Platymma tweediei | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | Platymma
|
Spesies: | P. tweediei
|
Nama binomial | |
Platymma tweediei Tomlin, 1938
| |
Sinonim | |
Hemiplecta tweediei (Davison, 1995) |
Platymma tweediei ialah sejenis siput yang wujud di kawasan hutan pergunungan Semenanjung Malaysia. Spesies ini ialah satu-satunya spesies di bawah genus Platymma. Spesies ini dikenali dengan warna cangkerang hitam serta kaki yang berwarna merah cerah.
Tiada penarafan rasmi tentang ancaman kelangsungan spesies ini, tetapi siput ini diancam oleh kehilangan habitat hutan serta cubaan untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan yang sering gagal disebabkan oleh keperluan persekitaran spesies yang begitu khusus.[1]
Spesies ini ialah satu-satunya spesies di bawah genus Platymma. P. tweediei secara umumnya diletakkan di bawah keluarga Chronidae,[2] meskipun sesetengah rujukan menetapkan spesies ini di bawah keluarga Ariophantidae.[3]
P. tweediei dikenal pasti hidup di kawasan hutan Montane tropika dengan ketinggian melebihi 1,000 meter. Pada asalnya, P. tweediei dijumpai di kawasan Cameron Highlands di Pahang,[4] tetapi penemuan habitat telah dijumpai di kawasan pergunungan Hutan Simpan Temenggor (Hulu Perak) dan Kelantan.[5][3] Setakat kini, habitat ini tidak dapat dipastikan sama ada wujud secara terasing atau meliputi kawasan pergunungan utara Semenanjung secara umum.