Panglima Armada Kriegsmarine (Flottenchef) adalah pegawai pentadbiran tertinggi dalam Organisasi Kriegsmarine, dan berkhidmat sebagai anggota Oberkommando der Marine. Panglima armada sebenarnya tidak berkhidmat sebagai pemerintah sesebuah armada di laut, tetapi sebaliknya merupakan pegawai kanan bagi para panglima cawangan kapal membuat laporan. Jawatan panglima armada telah diwujudkan dari satu jawatan lama Reichsmarine yang dikenali sebagai Der Oberbefehlshaber der Seestreitkräfte.
Pada tahun 1926, gelaran ini menggunakan nama Flottenchef, tetapi telah diisytiharkan tidak berfungsi setahun kemudian dan dibiarkan kosong dengan tanpa pegawai yang ditugaskan. Gelaran ini menjadi satu jawatan dalam Kriegsmarine pada tahun 1936.
Pegawai-pegawai tentera laut berikut yang pernah menjadi panglima armada Kriegsmarine.
Dari Disember 1940 hingga Jun 1941, seorang timbalan panglima armada telah diwujudkan dengan memakai gelaran 2. Admiral der Flotte. Satu-satunya pegawai yang memegang jawatan ini adalah Konteradmiral Leopold Siemens.
Panglima armada, mengikut amalan, biasanya dikaitkan dengan pasukan kapal tempur Jerman. Kebanyakan panglima armada akan menjadi pemerintah di atas salah sebuah kapal utama Jerman yang lebih besar. Günther Lütjens, sewaktu berkhidmat sebagai panglima armada, belayar di atas kapal tempur Bismarck dan juga secara taktikal memerintah kapal itu semasa Pertempuran Selat Denmark. Lütjens kemudian terkorban bersama Bismarck, menjadikan beliau satu-satunya panglima armada yang terbunuh dalam pertempuran.[1]
Panglima armada bukanlah, dengan sengaja, seorang pegawai operasi, dan dengan itu hanya boleh menasihati para panglima kumpulan tentera laut yang bertugas sebagai ketua operasi pelbagai pasukan Jerman di laut. Atas sebab ini, berlakunya konflik bidang kuasa yang signifikan antara panglima armada dan para panglima kumpulan. Pada pertengahan tahun 1943, kepimpinan Kriegsmarine cuba menyelesaikan masalah ini dengan menggabungkan jawatan panglima armada dengan panglima kumpulan. Satu jawatan baru, Marinegruppenkommando Nord und Flottenchef kemudian diwujudkan untuk memberi panglima armada kawalan operasi ke atas pasukan yang ditempatkan di Laut Utara.[2]
Panglima armada juga secara teknikal adalah pegawai kanan kepada panglima angkatan kapal selam (Befehlshaber der U-Boote); namun, dalam kapasiti ini Karl Dönitz beroperasi secara bebas, termasuk penggunaan taktikal U-botnya dengan tidak menghiraukan kehendak-kehendak panglima armada atau panglima kumpulan.[3]
Jawatan panglima armada telah dimansuhkan selepas kekalahan Jerman Nazi pada Mei 1945. Dalam era moden Tentera Laut Jerman, posisi Timbalan Inspektor Tentera Laut agak setara dengan panglima armada.