| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Semua 192 kerusi dalam Dewan Rakyat 97 kerusi diperlukan untuk majoriti | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Terdaftar | 9,012,370 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Negara Anggota ASEAN |
Portal Malaysia |
Pilihan Raya Umum Malaysia 1995 merupakan pilihan raya umum yang ke-9 di Malaysia, dan pilihan raya umum yang keempat sejak Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.
Pilihan raya ini merupakan pilihan raya pertama selepas persempadanan semula kawasan pilihan raya pada 1994.[1]
Sebagaimana yang dijangka, parti campuran Barisan Nasional mengekalkan majoritinya dalam parlimen dan oleh itu, memeliharakan genggamannya terhadap jawatan Perdana Menteri serta membentuk kerajaan.
Dengan kemenangan 162 kerusi daripada 192 kerusi dalam Dewan Rakyat, ini merupakan 84.4% daripada jumlah kerusi, dan merupakan satu kenaikan sebanyak 19.6% berbanding pilihan raya yang terakhir; bilangan undi sebanyak 65.2% merupakan satu kenaikan sebanyak 22.0%. Ini adalah satu perbaikan yang amat besar bagi kerajaan Dr. Mahathir.
Parti-parti pembangkang pada keseluruhannya memperoleh 34.8% daripada jumlah undi, dengan 30 kerusi yang tinggal, iaitu 15.6% daripada kerusi-kerusi Dewan Rakyat. Jumlah undinya merupakan rekod yang terendah dalam pilihan raya ini sejak kemerdekaan, berbanding rekod yang lama sebanyak 39.3%. Bagaimanapun, perwakilan parti-parti pembangkang dalam Dewan Rakyat bukannya rekod yang terendah sejak kemerdekaan, tetapi rekod yang ketiga terendah. Berdasarkan keputusan parti pembangkang masing-masing, Lim Kit Siang daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP) mengekalkan jawatannya sebagai ketua pembangkang dalam Parlimen.
|dead-url=
(bantuan)
Didahului oleh: 1990 |
Pilihan Raya Umum Malaysia | Diikuti oleh: 1999 |