Nenasi merupakan sebuah bandar kecil di Pahang, Malaysia. Ia terletak di dalam daerah Pekan, separuh jalan antara Kuala Rompin dan Pekan. Nenasi adalah satu kawasan yang bagus untuk aktiviti-aktiviti perkhemahan di pantai. Terdapat paya, sawah-sawah purba, sungai-sungai dan kampung kecil untuk diteroka. Pantai lama, biasanya bernaung (kecuali dalam bandar Nenasi sendiri) dan hanya satu tempat besar untuk mengail, barbeku, kem, berenang dan tidak berbuat apa-apa. Daripada jalan raya - sebelum atau selepas bandar - anda perlu memandu / berjalan ke pantai dan merentasi satu parit air surut sebelum tiba ke pantai itu sendiri.
Nenasi kawasan luar bandar yang agak terpinggir jauh dari kesibukan bandar Pekan itu sendiri. Apabila waktu malam, kawasan sekitar ini diibaratkan seperti pekan koboi kerana keadaannya yang gelap dan sunyi. Sepanjang laluan menghubungkan Pekan bandar diraja dengan Rompin ini tak ada tiang lampu. Tambahan pula, jalan yang menghubungkan penduduk sekitar sangat teruk berlubang. Tidak diturap dengan baik. Setiap kali aduan dibuat, hanya dibiar sepi seperti tidak ada apa apa perubahan dan aduan kami tidak diendahkan sahaja. Al maklum lah, kawasan yang terpinggir. Aktiviti utama penduduk adalah perikanan dan perladangan. Tidak ada class kata orang bandar.
Nak beli barang basah, barang runcit, barang keperluan kebanyakan nya kena bergerak ke bandar yang jaraknya lebih kurang 30km. Memang kesian bagi siapa yang tidak ada kenderaan sendiri.
Jalan utama penuh dengan lori muatan besar dan panjang. Lori perjalanan jarak jauh dengan had kelajuan yang agak laju, membimbangkan penduduk. Satu lorong setiap arah. Masing masing memotong jika tiada kenderaan. Harap berhati hati. Kerana kawanan lembu, kambing dan hidupan liar seperti monyet, kera selalu dibiarkan lepas tanpa pengawasan.
Najis bersepah sepah tiada pantauan.
Siapa yang diamanahkan kerja menjaga kawasan ini, dari segi lampu jalan, keadaan permukaan jalan yang berlubang, tolong la sediakan kemudahan dengan integriti dan jujur.
Harap siapa yang baca tolong la. Kami terpinggir. Suara kami tak didengari. Jalankan amanah kamu yang dipertanggungjawab kan ke atas kamu wahai pemimpin.