Otto Schultze | |
---|---|
Fail:Generaladmiral Otto Schultze.jpg | |
Kelahiran | Oldenburg | 11 Mei 1884
Meninggal dunia | 22 Januari 1966 Hamburg | (umur 81)
Kesetiaan | Empayar Jerman Republik Weimar Jerman Nazi |
Perkhidmatan | Kaiserliche Marine Reichsmarine Kriegsmarine |
Tahun perkhidmatan | 1900–1942 |
Pangkat | Generaladmiral |
Unit | SMS König |
Arahan | U-63 SMS Elsass |
Pertempuran | Perang Dunia I Perang Dunia II |
Anugerah | Pour le Mérite |
Hubungan | Heinz-Otto Schultze (anak) |
Otto Schultze (11 Mei 1884 – 22 Januari 1966) adalah seorang Laksamana Jerman dalam Kriegsmarine semasa Perang Dunia II dan penerima pingat Pour le Mérite semasa Perang Dunia I. Pingat Pour le Mérite merupakan darjah tentera tertinggi Kerajaan Prusia untuk askar Jerman sehingga pengakhiran Perang Dunia I. Selaku komander U-boat semasa Perang Dunia I, beliau telah dipuji dengan menenggelamkan 53 buah kapal dagang yang berjumlah 132,567 tanan berdaftar kasar, dan HMS Falmouth yang bersesaran 5,275 long ton (5,360 t).[1]
Schultze menyertai Kaiserliche Marine (Tentera Laut Imperial) pada 7 April 1900 sebagai seorang Seekadett (kadet laut). Beliau pada mulanya bertugas atas SMS König semasa Perang Dunia I sebelum bertukar ke pasukan U-boat pada 1915, mengambil alih pemerintahan U-63. Beliau melepaskan pemerintahan U-63 pada pertengahan Disember 1917. Beliau kemudian berkhidmat sebagai pegawai staf pertama Panglima U-boat di Laut Mediterranean. Pada masa yang sama, beliau menyandang jawatan Ketua I. U-Boot-Flottille (Flotila Pertama U-boat). Pada zaman antara perang, beliau memegang beberapa jawatan staf. Dari September 1927-September 1929, beliau merupakan pemerintah kapal SMS Elsass.[2] Pada Oktober, beliau mengambil alih pemerintahan Marinestation der Nordsee (Stesen Tentera Laut Utara). Beliau telah dinaikkan pangkat ke Vizeadmiral pada 1934 dan ke Admiral pada 1936 sebelum bersara pada 1937. Apabila Perang Dunia II meletus, beliau diaktifkan semula ke perkhidmatan tentera sebagai Panglima Tentera Laut Jerman di Perancis dari Mac 1941 hingga Ogos 1942 sebelum bersara semula pada 30 September 1942 dengan pangkat Generaladmiral.
Pegawai tentera | ||
---|---|---|
Didahului oleh Admiral Karlgeorg Schuster |
Panglima Tentera Laut Jerman di Perancis 2 Mac 1941 – 8 Ogos 1942 |
Diikuti oleh: Admiral Wilhelm Marschall |