, di Melaka, Malaysia. Walau bagaimanapun, Naning merupakan salah satu negeri asal yang membentuk konfederasi Negeri Sembilan pada abad yang ke-16[1].
Nama Naning dikatakan diambil bersempena satu sarang naning (penyengat) bercorak kuning terus yang ditemui di atas pulau tiga buah sejanjar yang dikenali sebagai Pulau Galang Tiga Sejanjar yang terletak di sebuah paya di Taboh[2].
Naning dibuka oleh masyarakat Minangkabau yang berhijrah dari Sumatera pada abad ke-14. Ia diteroka oleh sekurang-kurangnya lima kumpulan keluarga (suku)[3] iaitu suku Nan Bergajah Tunggal[4] yang diiktiraf sebagai kerabat Naning, Semelenggang[5], Tiga Batu, Mungkal dan Anak Melaka. Naning mengamalkan Adat Perpatih yang telah diasimilasikan dengan kehidupan dan gaya masyarakat tempatan terutamanya daripada masyarakat orang asli.
Naning membentuk kerajaan sendiri sejak dibuka. Ia diperintah oleh seorang Penghulu dari keluarga Nan Bergajah Tunggal. Ia turut menjadi sebahagian daripada negeri yang membentuk Persekutuan Negeri Sembilan[1]. Pada era pendudukan Belanda, jawatan penghulu diikitraf sebagai Pemerintah Naning dan diberikan pemerintahan sendiri.[6][7]. Walau bagaimanapun, selepas British menduduki Melaka, jawatan Penghulu direndahkan tarafnya sebagai penghulu mukim, dan tidak lagi dibenarkan berkerajaan sendiri. Pasca-kemerdekaan Tanah Melayu, pentadbiran Naning ditempatkan dalam Melaka, dengan Penghulu Naning dan Lembaga Adat mempunyai kedudukan khas dalam Perlembagaan Negeri[8].
Apabila Tanah Melayu memperolehi kemerdekaan daripada Inggeris, Naning kekal menjadi sebahagian daripada Melaka. Terdapat 25 buah mukim dalam Naning yang kini berada dalam daerah Alor Gajah dan Jasin, Melaka, iaitu: