Perfecto Yasay Jr. | |
---|---|
Setiausaha Luar Negeri Filipina Sementara | |
Dalam jawatan 30 Jun 2016 – 8 Mac 2017[1] | |
Presiden | Rodrigo Duterte |
Didahului oleh | Jose Rene Almendras |
Digantikan oleh | Enrique Manalo |
Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Filipina | |
Dalam jawatan 1995–2000 | |
Presiden | Fidel Ramos Joseph Estrada |
Didahului oleh | Manuel G. Abello |
Digantikan oleh | Lilia R. Bautista |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Perfecto Rivas Yasay Jr. 27 Januari 1947 Kidapawan, Filipina |
Mati | 12 Jun 2020 San Juan, Filipina | (umur 73)
Parti politik | Bangon Pilipinas |
Pasangan | Cecile Joaquin |
Laman web | junyasay |
Perfecto Rivas Yasay Jr. (27 Januari 1947 – 12 Jun 2020) ialah ahli politik Filipina yang memegang jawatan sebagai Setiausaha Luar Negeri Filipina untuk tempoh sementara dari 30 Jun 2016, hingga 8 Mac 2017. Pelantikan jawatannya ditolak oleh Suruhanjaya Penentuan Filipina kerana masalah kewarganegaraan. Beliau juga merupakan calon wakil presiden dari Parti Bangon Pilipinas dalam pilihan raya umum Filipina 2010, bersama Eddie Villanueva.[2]
Yasay dilahirkan pada 27 Januari 1947, kepada pasangan Perfecto Yasay Sr., seorang pendeta, dan Deborah Rivas, seorang guru sekolah umum, di Kidapawan, Cotabato Utara.[3] Beliau menamatkan pendidikan menengahnya di Sekolah Menengah Bandar Davao pada 1963 dan menerima ijazah Sarjana Seni dalam sains politik di Universiti Filipina Pusat, Bandar Iloilo pada tahun 1967. Beliau memperoleh ijazah sarjana undang-undang di Universiti Filipina.[4]
Beliau berkahwin dengan bekas pengarah eksekutif Suruhanjaya Penduduk, Cecile Joaquin dan memiliki tiga anak yang semuanya merupakan warga negara Amerika Syarikat. Beliau memiliki kewarganegaraan Amerika sehingga 2016 namun belum mengambil kembali sumpah kewarganegaraan Filipina; sebelum perdebatan untuk menentukan sama ada beliau tidak memiliki kewarganegaraan atau sebaliknya.[5]
Yasay meninggal pada 12 Jun 2020 di San Juan, Metro Manila akibat komplikasi radang paru-paru menurut kenyataan isterinya. Isterinya mengatakan bahawa pneumonia yang dideritai Yasay merupakan komplikasi dari penyakit kansernya, bukan akibat COVID-19.[6]
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Perfecto Yasay Jr. |