Organisasi Kriegsmarine merujuk kepada struktur pengoperasian dan pentadbiran Tentera Laut Jerman dari tahun 1935 hingga 1945. Banyak intipati organisasi Kriegsmarine diwarisi dari pendahulunya iaitu Reichsmarine. Apabila Perang Dunia II berkembang, Kriegsmarine diperluaskan dengan pengurusan wilayah dan tanggungjawab tambahan, yang paling penting adalah pendudukan Perancis dan Pertempuran Atlantik.
Pihak berkuasa tertinggi bagi Kriegsmarine ialah Oberkommando der Marine (OKM), yang diketuai oleh Panglima Tentera Laut Jerman (Oberbefehlshaber der Kriegsmarine). OKM seterusnya menjawab kepada Oberkommando der Wehrmacht (OKW); urusan tentera laut sering dijalankan secara bebas dari kehendak Tentera Darat, yang dibawah kuasa Oberkommando des Heeres (OKH). Tentera Laut dan Luftwaffe (Tentera Udara) lebih sedikit mempunyai koordinasi, menyebabkan kelewatan serius dalam pembangunan pasukan udara tentera laut.[1]
Anggota-anggota berikut berkhidmat sebagai Panglima Tentera Laut Jerman dari awal Kriegsmarine pada tahun 1935 hingga kejatuhan Jerman Nazi 10 tahun kemudian.
Di dalam OKM terdapat beberapa jabatan tambahan, yang paling penting adalah Seekriegsleitung (SKL), yang menyelaras perancangan operasi dan peperangan laut. Beberapa jabatan juga wujud untuk pembinaan kapal, senjata, dan juga pejabat am untuk hal ehwal tentera laut (Allgemeines Marineamt). Sebuah jabatan bekalan dan logistik, dikenali sebagai Marinekommandoamt, bertanggungjawab atas semua keperluan kuartermaster.
Kriegsmarine tidak memiliki cawangan perisikan tentera laut yang bebas, tetapi sebaliknya bergantung kepada Abwehr, yang menyelaras risikan untuk semua cabang tentera Jerman. Laksamana Wilhelm Canaris adalah Ketua Abwehr untuk sepanjang keberadaannya sehingga beliau di gantikan tepat sebelum plot 20 Julai yang menentang Hitler. Selepas itu Abwehr dicantumkan kedalam Sicherheitsdienst dan diurus oleh SS dibawah Walter Schellenberg.[2]
Panglima armada Kriegsmarine, yang juga merupakan anggota OKM, adalah pegawai tertinggi pentadbiran yang memimpin para panglima cabang. Jawatan ini sebenarnya tidak memerintah sesebuah armada di laut, tetapi lebih setanding dengan jawatan Naib Ketua Operasi Tentera Laut atau Timbalan Inspektor Tentera Laut pada zaman sekarang.