Pandemik COVID-19 di Kepulauan Marshall | |
---|---|
Penyakit | COVID-19 |
Baka virus | SARS-CoV-2 |
Lokasi | Kepulauan Marshall |
Kes indeks | Kwajalein |
Tarikh ketibaan | 28 Oktober 2020 |
Kes yang disahkan | 4 |
Kes aktif | 0 |
Sembuh | 4 |
Kematian | 0 |
Kes pertama jangkitan COVID-19 di Kepulauan Marshall direkodkan pada 28 Oktober 2020.[1][2] Sehingga kini hanya empat kes sahaja yang dilaporkan dengan tiga kes yang lain direkodkan pada 17 November 2020.
Kerajaan Kepulauan Marshall telah menutup sempadan negara dengan ketat bermula pada awal Mac 2020, bagi menghalang jangkitan COVID-19 dari merebak di negara itu.[2]
Sejak Jun 2020, sekatan yang telah dilaksanakan di Kepulauan Marshall telah dilonggarkan sedikit dengan membenarkan kemasukan segelintir individu yang kebanyakannya merupakan petugas di pangkalan tentera Amerika Syarikat. Mereka perlu dikuarantin ketat selama tiga minggu sebaik sahaja tiba di negara itu.[2]
Pada 28 Oktober 2020, Kepulauan Marshall telah merekodkan kes pertama jangkitan COVID-19 melibatkan antara dua pasukan pengawal askar Amerika Syarikat, yang merupakan antara 300 warga Kepulauan Marshal di luar negara yang dihantar pulang.[1][2]
Dua orang anggota yang tiba di sebuah lapangan terbang Amerika Syarikat di Kwajalein itu telah disahkan negatif virus itu di Hawaii seminggu sebelum ketibaan mereka.[3] Jawatankuasa bencana Kepulauan Marshall telah mengatakan bahawa tiada ancaman penularan di dalam komuniti masyarakat dan tiada penutupan yang akan dilaksanakan sehingga pemberitahuan lebih lanjut.[2]
Pada 17 November, tiga lagi kes direkodkan di Kepulauan Marshall menjadikan jumlah kes meningkat kepada empat. Tiga kes itu merupakan antara dua kumpulan terakhir dari Amerika Syarikat yang tiba di Kepulauan Marshall.[4]
Semua kes itu telah dikuarantin di pusat pangkalan tentera Amerika Syarikat di Kwajalein. Presiden Kepulauan Marshall, David Kabua mengatakan bahawa kes-kes ini merupakan "kes sempadan", yang bermaksud mereka telah dikuarantin dan tiada hubungan dengan komuniti masyarakat.[4]