Perkahwinan hantu | |||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Bahasa Cina | 冥婚 | ||||||||||||||||||||||||
Maksud harfiah | "netherworld marriage" | ||||||||||||||||||||||||
|
Perkahwinan hantu (Bahasa Cina: 冥婚; pinyin: mínghūn; secara harfiahnya "kawhin roh") ialah suatu amalan budaya Cina di mana salah satu atau kedua-dua orang yang dikahwinkan ini telah pun meninggal dunia.[1]:99 Ia masih diamalkan pada zaman ini walaupun tidak begitu sekerap zaman dahulu.[2]
Perkahwinan sebegini dilakukan dengan beberapa sebab tertentu termasuklah:
Hantaran mas kahwin sesama kedua-dua keluarga bergantung kepada budi bicara kedua-dua keluarga tersebut; ada hantaran yang diberikan seringkas sampul merah.[1]:98 namun kajian dan pemerhatian yang dilakukan Janice Stockard menunjukkan bahawa pihak pengantin lelaki (tidak kira yang hidup atau mati) perlu memberikan rumah yang boleh dihuni bakal isteri.[1]:98
Upacara yang dilakukan lebih kurang sama dengan perkahwinan yang diadakan jika calon pengantin masih hidup, cuma calon yang meninggal dunia akan diwakili patung yang diperbuat daripada kertas, buluh,[4]:71 atau kain.[5]:147 Kedua-dua pengantin ini masih akan berpakaian cantik yang lazim dalam perkahwinan sebegini dan dihiasi barang kemas.[4]:71 Pengantin lelaki hidup yang masih akan berkahwin dengan pasangan pilihan yang telahpun meninggal dunia akan mengenakan sarung tangan hitam berbanding yang putih.[5]:149 Keberadaan pengantin mati juga akan dilambangkan dengan peletakkan papan roh dalam patung mewakili si mati.[5]:147
Ketika majlis kenduri diadakan, pengantin akan ditempatkan di sebuah bilik khas bersama barangan seni kertas berupa perabot, orang gaji dan pakaian yang akan dibakar agar dapat dibawa ke dunia lain untuk kegunaan alam sana.[4]:71
Pengantin yang mati itu sendiri dilayan seakan masih hidup semasa upacara dan majlis dilangsungkan.[6]:151 Papah roh pengatin akan diletakkan dengan papan-papan nenek moyang keluarga setelah habisnya majlis.[5]:148
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Topley, Marjorie 1956
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama noteJordan
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Wolf, Arthur P.