Noor Azmi Ghazali DPMP (Prk): AP | |
---|---|
Timbalan Menteri Kesihatan I | |
Dalam jawatan 30 Ogos 2021 – 10 Oktober 2022 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Ismail Sabri Yaakob |
Menteri | Khairy Jamaluddin |
Digantikan oleh | Lukanisman Awang Sauni |
Dalam jawatan 10 Mac 2020 – 16 Ogos 2021 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato' (Dr) Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin |
Menteri | Yang Berhormat Dato' Sri Dr. Adham Baba |
Didahului oleh | Yang Berhormat Dr. Lee Boon Chye |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Bagan Serai, Perak | |
Dalam jawatan 24 Jun 2013 – 10 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | Mohsin Fadzli Samsuri (BEBAS) |
Digantikan oleh | Idris Ahmad |
Majoriti | 1,140 (2013) 172 (2018) |
Pengerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia | |
Dalam jawatan 12 Oktober 2016 – 11 Oktober 2018 | |
Menteri | Fadillah Yusof Baru Bian |
Didahului oleh | Ahmad Hamzah |
Digantikan oleh | Dato' Sri Zohari bin Haji Akob |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Noor Azmi bin Ghazali 28 November 1960 Bagan Serai, Perak, Malaya (kini Malaysia) |
Kerakyatan | Malaysia |
Parti politik | UMNO (sehingga 2018) PPBM (2018-kini) |
Gabungan politik lain | BN (sehingga 2018) PH (2018-2020) PN (2020-kini) |
Pasangan | Datin Dr. Siti Norizah Bachik |
Saudara | Noor Azman Ghazali (adik) Noor Azlan Ghazali (adik) |
Kediaman | Bagan Serai, Perak, Malaysia |
Pekerjaan | Ahli politik |
Bidang pengkhususan | Doktor |
Gaji | RM45,347.65 sebulan[1] |
Yang Berhormat Dato' Dr. Haji Noor Azmi Ghazali (lahir 28 November 1960) adalah Ahli Parlimen Bagan Serai, Perak dari parti BERSATU[2] dan kini menyandang jawatan sebagai Timbalan Menteri Kesihatan I bermula pada 10 Mac 2020. Sebelum ini, beliau adalah ahli politik UMNO. Sebelum ini, beliau adalah ahli politik UMNO dan memegang kerusi Bagan Serai sejak 2013 lagi.
Beliau juga pernah dilantik Pengerusi Lembaga Lebuh Raya Malaysia selama tiga tahun.
Dilahirkan pada 28 November 1960 di Kuala Sepetang, Taiping, beliau merupakan seorang doktor.
Mendapat pendidikan di SMK King Edward VII, Taiping dan telah melanjutkan pengajian dalam Ijazah Kedoktoran (PhD) di Universiti Malaya (UM).
Selepas menjadi doktor pelatih di Hospital Taiping pada tahun 1986, beliau telah bekerja sebagai pegawai perubatan di Hospital Changkat, Hospital Ipoh dan Hospital Kuala Lumpur pada tahun 1988 hingga 1991.
Setelah itu, beliau telah menubuhkan rangkaian kliniknya, Poliklinik Hidayah di Bagan Serai dan Parit Buntar,Perak.
Beliau merupakan Pengarah Urusan bagi Hidayah Medic Sdn. Bhd dan telah berkahwin dengan Datin Dr Siti Norizah Bachik.
Selain aktif dalam dunia politik, beliau turut menyumbang khidmat masyarakat antaranya, dilantik Pengerusi Pembangunan Pertanian Bagan Serai tahun 2014 hingga 2018, Pengerusi Penyelaras Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Daerah Kerian, Pengerusi KRT Bagan Serai Timur dan Pengerusi Jawatan Alam Sekitar Local Agenda 21 Kerian pada tahun 2000.
Selain itu, beliau juga diberi amanah menyandang jawatan Ahli Lembaga Pengarah Malaysian Foresty Research and Development Board (MFRDB) tahun 2015 hingga 2018.
Bukan itu sahaja, Dr Noor Azmi juga pernah memegang jawatan Ahli Lembaga Pengarah Institut Jantung Negara (IJN) selama tiga tahun.
Pada Pilihan Raya Umum Ke -14, beliau daripada Barisan Nasional menang dengan mendapat 17,220 undian ketika menentang Rohaya Bakar daripada parti Pas yang mendapat 17,048 undi. Majoriti undi sebanyak 172.
Kerjaya:
Lantikan Ahli Lembaga Pengarah:
Penglibatan dalam aktiviti kemasyarakatan:
Pendidikan:
Pencapaian akademik:
Tahun | Kawasan pilihan raya | Undi | Peratusan | Lawan | Undi | Peratusan | Jumlah undi | Majoriti | Peratus unjuran | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2013 | Bagan Serai | Noor Azmi Ghazali (UMNO-BN) | 23,014 | 50.90% | Mohd Nor R. M. Monutty (PKR) | 21,874 | 48.38% | 46,386 | 1,140 | 84.66% | ||
Abd Latiff Mas'ud (BEBAS) | 329 | 0.73% | ||||||||||
2018 | Noor Azmi Ghazali (UMNO-BN) | 17,220 | 36.44% | Rohaya Bakar (PAS) | 17,048 | 36.08% | 48,381 | 172 | 81.60% | |||
Adam Asmuni (PPBM) | 12,987 | 27.48% |