Oskar Kummetz | |
---|---|
Kelahiran | 21 Julai 1891 |
Meninggal dunia | 17 Disember 1980 | (umur 89)
Kesetiaan | Empayar Jerman Republik Weimar Jerman Nazi |
Perkhidmatan | Kaiserliche Marine Reichsmarine Kriegsmarine |
Tahun perkhidmatan | 1910–45 |
Pangkat | Generaladmiral |
Unit | SMS Victoria Louise SMS Helgoland SMS Posen |
Arahan | Kampfgruppe "Oslo" |
Pertempuran | Perang Dunia I
|
Anugerah | Knight Cross of the Iron Cross |
Oskar Kummetz (21 Julai 1891 – 17 Disember 1980) adalah seorang Laksamana Jerman dalam Kriegsmarine semasa Perang Dunia II. Beliau telah berkhidmat dalam Kaiserliche Marine semasa Perang Dunia I. Kummetz telah dikurniakan pingat Knight Cross of the Iron Cross kerana pencapaiannya dalam Pertempuran Selat Drøbak, dimana kapal pemerintahnya, iaitu Blücher telah ditembak di superstruktur oleh dua peluru meriam 28 cm dari kubu Oscarsborg Norway, peluru meriam 15 cm dari kubu Kopås dan bedilan meriam 5,7 cm dari kubu Husvik. Dari Kaholmen Blücher telah diserang oleh 2 torpedo dan ia tenggelam 84 meter dibawah selat itu.
Bersama dengan ratusan orang yang terselamat, termasuk Generalmajor Erwin Engelbrecht, Kummetz telah ditahan oleh pengawal diraja Norway di sebuah ladang berdekatan Drøbak pada 9 April, sebelum mereka ditinggalkan oleh pengawal itu.[1]
Pemerintahan yang seterusnya, Admiral Hipper gagal menyerang konvoi British semasa Pertempuran Laut Barents, dan Hipper telah dirosakkan oleh kruiser British, manakala kapal pengiringnya, Z16 Friedrich Eckoldt telah karam bersama semua anak kapalnya oleh HMS Sheffield (C24).
Oskar Kummetz meninggal dunia pada 17 Disember 1980 pada usia 89 tahun. Pada masa kematiannya, beliau adalah Generaladmiral Kriegsmarine yang terakhir.
Pegawai tentera | ||
---|---|---|
Didahului oleh Korvettenkapitän Kurt Fricke |
Führer der Torpedoboote (F.d.T.) 1933–1939 25 September 1933 – 5 Oktober 1934 |
Diikuti oleh: Konteradmiral Günther Lütjens |