Pelabuhan Johor ڤلابوهن جوهر | |
---|---|
Maklumat am | |
Jenis | Pelabuhan |
Dibina pada | 1973 |
Dibuka pada | 1977 |
Laman sesawang | www |
Maklumat pentadbiran dan teknikal | |
Pemilik | Johor Port Berhad |
Saiz | 1,000 ekar (4.0 km2) |
Bil. himpitan | 24 |
Maklumat lokasi | |
Negara | Malaysia |
Lokasi | Pasir Gudang |
Koordinat | 1°26′20″N 103°53′25″E / 1.438975°N 103.890297°EKoordinat: 1°26′20″N 103°53′25″E / 1.438975°N 103.890297°E |
sunting · sunting di Wikidata |
Pelabuhan Johor ialah pelabuhan pertama di Johor, Malaysia. Ia ditempatkan di Pasir Gudang yang terletaknya di tenggara negeri Johor. Dibina pada tahun 1977 oleh Lembaga Pelabuhan Johor sebagai sebuah pelabuhan serbaguna untuk hampir kesemua kargo, Pelabuhan Johor merupakan pelabuhan Malaysia yang pertama mempunyai kawasan perdagangan bebas yang mana gudang-gudangnya dikecualikan daripada duti kastam. Duti hanya dikenakan sekiranya kargo dilepaskan untuk jualan di pasaran tempatan. Kawasan operasinya di dalam kawasan zon perdagangan bebas menjadikannya sebagai sebuah pusat untuk meningkatkan aliran dagangan entrepot (import, eksport dan pemindahan) dan menggalakkan industri pengilangan di kawasan operasinya.
Pelabuhan Johor dimiliki oleh Pelabuhan Johor Berhad. Pada Januari 1993, Pelabuhan Johor Sdn. Bhd, sebuah syarikat milik sepenuh kerajaan, mengambil alih Pelabuhan Johor daripada Lembaga Pelabuhan Johor yang ditubuh pada tahun 1973. Pelabuhan Johor diswastakan dengan sepenuhnya pada Ogos 1995 kepada Seaport Terminal (Johor) Sdn. Bhd., sebuah syarikat pemegangan Pelabuhan Johor Berhad. Pada April 2005, Seaport Terminal (Johor) Sdn. Bhd. merupakan pemegang saham yang terbesar dengan pegangan saham sebanyak 51.74%.
Dengan 5,500 slot yang boleh menampung sejumlah 1,000,000 TEU setahun, kelengkapan-kelengkapan dan kemudahan-kemudahan Pelabuhan Johor termasuk:
Sejak permulaannya, Pelabuhan Johor telah mengendalikan kargo pukal cecair, dan menyediakan dua batang jeti empat-dermaga khas untuk:
Terminal Pelabuhan Johor mempunyai 72,000 tan tempat simpanan berbumbung untuk kargo makanan, dan 87,000 tan pula untuk barangan yang tidak boleh makan. Keluasannya ialah 10,600 meter persegi tempat simpanan tertutup dan 485,623 meter persegi tempat simpanan terbuka. Sistem penghantarnya dilengkapi dengan tiga buah kren dermaga yang dipasang ke atas landasan untuk membolehkan kapal-kapal menyalurkan kargonya terus ke tempat simpanan tuan punya kargo. Produktiviti pengendaliannya ialah 1,000 tan sejam.
Pada tahun 1995, eksport Malaysia ke Brunei berjumlah B$210 juta, akan tetapi hanya B$38 juta dihantar secara langsung ke sana. Bagi memperoleh perniagaan itu, Pelabuhan Johor telah memperbesarkan kemudahan-kemudahannya untuk memperbaiki perkhidmatannya ke Pelabuhan Muara di Brunei. Langkah-langkah ini telah mengurangkan masa pengangkut-pengangkut Brunei kerana Pelabuhan Kuching di Sarawak dan Pelabuhan Singapura boleh dilangkau.
Pada tahun 2004, kebahagian kegiatan-kegiatan Pelabuhan Johor adalah seperti berikut:
Selain itu, Lembaga Pelabuhan Johor juga bertanggungjawab dalam menguruskan terminal feri di Tanjung Belungkor dan Changi, Singapura. Perkhidmatan feri yang pertama dijalankan oleh syarikat Ferrylink yang telah bermula operasinya pada 8 September 1993 sehingga 8 April 2002. Selepas itu, Star Cruises telah mengambil alih perkhidmatan feri tersebut hingga sekarang.
Menyedari kepentingan memberi pakej logistik keseluruhan yang berintegrasi kepada pelanggannya, Pelabuhan Johor Berhad telah menubuhkan dua buah anak syarikat logistik sebagai tambahan perkhidmatannya.
JP Logistics (JPL) ditubuh pada tahun 1996 sebagai sebuah anak syarikat milik sepenuhnya untuk mengendalikan bukan sahaja keperluan pengendalian dan penyimpanan dalaman tetapi juga untuk memberi perkhidmatan logistik kepada pelanggan diseluruh negara, Singapura dan pelabuhan di kawasan sekitar. Ia juga beroperasi di Pelabuhan Tanjung Pelepas dan mengaitkan logistik kedua-dua pelabuhan.
JPL juga memperbesarkan operasi logistik luaran untuk merangkumi seluruh negara. Selain daripada muatan kontena penuh (FCL), JP Logistics juga mengendalikan muatan yang bukan kontena penuh (LCL) ke destinasi di luar negeri.
Bernas Logistics (BLSB) merupakan sebuah syarikat logistik Bernas, sebuah pengedar beras nasional. Pelabuhan Johor Berhad ialah pemegang saham yang terbesar dalam syarikat ini dan menggunakan kemahiran dan sumber-sumber BLSB untuk menambahkan kegiatan-kegiatan JP Logistics Sdn. Bhd.