Nazir Razak | |
---|---|
Kelahiran | Mohamed Nazir bin Abdul Razak 19 November 1966 |
Pusat pendidikan | Universiti Bristol Universiti Cambridge |
Pekerjaan | Eksekutif bank |
Pasangan | Puan Sri Yati Zainuddin (k. 2023) |
Anak-anak | 2 |
Ibu bapa | Tun Abdul Razak Hussein Tun Rahah Mohamed Noah |
Hubungan | Dato' Sri Najib Razak (abang) Tun Hussein Onn (bapa saudara) Tun Suhailah Mohamed Noah (ibu saudara) Dato' Seri Hishammuddin Hussein (sepupu pertama) Tan Sri Mohamed Noah Omar (datuk) Dato' Hussein Awang Mohd Taib (datuk) Tan Sri Abdul Aziz Taha (bekas bapa mentua) |
Tan Sri Dato' Sri Mohamed Nazir bin Tun Dato' Indera Haji Abdul Razak (lahir 19 November 1966) merupakan seorang pegawai eksekutif bank Malaysia. Beliau merupakan bekas pengarah urusan serta ketua pegawai eksekutif Kumpulan CIMB, salah satu penyedia perkhidmatan perbankan terbesar di Malaysia. Nazir merupakan anak bongsu kepada Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein dan Tun Rahah Mohamed Noah, serta adik kepada bekas Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Razak.
Nazir dilahirkan pada 19 November 1966 di Kuala Lumpur. Bapanya meninggal dunia masa beliau baru berusia sembilan tahun dua bulan. Beliau bersekolah di Institusi St. John dan Alice Smith School sebelum meneruskan pendidikan menengah di Universiti Bristol dan seterusnya memperoleh ijazah Sarjana Falsafah dalam bidang Ekonomi Pembangunan dari Universiti Cambridge.[1]
Setelah pulang dari United Kindgom, Nazir menyertai jabatan penasihat korporat Commerce International Merchant Bankers Berhad. Beliau mula meningkat naik sehingga menjadi pengarah merangkap ketua pegawai eksekutif bank tersebut, pada masa tersebut dikenali sebagai CIMB, pada tahun 1999.[1]
Nazir dinamakan sebagai salah satu daripada 50 orang paling berpengaruh di Asia sepanjang dekad lalu oleh FinanceAsia pada tahun 2006. Beliau juga dinamakan sebagai "Eksekutif Teratas Terbaik" oleh Asiamoney bagi dua tahun berturut-turut, iaitu pada tahun 2009 dan 2010.[1]
Beliau tersenarai dalam 40 orang terkaya di Malaysia oleh majalah Malaysian Business tahun 2010.[2]
Beliau berkahwin dengan Dato' Azlina Aziz, anak perempuan Tan Sri Abdul Aziz Taha, bekas gabenor Bank Negara Malaysia. Pasangan tersebut telah dikurniakan dua orang anak.[3] Mereka telah bercerai pada tahun 2023.[4]
Pada 17 November 2023, beliau berkahwin dengan kekasih hatinya Puan Sri Yati Zainuddin, seorang ahli perniagaan yang berjaya dan rakan pengasas Bluemolly Cosmetics.[5]
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2022 | One Cent Thief | Pejalan Kaki / muda | Astro Ria | Penampilan kameo |
TBA | One Cent Thief (Musim 2) | Kameo; Episod: "The Revenge of All Digital Karma" |
Pada Oktober 2015, Nazir telah diberi penghormatan dengan Asia House Asian Business Leaders oleh Asia House untuk "menggariskan manfaat kerjasama dan perkongsian di antara Asean melalui sokongannya terhadap pembelajaran, penyelidikan bebas dan kerja-kerja amal, serta dalam strategi perniagaan bercita-cita tinggi, menunjukkan bagaimana inisiatif Asean seluruh komersial yang berjaya boleh membawa rakyat bersama-sama untuk kebaikan bersama."[6] Beliau ialah ahli Lembaga Penasihat Antarabangsa di Blavatnik School of Government, Universiti Oxford.[7]