Persona -trinity soul- | |
Genre | Misteri |
---|---|
Anime | |
Persona -trinity soul- | |
Pengarah | Jun Matsumoto |
Skrip/Penulis | Yasayuki Mutō |
Studio | A-1 Pictures |
Penyiaran Asal | MBS, Animax, Tokyo MX |
Dikeluarkan pada | 5 Januari, 2008 – 28 Juni, 2008 |
Persona -trinity soul- (ペルソナ トリニティ・ソウル , Perusona Toriniti Sōru) merupakan sebuah siri televisyen anime Jepun. Siri ini merupakan sambungan kepada permainan video PlayStation 2 berjudul Persona 3, mengambil masa sepuluh tahun selepas kejadian asalnya.[1] Dihasilkan oleh Aniplex dan animasi oleh studio animasi A-1 Pictures, siri ini dijadulkan untuk disiarkan pertama kalinya di Jepun menerusi saluran-saluran seperti MBS, Tokyo MX and Animax bermula pada awal bulan Januari 2008. Dan lalu berakhir tharik tayangnya pada April 2008. Muzik yang dipamerkan adalah hasil gubahan Taku Iwasaki.
Mengambil tempat di Ayanagi City, sebuah bandar berhampiran Japan Sea. Bandarnya yang mempunyai tema "futuristik" dibina sebagai kawasan penyelamat selepas malapetaka yang berlaku akibat "Sindrom Apati" atau Apathy Syndrome sepuluh tahun yang lalu. Shin Kazato, seorang remaja bersekolah menengah bersama-sama adik lelakinya, Jun, berjumpa dengan abang sulung mereka, Ryō, yang merupakan ketua Jabatan Polis Ayanagi City, sekali lagi selepas sepuluh tahun. Pada waktu itu, sebuah siri kejadian aneh berlaku di Ayanagi City seperti kehilangan krew kapal selam yang berlaku di dalam kapal mereka, ataupun seperti sebuah simptom muram yang menggangu dunia selepas sepuluh tahun, ataupun seperti kes di mana seorang pelajar sekolah mengambil rupa mayat yang dasyhat. Ryō menjejaki organisasi yang bertanggungjawab disebalik kejadian-kejadian aneh yang menimpa bandar itu, dan di atas penyertaannya di dalam hal tersebut, Shin membangkitkan "Persona" di dalam dirinya.