![]() | |
Nama asli | ペッパーランチ |
---|---|
Jenis/bentuk sah | Awam |
Didagangkan sebagai | TYO: 3053 |
Industri | Restoran |
Ditubuhkan | 1994 |
Ibu pejabat | ![]() |
Kawasan perkhidmatan | Jepun, Hong Kong, Singapura, Thailand, China, Makau, Taiwan, Korea Selatan, Australia, Indonesia, Brunei, Amerika Syarikat, Kanada ![]() |
Tokoh penting | Kunio Ichinose Jepun: 一瀬邦夫 (pengasas dan tukang masak) |
Keluaran | Stik, Daging ayam, minuman berkarbonat dan minuman lain |
Tapak web | pepperlunch![]() ![]() ![]() ![]() |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Pepper Lunch (ペッパーランチ , Peppā-ranchi) ialah francais restoran "stik segera" khas Jepun, yang popular di kawasan Tokyo.
Pepper Lunch ialah anak syarikat Pepper Food Service Co., Ltd.[1] Operasi cawangan restoran di Asia Tenggara diuruskan oleh Suntory F&B International [2] (di rantau Benua Asia) dan Kumpulan Oishii di Australia dan Amerika Syarikat.
Pepper Lunch telah diciptakan pada tahun 1994 oleh chef dan pencipta Kunio Ichinose (Jepun: 一瀬邦夫 ), yang ingin menyajikan makanan segera berkualiti tanpa mengupah cef. Dia mencipta kaedah menggunakan plat logam panas yang dipanaskan hingga 500 darjah Fahrenheit (260 darjah Celsius) oleh periuk elektromagnet. Daging mentah dengan sayur-sayuran dan nasi kemudian diletakkan di atas pinggan, di mana ia dimasak di hadapan pelanggan. Daging boleh dimakan secara separa matang atau matang sepenuhnya, bergantung kepada pilihan pelanggan. Hidangan itu kemudian dicampur dengan sos perang madu istimewa (Amakuchi, Jepun: 天口 ) atau kicap bawang putih (Karakuchi, Jepun: 唐口 ). [3]
Terdapat lebih 600 cawangan restoran di Rantau Asia Timur, Asia Tenggara, Australia dan Amerika Utara .
Wilayah | Kiraan restoran |
---|---|
![]() |
226 |
![]() |
23 |
![]() ![]() |
26 |
![]() |
73 |
![]() |
15 |
![]() |
56 |
![]() |
7 |
![]() |
12 |
![]() |
5 |
![]() |
60 |
![]() |
42 |
![]() |
20 [4] |
![]() ![]() |
6 |
![]() |
16 |
![]() |
3 |
![]() |
2 |
![]() |
5 [5] |
![]() |
1 |
Jumlah | 594 (552 disenaraikan) |
Kumpulan Boga, yang mentadbir beberapa Syarikat Restoran di Indonesia, bekerjasama dengan Pepper Lunch Malaysia,[6] sebagai rakan perniagaan yang mengurus Kegiatan Operasi Perniagaan cawangan Malaysia dan pengarah Pepper Lunch Malaysia, Goh Ching Mun, berkata:
Kami teruja untuk bekerjasama dengan Boga Group untuk terus mengembangkan kehadiran kami di Malaysia. Kami percaya bahawa pengalaman mereka sebagai Penerima Francais Utama di Indonesia akan memberi manfaat kepada kami dan membimbing kami ke arah yang betul untuk lebih ramai pelanggan menikmati Pepper Rice yang sangat digemari.[7]
Setakat awal tahun 2023, Pepper Lunch sudah beroperasi sepenuhnya di beberapa tempat dibawah ini:
Negeri/Wilayah | Kiraan restoran | Nota | Rujukan |
---|---|---|---|
![]() |
1 (Pusat Beli Belah KL East) | Cawangan utama di Malaysia. | [8] |
![]() |
2 (Central I-City, dan Pusat Beli Belah Main Place) | perkembangan di Selangor dan dibuka pada hujung tahun 2022. | [8][7] |
![]() |
2 (Sky Avenue, dan Centrum Cameron) | perkembangan di Pahang dan dibuka pada bulan Oktober tahun 2022. | [8] |
![]() |
1 (Pusat Beli Belah Gurney Paragon) | perkembangan di Pulau Pinang dan dibuka pada hujung tahun 2022. | [7] |
Dirancangkan akan menambah cawangan baharu di Johor Bahru, Ipoh dan Terengganu.[7]
Pada September 2009, semua cawangan di Jepun ditutup buat sementara waktu selepas 38 pelanggan, berumur dua hingga 81 tahun, mengalami keracunan makanan. Puncanya ialah keracunan E. coli O157, yang telah merebak di 19 buah cawangan kedai di antara 14 wilayah di Jepun. Pembekal stik daging yang dipotong dadu telah diarahkan untuk menarik balik produk yang terjejas oleh bakteria E. coli. [9]
President Director of Boga Group, Mr Kusnadi said that Pepper Lunch has been growing in demand, hence the decision to collaborate with Pepper Lunch Malaysia to be the Master Franchisee in Malaysia comes as no surprise. “We look forward to continuously working together to grow and expand in Malaysia. Our goal is to have 20 outlets in 5 years and we believe that Pepper Lunch Malaysia is the ideal partner to make our expansion plans a reality.”
When asked, Boga Group’s President Director Mr Kusnadi explained that the franchise will be focusing on building Pepper Lunch as restaurants with a full menu. Boga Group also has no relation to Pepper Lunch Express, which operates on a smaller scale in food courts.
1 di KL, 2 di Pahang, dan 1 di Selangor, kini 2 di Selangor, dan 1 di Pulau Pinang