Rencana ini mendokumenkan suatu pandemik penyakit terkini. Maklumat mengenainya mungkin berubah dengan cepat selepas lebih banyak maklumat diperoleh; laporan berita dan sumber utama lain mungkin tidak boleh dipercayai. Kemas kini terakhir untuk rencana ini mungkin tidak menggambarkan maklumat yang terkini mengenai pandemik penyakit ini untuk semua tempat. |
Pademik COVID-19 di Mauritania | |
---|---|
Penyakit | COVID-19 |
Baka virus | SARS-CoV-2 |
Lokasi | Mauritania |
Kes indeks | Nouakchott |
Tarikh ketibaan | 13 Mac 2020 (4 tahun, 8 bulan, 2 minggu dan 1 hari) |
Kes yang disahkan | 7[1] |
Sembuh | 2 |
Kematian | 1 |
Pandemik COVID-19 disahkan merebak ke Mauritania pada bulan Mac 2020.
Pada 12 Januari 2020, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan bahawa koronavirus baru adalah penyebab kepada penyakit pernafasan pada sekumpulan orang di bandar Wuhan, Wilayah Hubei, China, yang dilaporkan kepada WHO pada 31 Disember 2019.[2][3]
Nisbah kematian kes untuk COVID-19 jauh lebih rendah daripada SARS tahun 2003,[4][5] tetapi penularannya jauh lebih tinggi, dengan jumlah kematian yang ketara.[6][4]
Pada 13 Mac, kes pertama telah disahkan, dengan kes diletakkan dalam pengasingan.[7]
Kes itu adalah seorang ekspatriat dari negara yang belum diketahui, ia berlaku di ibu kota Mauritania, Nouakchott.[8] Setelah keputusan ujian positif diumumkan, semua penerbangan ke Perancis dibatalkan.
Pada 18 Mac, Menteri Kesihatan Mauritania mengumumkan penemuan kes COVID-19 positif kedua ke atas seorang pekerja wanita asing yang bekerja di sebuah rumah beberapa ekspatriat, wanita itu tiba 10 hari sebelum penemuan itu.[9]
Kes COVID-19 ketiga dinyatakan pada 26 Mac untuk seorang lelaki berusia 74 tahun, seorang warganegara Mauritania yang telah tiba di Mauritania pada 15 Mac dari Perancis melalui penerbangan Air France.[10]
Negara ini mencatatkan kematian pertama pada 30 Mac 2020.[11]