Peraturan Ueki | |
Genre | Shōnen, Komedi, Aksi |
---|---|
Manga | |
Pengarang | Tsubasa Fukuchi |
Penerbit | Shogakukan VIZ Media EMA Tora Aman |
Siri televisyen anime | |
Pengarah | Hiroshi Watanabe |
Studio | Studio Deen |
Penyiaran Asal | Animax, TV Tokyo |
Penyiaran bahasa Inggeris | Animax, 8TV K3 Animax Global TV, Spacetoon ABS-CBN (30 April 2007) |
Tarikh tayangan | 4 April 2005 – 27 Mac 2006 |
Susulan | |
Peraturan Ueki (うえきの法則 , Ueki no Hōsoku) ialah manga Jepun karya Tsubasa Fukuchi dan adaptasi animenya.
Manga ini disirikan dalam majalah Shonen Sunday. Siri ini sudah lengkap dalam 16 jilid tankōbon terbitan Shogakukan. Susulan manganya, Peraturan Ueki Plus (うえきの法則プラス , Ueki no Hōsoku Purasu), mengambil alih sejak September 2005 dalam majalah yang sama. Adaptasi anime buatan Studio Deen mula disiarkan di Jepun sejak 4 April 2005.
Peraturan Ueki mengisahkan Pertarungan Kuasa Luar Biasa, suatu pertandingan yang menentukan Dewa Kayangan seterusnya. Setiap seorang daripada 100 calon dikehendaki memilih seorang pelajar sekolah menengah rendah untuk dijadikan pejuangnya. Setiap pelajar diberi kuasa luar biasa, iaitu kuasa menukar bentuk benda-benda. Calon yang menang akan meraih takhta Dewa manakala pelajarnya akan menerima "bakat kosong" (空白の才 , kūhaku no zai), iaitu suatu bakat pilihannya. Sementara ganjaran ini menyebabkan ramai pelajar menjadi kedekut dan tamak, Kosuke Ueki hendak menggunakan bakat kosong untuk menjuarai kejohanan tersebut agar bakat kosong dijauhkan daripada genggaman orang lain.